HADIS

Monday, 4 March 2013

Belajar SYUKUR daripada Buah Tembikai


Bersyukur itu suatu ungkapan indah yang sering diungkapkan dalam kehidupan seharian.Bersyukur dengan segala nikmat yang ada menjadi watak khusus insan yang berjaya.Sayangnya, ruang lingkup syukur itu semakin sesak nafasnya ketika melalui liku-liku peradaban insan moden.Terkadang medan syukur hanya tika ganjaran dunia selari dengan nafsu serakahnya dan tak kurang juga "syukur bersyarat" yang mana hanya terbit lafaz syukur itu setelah perkara yang terjadi selari  dan bertepatan dengan kehendak dan selera kita .Dimana letak sabar?Dimana letak redha…persoalan yang kian pupus dalam definisi hakikat syukur yang sebenarnya.Disini,marilah kita renungkan makna syukur yang terselit dalam cerita pendek ini.Nilai kembali dimana syukur kita berada?Di sebalik mainan kata pemanis bicara atau benar pada tempatnya.Walau hanya ceritanya tentang buah tembikai,layar maksudnya menembus sempadan budi,menghidupkan akal mematikan nafsi.

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai( ada orang panggil timun Cina :)). Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut. 

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tau"
Suami: " Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih(orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis,sebaliknya pula yang berlaku.Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja. Pengajarannya: Rezeki itu ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Kita mestilah belajar bersyukur. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak?

Saya terbaca cerita menarik ini dari karangan penulis Pahrol Mohd Juoi: Nota FIKIR untuk ZIKIR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...