JOM BOOKCAFE

Sabtu, 22 Oktober 2011

Lawatan Guru SMK Tanjong Bunga ke Cameron Highland...

CIKGU ROSMA,UMUL,DAN FARADA
SAKAN BERSOPING...
LADANG TEH LIPTON...hehe

CIKGU SHAHRIL & CIKGU SWARDI
Ehemm..laporan tak rasmi yang sengaja saya tintakan sebagai tulisan kenang-kenangan saat-saat manis kami, guru SMK Tanjong Bunga mengadakan lawatan sambil melancong ke tanah Tinggi Cameron Highland pada 15 November 2011 hingga 16 November 2011..sehari je...bertolak dalam pukul 7.00 pagi dari perkarangan sekolah SMK Tanjong Bunga...kami tiba di Hotel Star Regency dalam pukul aaaa..entah tak ingat.Cuma nak diceritakan disini ,perjalanan ke Cameron Highland dari mula bertolak memang besshhhhh...telatah cikgu-cikgi SMK tanjong Bunga yang memecahkan perut dengan ketawa sampei nampak bosarnya lobang idung memang mencuit hati..emm pepun... im proud to be one of them...perancangan yang baik dari semua cikgu-cikgi dari awal pembentukan AJK , menjadikan lawatan ini mampu dijalankan tanpa menimbulkan sebarang masalah...aaa..terimakasih untuk semua yang merancang,yang menempah bilik,yang merancang aktiviti semasa di Cameron,yang merangka kertas kerja,yang melibatkan diri..aaa..pendek kata kalo nak  dinyatakan nama.. takut tertinggal adanya..terimakasih untuk semua yang menjayakan program MPI 2011....MPI? MPI ialah Majlis Permuafakatan Guru Islam SMK Tanjong Bunga .Teraju pimpinanya ialah Hajah Nooriah bt Mohamad selaku pengetua sekolah dan Ustaz Hazuari..my sifu from primary schooll....InsyaAllah..harapan untuk tahun depan..berbunga-bunga hati mengharapkan program seperti ni dijalankan lagi......jom tengok gambar kenang-kenangan...

Rabu, 5 Oktober 2011

TERIMA KASIH GURU

“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218. Hadis ini mengajar kita untuk sentiasa “rendah hati” dan “ringan mulut” untuk mengucapkan terima kasih kepada siapa jua yang berbakti kepada kita. Pada bulan Mei ini, bersempena Hari Guru, tiada siapa yang lebih layak untuk kita ucapkan “Terima Kasih” melainkan kepada guru-guru kita, sama ada cikgu di sekolah, pensyarah di pusat pengajian tinggi atau ustaz dan ustazah di surau dan masjid. Lazimnya Hari Guru di sambut dengan ucapan terima kasih dan pemberian hadiah.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pesan Cikgu....hehe

PIBG - ORGAN PENTING SEKOLAH

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school-home-community partnership). Disamping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah malah ia menjadi wadah penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.

Tujuan-tujuan PIBG seperti dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 adalah (a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam menigkatkan imej Sekolah; (b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka; (c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; (d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam Sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan (e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Manakala fungsi PIBG ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti; (a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid; (b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah; (c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat; (d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada (a) semua guru di Sekolah; (b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan (c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota persatuan oleh pegawai pendidikan daerah atau pegawai pendidikan bahagian atau pendaftar, mengikut mana yang berkenaan ; dan Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.

PIBG ialah rakan kongsi sekolah. Dalam hal ini, penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah melalui permuafakatan, perancangan yang teliti, dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Kita perlu sedar bahawa sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti, sebagaimana institusi keluarga, masjid, perpustakaan awam, dan sebagainya. Sebagai sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan, dan digerakkan oleh masyarakat di sekelilingnya. Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu bersama-sama komited demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Cabaran kini dan mendatang dalam pendidikan di sekolah menuntut kita memerlukan PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya. PIBG memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Dengan adanya pemimpin dan pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang dilaksanakan boleh mencapai kejayaan yang diinginkan. PIBG seperti inilah yang boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah.

Sekolahku....

 Pintu Masuk Sekolah SMKTB

Laman Pintu Masuk Pejabat SMKTB
 Blok-Blok Sekolah