JOM BOOKCAFE

Ahad, 30 Oktober 2016

SEJARAH SMK TANJONG BUNGA - LOGO SMK TANJONG BUNGA



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA

 
WARNA LATAR LENCANA

1. MERAH - Melambangkan SEMANGAT DAN KEGIGIHAN yang tinggi
2. KUNING - Melambangkan KEHARMONIAN
3. PUTIH - Melambangkan KERTAS iaitu medium penerimaan ilmu
4. HITAM - Melambangkan PAPAN HITAM iaitu medium penyampaian ilmu

BUKU YANG TERTULIS HURUF SMKTB
Ini melambangkan Ilmu/Akedemik yang menjadi fokus utama sekolah

KELOPAK BUNGA MERAH
Bunga sempena nama tempat sekolah.  Kelopak bunga berbentuk hati adalah simbol Kasih Sayang yang mahu dipupuk di kalangan warga sekolah

MATA ANAK PANAH PUTIH (di antara kelopak bunga)
Ini melambangkan Wawasan/Visi sekolah yang  mendorong perkembangan pelajar

GEGANCU atau SPROCKET (di tengah kelopak bunga)
Ini melambangkan Kemajuan Teknologi menjadi teras pembangunan negara

ALATAN SAINS
Kemahiran dalam bidang Sains dititikberatkan untuk melahirkan generasi cemerlang

GELUNG CINCIN
Aktiviti Sukan & Ko-Kurikulum penting untuk mengimbangi aspek akademik para pelajar

BERJASA
Cogankata (slogan) yang dikekalkan daripada lencana asal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan