HADIS

Thursday, 10 November 2011

SOLAT HAJAT SPM

video


Situasi

Azman sangat menginginkan untuk mendapatkan sebuah motosikal tetapi hajatnya selalu tergendala oleh berbagai macam halangan.
   Rasman pula mahu melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Diploma tetapi dia berasa kurang yakin kepada dirinya.
   Junaidah kehilangan anaknya dan sangat-sangat berhajat agar anaknya itu dapat dikembali
kan kepadanya.
   Mereka semua perlukan bimbingan tentang amalan apakah yang baik untuk mereka agar apa-apa yang dihajatkan dapat diperolehi.


Tidak ada yang lebih berkuasa selain Allah S.W.T,kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.Daripada-Nya datangnya segala kebaikan dan keburukan.Orang yang beriman ialah orang yang mempercayai segala kekuasaan Allah sementara orang yang tidak beriman pula tidak perc
aya terhadap kekuasaan Allah

Firman Allah s.w.t
Maksudnya: Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan solat.Sesungguhnya solat itu amat berat (untuk dilakukakan) kecuali kepada orang yang khusyuk.
(Surah al-Baqarah:45)
Daripada Abu Darda', Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

"Sesiapa yang berwuduk kemudian melakukan solat dua rakaat dengan se
mpurna maka Allah akan berikan kepadanya apa-apa yang dia minta samaada cepat ataupun lambat."

(Riwayat Ahmad)
Apa yang perlu
dilakukan oleh orang yang mempunyai hajat ialah melakukan solat hajat.Solat Hajat salah satu solat yang disyariatkan bagi orang yang mempunyai keperluan atau kepentingan mendapatkan hajat-hajat mereka.

Cara-caranya
Caranya sangat mudah sama seperti kesemua solat-solat dua rakaat yang lain.Lakukanlah solat ini pada bila-bila masa tidak kira pagi,petang atau malam selain waktu-waktu haram.
Rakaat Pertama
  1. Niat dalam hati dengan berkata, "Sahaja saya solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah"
  2. Takbir
  3. Baca doa iftitah
  4. Baca Ta'awwudz
  5. Baca surah al- Fatihah
  6. Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
  7. Takbir dan rukuk
  8. Iktidal dan bacaannya
  9. Sujud dan bacaannya
  10. Duduk dan bacaannya
  11. Sujud dan bacaannya
  12. Bangun rakaat kedua dengan takbir
Rakaat Kedua
  1. Baca surah al-Fatihah
  2. Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
  3. Takbir dan rukuk
  4. Iktidal dan bacaannya
  5. Sujud dan bacaannya
  6. Duduk dan bacaannya
  7. Sujud sesudah membaca bacaannya maka mintalah akan hajat kita.
  8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
  9. Salam penutup
Boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari asalkan dalam satu-satu masa hanya cukup dua rakaat sahaja.Tidak ada riwayat yang sah yang dapat menyokong adanya bacaan surah atau ayat-ayat tertentu yang dibaca  beberapa kali dalam solat ini hingga menjadikannya ibadah yang susah dan berat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Agama Islam itu mudah maka janganlah dipersulitkan."

Semua bacaan seumpama itu rekaan yang ditetapkan tanpa ada asasnya sama sekali.

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MELIHAT TUNTUNAN SOLAT SESUAI TUNTUNAN NABI SAW

SIFAT SOLAT NABI

Dipetik dari buku:
Solat Sunat "Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini"
Ustaz Abdul Rahman Mohamed

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...