HADIS

Sunday, 28 April 2013

JANGAN TERTIPU DENGAN PERSEKITARAN..


James Allen:
Ramai orang terlalu fokus dan terlalu berusaha untuk memperbaiki persekitaran mereka tetapi mereka tidak berminat untuk memperbaiki diri mereka sendiri.Kesannya mereka sentiasa terperangkap dengan persekitaran mereka.

Ramai orang yang hendak memeperbaiki persekitaran agar dengan persekitaran yang lebih baik itu,mereka akan mampu berjaya.Tidak dapat dinafikan untuk memperbaiki persekitaran adalah penting tetapi janganlah pula disebabkan menanti persekitaran sudah betul-betul  sempurna,baru hendak baiki diri kita.

Marie Curie hanya bekerja di bawah rumah (basement) untuk Berjaya sebagai saintis terkenal.Pelajar mesti berusaha dengan gigih untuk memperbaiki diri dalam mencipta kejayaan.Jangan jadikan ibu bapa miskin,gru tidak pandai mengajar,tiada buku rujukan dan sebagainya sebagai alasan untuk tidak Berjaya.

Ubahlah diri sendiri sebaik mungkin agar kita boleh memperbaiki keadaan persekitaran.

Sumber:Buku  “Renung-renungkan dan selamat beramal”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...