JOM BOOKCAFE

Khamis, 4 Oktober 2012

MAJLIS SOLAT HAJAT 2012



Situasi
Azman sangat mnginginkan untuk mendapatkan sebuah motosikal tetapi hajatnya selalu tergendala oleh berbagai macam halangan.Rasman pula mahu melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan diploma tetapi dia berasa kurang yakin kepada dirinya.Junaidah kehilangan anaknya dan sangat-sangat berhajat agar anaknya itu dapat dikembalikan kepadanya.Mereka semua perlukan bimbingan tentang amalan apakah yang baik untuk mereka agar apa-apa yang dihajatkan dapat diperolehi.

Tidak ada yang lebih berkuasa selain Allah,kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.Daripadanya datangnya segala kebaikan dan keburukan.Orang yang beriman ialah orang yang mempercayai segala kekuasaan Allah sementara orang yang tidak beriman pula tidak percaya terhadap kekuasaan Allah.

Firman Allah s.w.t
Maksudnnya:Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan solat.Seungguhnya solat itu amat berat (untuk dilakukan) kecuali kepada orang yang khusyuk.
(Surah al-Baqarah:45)
Daripada Abu Darda',Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berwudhuk kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna maka Allah akan berikan kepadanya apa-apa yang dia minta sama ada cepat ataupun lambat."
(Riwayat Ahmad)
Cara-caranya
Caranya sangat mudah sama seperti kesemua solat-solat dua rakaat yang lain.Lakukanlah solat ini pada bila-bila masa tidak kira pagi,petang atau malam selain waktu-waktu haram

Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata."sahaja saya solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah.
2.Takbir
3.Baca doa Iftitah
4.Baca Ta'awwudz
5.Baca surah al-Fatihah
6.Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
7.Takbir dan Rukuk
8.Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10.Duduk dan bacaannya
11.Sujud dan bacaannya
12.Bangun rakaat kedua dengan takbir

Rakaat Kedua
1.Baca surah al-Fatihah
2.Baca apa-apa sahaja surah yang dipilih
3.Takbir dan rukuk
4.iktidal dan bacaannya
5.Sujud dan bacaannya
6.Duduk dan bacaannya
7.Sujud sesudah membaca bacaannya maka mintalah akan hajat kita.
8.Duduk tahuyat akhir dan bacaannya.
9.Salam penutup

Boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari asalkan dalam satu-satu masa hanya cukup dua rakaat sahaja.Tidak ada riwayat yang sah yang dapat menyokong adanya bacaan surah atau ayat-ayat tertentu yang dibaca beberapa kali dalam solat ini sehingga menjadikannya ibadah yang susah dan berat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Agama Islam itu mudah maka janganlah dipersulitkan."

Semua bacaan seumpama itu rekaan yang ditetapkan tanpa ada asasnya sama sekali

Sumber:Solat Sunat Kaitannya Dengan Keperluan Masa Kini
            :Ustaz Abdul Rahman Mohamed
            :Telaga Biru.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan