HADIS

Saturday, 12 November 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

HARI: SABTU
TARIKH: 12/11/2011
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMKTB
MASA : 8.00 PAGI-12.00

SMK Tanjong Bunga dibawah kelolaan Bahagian Pendidikan Khas SMK Tanjong Bunga telah menganjurkan sesi LDP untuk guru-guru berkaitan pendedahan elemen-elemen pentadbiran dan pengurusan Bahagian Pendidikan Khas SMK Tanjong Bunga.Melalui LDP yang dijalankan ini, guru-guru dapat mengetahui aspek-aspek penting tentang bagaimana sektor pendidikan khas ini diurus dan ditadbir sekaligus memahami bagaimana dan apakah sumbangan sektor ini dalam menjayakan misi dan visi pendidikan sekolah dan negara.Diharapkan dengan pendedahan ini, guru-guru dapat mengenali lebih dekat akan besarnya tanggungjawab yang digalas oleh sektor pendidikan khas ini dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan yang seiringan kepentingannya dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan dalam aliran perdana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...