HADIS

Thursday, 24 November 2011

ANTARA PENYAKIT HATI....!!




Tidak akan masuk syurga seorang yang dalam hatinya ada sebiji dzarrah dari kesombongan.
(HR. Muslim)

   Hari yang berlalu dalam kehidupan seorang muslim tidak sempurna dalam menggapai kesempurnaan iman jika terselit di hatinya sifat yang amat dimurkai oleh Allah ini iaitu "sombong".Namun demikian,pengertian sombong yang dimaksudkan disini bukanlah bermaksud perkara yang menghalang seseorang individu itu berpakaian indah sesuai kemampuan dan berkereta mahal mengikut keperluan,tetapi sombong yang begitu halus menipu ummat pada hari ini ialah seperti sabda nabi s.a.w

Sesugguhnya Allah indah dan sukakan  keindahan.Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.(HR Muslim)


  Berapa banyak hati-hati insan yang kagum dengan ilmu yang ada padanya,berapa ramai manusia yang ingin menyampaikan nasihat  terkadang terselit rasa bangga diri dan rasa serba sempurna hanya kerana jawatan yang dipegangnya,harta yang dimilikanya dan pangkat yang tercatat didepan pintu pejabatnya.Sesungguhnya manusia ini lupa bahawa meremehkan orang lain dan sehalus riak yang terbetik di hati ,tidaklah bisa mengangkat darjatnya disisi kemualiaan Allah yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.
   Dalam kesibukan mengejar kenikmatan hidup duniawi,adakalanya sifat ini tanpa disedari menyelinap masuk ke dalam hati hanya kerana kita lalai dalam muhasabah diri.Apabila setiap kesalahan orang lain terlihat setinggi gunung di mata kita,maka kita lupa dosa kita barangkali sudah mencecah pintu-pintu langit dunia.Mohonlah ampun atas nasihatmu dan mohonlah redha Ilahi dalam tulus niatmu merubah mungkar menjadi yang makruf.Tidak sedikit insan yang tersandung batu penyakit hati, riak dan rasa sempurna diri hanya kerana dia lupa bahawa kejayaan yang  dimiliknya itu merupakan kehendak dan kurnia Allah s.w.t semata-mata.Bukanlah sepenuhnya atas kemampuan daya dirimu sendiri wahai hati-hati yang zalim.
   Sifat membanggakan diri atas kejayaan yang dimiliki tanpa sedikitpun menyandarkan kejayaan yang dimiliknya pada kekuasaan Allah s.w.t tidak ubah seperti sikap Qarun yang berbangga dengan kekayaan yang dimilikinya dengan berkata "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku".Kata-kata ini haruslah dijadikan muhasabah diri,apakah kita sering menggunakan kata-kata ini dalam susunan makna yang hampir sama konotasinya,aku berjaya dalam akademik hanya kerana kepintaran otakku,aku berjaya melonjakkan nama organisasi hanya kerana aku merancang dengan sempurna sekuat daya fikir dan perancanganku ,kita pasti mampu merubah situasi  ini asal saja kita melakukan itu , tanpa sedikitpun diberi perhatian terhadap kuasa yang menggerakkan daya,kuasa yang memungkinkan otakku bekerja,kuasa yang membolehkan program itu berjalan sesuai perancangan yang diinginkan,kuasa yang mentakdirkan berlakunya keadaan sesuai masa dan tempat tanpa sebarang kesulitan.Sesungguhnya keangkuhan dan kesombongan hati telah menyebabkan manusia lupa bahawa yang mengurus makhluk tanpa henti dalam kekuasaanya yang agung hanyalah Allah s.w.t.
   Bukanlah maksud penulis untuk menafikan perlunya usaha dalam menentukan  kejayaan dan perancangan sesuatu perkara, tatapi terlihat terlalu banyak manusia yang sandaran kejayaan dan kegagalan hidupnya bergantung kepada kekuatan makhluk melebihi keyakinannya dalam mengimani takdir qadha dan qadar Allah yang Maha Esa.Sesungguhnya usaha itu perlu tetapi harus diingat wilayah usaha itu sendiri  berada dalam kekuaasan takdir Allah s.w.t.Apabila sesuatu perancangan itu berjaya sering terlihat pujian melambung terhadap keberkesanan kaedah dan kecekapan diri melaksanakan kerja tanpa sedikitpun lafaz Alhmadulillah..apabila gagal..masih saja kesombongan diri kembali menyalahkan manusia lain dan sekelilinya dengan segala kata-kata sinis yang menyakitkan hati dan menghangatkan telinga.Apa kesudahannya wahai insan?Lihatlah apa yang keluar dari lidahmu yang sombong hanya kerana kejahilan kita mengerti siapa kita dan apakah hak Allah S.W.T ke atas jasad kita yang kerdil ini.

Akhir kta merilah kita sama-sama merenung firman Allah s.w.t dalam surah al Qashash ayat 76-78 yang bermaksud:

Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”.  Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni`matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. Karun berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku”. Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka. (al-Qashash: 76-78)

 Semoga kita semua terhindar dari sifat sombong ini.Sesunggunya dunia datang pada hati yang sombong dalam keadaan si pencintanya fakir lagi hina sedangakan pada  pemilik hati hati yang tawadhuk dan redha, dunia hadir padanya dalam keadaan ia tidak mampu untuk manafikan keutamaan dirinya yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t.

-FAZLI -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...