JOM BOOKCAFE

Jumaat, 30 Disember 2011

Mesyuarat Panitia dan Gotong Royong

Warga SMK Tanjong Bunga telah menjalankan mesyuarat panitia kali pertama pada hari ini dan semua guru serta staf pelaksana terlibat dalam aktiviti gotong royong membersihkan bilik guru.Semua susun atur perabot dan kedudukan meja guru telah dipinda dari kedudukan asal dan ianya kelihatan amat memuaskan hati dan kemas.Aktiviti yang memenatkan tapi berbaloi-baloi.......hehe(gambar lupa tangkap la plak...ishh..!)

Rabu, 28 Disember 2011

SENARAI PEGAWAI PROSA

Senarai Pegawai ProsaTerkini JUN 2011

JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 2012



*Rujukan guru bertugas bagi tahun 2012.

Mesyuarat Guru Pertama SMK Tanjong Bunga

Kata Alu-Aluan Pengetua

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kekuatan untuk terus bersama-sama berdiri teguh dan melangkah sederap dalam merealisasikan visi sekolah iaitu "Menjadikan SMK Tanjong Bunga sekolah cemerlang menjelang 2013"

Bagi memenuhi hasrat ini semua warga sekolah perlulah memiliki iltizam,keazaman dan semangat yang tinggi,bekerja dengan semangat kerjasama,tolong-menolong dan hormat-menghormati mengikut semangat 1 Malaysia.

Sebagai sekolah yang telah terpilih sebagai showcase Pentaksiran Berasaskan Sekolah aerah Timur Laut tahu lepas, saya yakin dan percaya bahawa seluruh warga pendidik khususnya dapat terus berusaha menggembeleng tenaga menjalankan tugas dengan penuh AMANAH dan tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk "BERSAMA-SAMA KE ARAH KECEMERLANGAN"
Harapan saya agar SMK Tanjaong Bunga memepunyai sember tenaga yang berkualiti dari segi keilmuan,kemahiran serta tinggi sahsiahnya menjadi tonggak utama dalam melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

NOORIAH BINTI MOHAMAD

Pengetua
SMK Tanjong Bunga

Jumaat, 23 Disember 2011

HARI ORIENTASI PELAJAR BARU SMK TANJONG BUNGA 2012


AKTIVITI : MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1
TEMPAT  : DEWAN SMK TANJONG BUNGA
TARIKH   : 4 JANUARI 2011

Khamis, 22 Disember 2011

Borang Permohonan Kuarters Guru

borang permohonan kuarters

TARIKH AKHIR UJIAN DAN PEPERIKSAAN PERINGKAT SEKOLAH DAN TARIKH AKHIR BAGI KEY-IN MARKAH BAGI TAHUN 2012

Selasa, 20 Disember 2011

Taklimat SBPA - Guru

Taklimat SBPA -Guru

Khamis, 15 Disember 2011

MATRIK GAJI SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1

TARIKH : 15/12/2011
MASA    :  8.00 PAGI-12.30 TGH
TEMPAT : DEWAN SMK TANJONG BUNGA


...inilah antara wajah-wajah guru yang telah menjayakan sesi pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2012.Penuh dedikasi,gaya,mutu dan keunggulan hehehe..