HADIS

Friday, 5 October 2012

RAMAI PENGAJAR SEDIKIT PENDIDIK


     Pengajar dan pendidik.Adakah terdapat perbezaan makna bagi dua perkataan ini. Pengajar dan pendidik ialah insan yang membawa manusia mengenal sesuatu.Mengajar manusia daripada tidak tahu kepada tahu.
       Ramai mengajar sedikit mendidik.Mencari perbezaan makna dalam dua kata .Hakikatnya apabila direnung kata-kata antara mengajar dan mendidik,pastinya akan membawa kepada satu definisi baru dalam membawa manusia mengenal diri dan menyempurnakan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
      ‘Pengajar dan Mengajar’ membawa manusia kepada tahu,tetapi tahu sahaja tidak cukup untuk membangkitkan kesedaran dan menggerakkan perbuatan.Hakikat mengajar tidaklah cukup sempurna dalam membawa manusia menjadi cukup ikhlas dalam penghayatan amalannya.Wilayah ‘mengajar’ juga tidak cukup luas untuk meliputi manusia agar menyedari akan hakikat ilmu yang sampai kepadanya.Mengajar mengenalkan manusia supaya “tahu” bahawa dia adalah hamba Allah tetapi masih tidak jelas dalam menyampaikan “keyakinan dan kesedaran” bahawa dia adalah “di bawah” kekuasaan Allah.
    Jadi apa yang menyampaikan manusia kepada wilayah sedar bahawa dia adalah hamba Allah.Bukankah tahu itu mengenalkan ilmu?Benar, tahu itu mengenalkan ilmu,tetapi sampai penghayatan ilmunya itu hanya terbatas di kepala bukan di hati.Itulah sebabnya di atas dunia ini masih kelihatan ramai manusia yang sanggup melakukan kejahatan walaupun tahu bahawa dia adalah hamba Tuhan.Dia sekadar tahu kerana diajar,tetapi belum masuk ke wilayah ilmu kerana dia belum sedar.
         Lalu bagaimana mewujudkan kesedaran setelah “tahu”.Melahirkan masyarakat yang ilmunya di hati bukan  semata-mata di atas kepala,yang hanya mampu memuntahkan berjuta teori di atas kertas tetapi buta dalam membezakan insan dengan lampu jalan .Halus kita salami akal budi,bawalah pengajar menjadi pendidik.,memindahkan ilmu di kepala meresap  ke hati.Mendidik itu menyampaikan ilmu jua tetapi bezanya mendidik itu mampu menjadikan tahu itu masuk ke dalam wilayah ikhlas.Menjadikan ilmu itu berbekas di dalam hati-hati manusia.Menembus tembok kekuasaan dan menakluki wilayah keredhaan Tuhan sudah semestinya bukan hanya dengan berjuta “tahu”,tetapi dengan didikan pengetahuan yang mampu menyampaikan manusia ke puncak tertinggi penghayatan iman.Itulah keikhlasan…

Moral of the story : jangan berlagak tahu semua perkara.. dan didiklah hatimu menghayati hikmah ilmu disebalik kejadian peristiwa..tahu  tanpa memahami…tetap namanya kebodohan tanpa disedari.

LEE102.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...