JOM BOOKCAFE

Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Rabu, 5 Januari 2022

HATI-HATI SCAM YANG MENGGUNAKAN NAMA ANDA.PINJAM HARI INI BAYAR ESOK

TAKTIK BARU SCAMMER YANG MENGGUNAKAN NAMA ANDA UNTUK DAPATKAN PINJAMAN.ANDA MUNGKIN MERASAKAN MESEJ YANG DITERIMA ADALAH DARIPADA RAKAN ANDA NAMUN SEBENARNYA IA ADALAH SCAMMER.PASTIKAN ANDA MEMBUAT KOFIRMASI ATAS SETIAP MESEJ YANG MEMINTA ANDA UNTUK MEMBERI PINJAMAN WANG SEBAGAI LANGKAH BERHATI-HATI.




Khamis, 23 Disember 2021

IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN KECEKAPAN PENGURUSAN

 

IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN KECEKAPAN PENGURUSAN


Banjir dan ibrahnya dalam mencetak kreativiti manusia bagi menangani bencana alam dapat dilihat di pelbagai belahan negara dengan pelbagai aplikasi binaan teknologi canggih dalam bidang kejuruteraan yang dipraktikkan  bagi menghalang air bah daripada merosakkan aset tamadun yang dibangun oleh manusia.

Menonton klip video yang digunakan dalam mengatasi bencana banjir,jiwa pendidik ini mula terasa betapa rasionalnya pengenalan Pendidikan STEM dalam membangun generasi yang mampu menyumbang kepada penjanaan idea berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan .Pendidikan STEM atau singkatannya pendidikan untuk mengintegrasikan pengetahuan Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ini  telah merubah wajah peradaban dengan mewujudkan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia.Termasuk di dalamnya kaedah terbaik dalam pengurusan bencana alam seperti banjir yang berlaku khususnya di negara kita Malaysia.

Melihat kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran revolusi teknologi yang semakin sengit,Pendidikan STEM dilihat sebagai salah satu langkah proaktif yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan generasi muda untuk berdepan dengan cabaran peluang pekerjaan pada masa hadapan.Statistik kajian juga mendapati bahawa 65% murid sekolah rendah kini akan menceburi kerjaya yang tidak wujud lagi pada hari ini bahkan diramalkan 54%pekerjaan di Malaysia sekarang berisiko tinggi untuk menjadi automatic pada tahun 2050.Antara pekerjaan yang dikatakan akan melalui fasa automasi termasuklah agen insurans,juruaudit dan peguam.Perkembangan pesat teknologi AI (Artificial Inteligence ) kini telah menjadikan Pendidikan STEM semakin relevan dalam mencorak pembangunan negara pada masa hadapan.

Rumus penulisan ringkas ini ialah ingin menuntaskan kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran dan menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam negara termasuk di dalamnya aspek pengurusan bencana negara agar menjadi lebih cekap dan responsif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Jom tengok video klip rasionalisasi STEM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.



 

 

Isnin, 20 Disember 2021

FIQH BANJIR


[Fiqh Banjir] - Panduan Ibadah Musim Banjir 

Saya ada menulis beberapa dapatan dari Fiqh Banjir oleh INFAD, iFFAH dan juga USIM yang dikelola oleh Dr Irwan Bin Mohd Subri pengarah International Fatwa and Halal Centre (iFFAH).

Moga bermanfaat buat mangsa banjir yang terkesan.

1. Air banjir boleh dikira air mutlak sebab kuantiti dia banyak. Jadi ia boleh diguna untuk berwuduk. Tapi yang sunat macam berkumur dan masukkan air dalam hidung tak perlu. Kalau ada najis atau bangkai yang berdekatan air tersebut, boleh guna air yang jauh sikit dari tempat tu.

2. Air banjir juga boleh digunakan untuk beristinjak. Jika ada benda2 kesat seperti tisu, kertas dan kain, ia juga boleh digunakan. Benda yang tak boleh guna ialah najis seperti tahi kering atau benda2 yang dihormati macam makanan.

3. Kalau pusat penempatan banjir terputus bekalan air atau air tu cukup untuk minum je, boleh tayammum. Mangsa banjir yang sakit dan tak boleh guna air pun boleh tayammum. Kalau susah dapat debu tanah, boleh tepuk debu yang ada dekat dinding, cermin, meja atau tempat2 lain.

4. Solat Jumaat wajib untuk lelaki. Kalau ada masjid dan surau yang dekat dan tiada halangan, kena solat kat sana. Kalau ada halangan, pusat pemindahan banjir kena hubungi Jabatan Mufti supaya luluskan solat Jumaat dekat pusat tu.

5. Masa banjir, mangsa atau petugas banjir boleh solat jamak ketika situasi mendesak macam selamat diri dan juga harta. Kalau sempat jamak taqdim sebab dulu sebab takut ada kesukaran nak jamak takhir, maka digalakkan untuk solat jamak taqdim.

6. Aurat wajib tutup bagi lelaki & perempuan. Kalau darurat syarie, boleh bersentuhan antara bukan mahram sekadar perlu je. Penempatan mangsa banjir yang bujang perlu diasingkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

7. Yang berkeluarga boleh letak di tempat yang terpelihara aurat mereka. Boleh guna langsir, khemah atau pemisah yang lain. Mangsa atau petugas banjir kena jaga pergaulan antara bukan mahram dan tidak berada dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah.

8. Dalam situasi banjir, air banjir boleh digunakan untuk mandikan mayat. Yang mandikan jenazah kena yang sama jantina. Kalau pusat pemindahan takde air atau air hanya cukup untuk minum je, boleh tayammumkan mayat bagi ganti mandi jenazah. Kalau tayammum pun tak boleh, terus solat.

9. Yang kafankan jenazah pun kena yang sama jantina. Pastu kalau tak ada kain yang mencukupi atau warna putih, boleh guna sekadar yang mampu untuk tutup jenazah. Selepas itu wajib disolatkan dan dikebumikan dekat tanah perkuburan yang disediakan pihak berkuasa.

10. Tak boleh ambil harta orang lain tanpa dibenarkan pemiliknya. Kalau dalam darurat syarie, makanan atau barang yang dimakan dan diambil sekadar untuk terus hidup, mesti diganti semula atau dibayar harganya jika diketahui pemiliknya.

11. Jika pemiliknya tak diketahui lepas dicari dengan bersungguh2, kena usaha hebahkan. Kemudian dia kena sedekah harga anggaran  makanan atau barang yang diambil itu. Kalau pemiliknya dijumpai lepas tu, kena ganti semula atau bayar harga mengikut budi bicara pemiliknya.

12. Barang yang kita jumpa waktu banjir ni kita boleh bahagi kepada 2 jenis. Pertamanya yang mudah rosak atau susut nilai macam makanan yang dh dimasak dll. Yang ni boleh dimakan atau dimanfaatkan. Tapi kalau pemilik tuntut dengan bukti, kena ganti semula atau bayar ikut budi bicara.

13. Yang keduanya barangan yang tak mudah rosak macam jam, barang kemas dll. Yang ni kalau dijumpai boleh ambil/simpan untuk tujuan jaga barang tu dan iklankan selama setahun sedaya upaya.

14. Lepas setahun, barangan tu boleh dimanfaatkan oleh orang yang jumpa. Tapi kalau pemilik asal tuntut samada sebelum atau selepas setahun, kena berikan semula kepada pemilik asal. Pusat penempatan banjir boleh buat inisiatif tabung atau kaunter uruskan barang luqatah (lost &found).

15. Oh ya, tentang solat tadi lupa nak tambah pasal boleh tak solat dengan pakaian yang terkena lumpur. Jawapannya boleh sebab lumpur bukan najis.

16. Satu lagi solat dalam keadaan rumah dinaiki air atau berselut wajib berdiri dulu kalau mampu. Untuk sujud boleh duduk atas kerusi kalau air atau lumpur menghalang sujud yang sempurna.

17. Last sekali, boleh tak bagi zakat kepada mangsa banjir? Harus sebab mereka dikira dalam golongan al-Gharimin iaitu orang yang terkena mudarat/bencana yang menyebabkan harta mereka musnah.

Untuk bacaan lanjut, boleh dowload aplikasi Fiqh Banjir (FIBA) di PlayStore.


Saya juga ada merujuk artikel yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia dengan kerjasama USIM dan INFAD.

Moga bermanfaat buat semua.

Ditulis oleh: Ustaz Usaid Subki

Kredit to:Mutiara Tadabbur

PROSES CLAIM KERETA BANJIR

 *PROSES CLAIM KERETA BANJIR* 

1. Ambik gambar kereta yang terlibat. Untuk bukti.
2. Call hotline general insurans atau takaful
3. Syarikat Insuran/Takaful akan buat arrangement untuk pickup kereta  
4. Kereta yang terlibat banjir akan dibaikpulih oleh panel syarikat insuran/takaful 
Coverage banjir ni hanya boleh dituntut jika kita mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, memang kena repair sendirilah.

So, jika ada *Special Perils(flood)*, boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.
Bawah ni compilation hotline no syarikat general insurans / takaful untuk di rujuk.
1. Zurich : 1-300-88-6222
2. Etiqa : 1-300-13-8888
3. Alliance : 1-800-22-5542
4. AXA Affin :  03-7989-0310
5. Berjaya Sompo : 1-800-18-8033
6. AM General : 1800-88-6333
7. Kurnia : 1-800-88-3833
8. Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121
9. RHB : 1-300-220-007
10. Lonpac : 03-2262 8666
11. Tune : 1-800-22-8863
12. Liberty : 1-800-88-5005 / 8990
13. Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
14. Takaful Malaysia:1-800-888-788

Semoga ini dapat membantu mereka yang sedar gusar melihat kenderaan ditenggelami air.
Claim baik pulih kenderaan terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans/ takaful. 

Apa-apa pun, pastikan ada Special Perils(flood) dlm existing cover note insurans / takaful, baru boleh claim.
Moga bermanfaat.

Isnin, 5 Ogos 2019

KELEBIHAN 10 HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH

Jumaat | 1 Zulhijah
Perbanyakkan Bertakbir, Bertahlil dan Bertahmid
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Perbanyakkan berselawat
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Isnin, 1 Oktober 2018

ILMU PENGHAPUS KEJAHILAN


Ilmu Penghapus Kejahilan
(Ruzain Syukur B Mansor)

Rasullullah SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya antara perkara yang mengikuti akan orang mukmin daripada amalannya dan kebaikan-kebaikannya selepas kematiannya ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan , anak yang soleh yang ditinggalkan, mushaf yang ia wariskan,  masjid yang dibina, rumah bagi anak jalan yang ia bina, sungai yang ia alirkan atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihatnya dan hidupnya maka perkara ini akan menurutinya selepas kematiannya
Riwayat Ibnu Majah

Setiap manusia akan pasti mati. Maka Tinggallah segala harta dan keluarganya di dunia ini namun menurut hadis di atas, ada perkara yang akan terus memberi manfaat dan menemani kehidupannya di alam sana. Antaranya adalah ilmu yang diajarnya ketika di dunia. Betapa besarnya nilai ilmu sehingga terus memberi manfaat di saat nafas sudah tiada. Ilmu sifatnya ketika di dunia memberi panduan, ketika di alam baqa memberi cahaya.

Sabtu, 22 September 2018

Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM

Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM





Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), DATUK DR AMIN BIN SENIN telah mengemukakan gagasan Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM kepada warga pendidikan sebagai panduan dalam menterjemah budaya kerja yang berupaya merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 merupakan tumpuan khusus KPPM dalam meneruskan amanah yang diberi untuk meletakkan pendidikan negara sebaris dengan negara-negara yang mempunyai sistem terbaik di dunia.
Fokus dan gerak kerja ini telah dirangkumkan  dalam satu muka surat agar ia dapat disebar kepada semua pemimpin pendidikan seterusnya diikuti dengan terjemahan melalui tindakan yang berterusan. Ini adalah kunci pengurusan yang berkesan. Dalam erti kata lain Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 adalah One Page Management Tool yang melihat pelaksanaan PPPM dari satu dimensi yang lain. 
Empat tema perbincangan yang diutarakan dalam FGK ialah pendekatan, sasaran mikro, bidang tumpuan dan program strategik. Setiap tema ini dinyatakan secara ringkas pengertian konsep, golongan sasaran, impak/ keberhasilan sekolah dan bagaimana tindakan yang wajar dilakukan bagi mempercepatkan transformasi pendidikan. Kefahaman keseluruhan keempat-empat tema ini adalah wajar supaya usaha transformasi yang kita laksanakan akan berlaku sederap di setiap peringkat.
Sila muat turun  dan buka pautan berikut untuk meneroka Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 secara lebih mendalam. 


Kepimpinan Bertoksik


Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada asasnya gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu Kepimpinan Autokratik, Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanisme), Kepimpininan Demokratik dan Kepimpinan Kebebasan (Laissez-Faire).
Kita juga biasa mendengar aliran baru yang membincangkan tentang  Kepimpinan Transformasional, Kepimpinan Teragih (Distributed Leadership), Kepimpinan Instruksional dan sebagainya. Namun Jean Lipman-Blumen (2005) telah mengkaji sejenis kepimpinan yang berbeza wujud dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan. Jean telah mengemukakan Rangka Kerja Konsep KEPIMPINAN TOKSIK.
Saya ingin berkongsi maklumat ini dan mungkin ia boleh membantu kita - pemimpin organisasi pendidikan agar berhati-hati dan mengelakkannya menjangkiti gaya kepimpinan kita. Seseorang pemimpin dianggap sebagai PEMIMPIN TOKSIK apabila menunjukkan satu atau lebih daripada sifat PERIBADI PEMIMPIN TOKSIK yang berikut;
KURANG INTEGRITI (LACK OF INTEGRITY) - yang mendedahkan pemimpin-pemimpin seperti  rasuah atau tidak boleh dipercayai;
CITA-CITA YANG TIDAK PERNAH DIPUASKAN (INSATIABLE AMBITION) -cita-cita tidak pernah puas yang menuntut pemimpin untuk meletakkan kuasa berterusan di tangan mereka sendiri, lebih mementingkan kemuliaan dan kegemilangan diri berbanding kesejahteraan atas pengikut mereka ;

EGO YANG TINGGI (ENORMOUS EGO) - Pemimpin-pemimpin Toksik buta terhadap kelemahan sifat mereka sendiri dan membataskan keupayaan mereka untuk penambahbaikan diri;

KEANGKUHAN (ARROGANCE) - keangkuhan yang menghalang Pemimpin Toksik dari mengakui kesilapan mereka dan sebaliknya membawa kepada sifat suka menyalahkan orang lain; 

TIDAK PENTINGKAN MORALITI (AMORALITY) - sikap ini yang menjadikan hampir mustahil bagi pemimpin toksik untuk membezakan perkara yang hak dengan yang salah;

KETAMAKAN (AVARICE) - ketamakan yang mendorong pemimpin toksik meletakkan wang dan apa yang boleh dibeli dengan wang sebagai senarai utama mereka (pemimpin mata duitan);

KEGAGALAN UNTUK MEMAHAMI (FAILURE TO UNDERSTAND) - sifat gagal memahami masalah yang berkaitan dan GAGAL BERKELAKUAN SECARA CEKAP  & BERKESAN dalam situasi yang memerlukan kepimpinan mereka;

PENGECUT (COWARDICE) pengecut yang membawa mereka mengecut (TIDAK TERANGSANG) bila berhadapan pilihan yang sukar, dan;


TERBURU-BURU (RECKLESS) -  sifat terburu-buru atau bertindak secara melulu terhadap tindakan mereka ke atas orang lain serta kepada diri mereka sendiri.
Kredit:http://azmanss.blogspot.com/2013/08/kepimpinan-bertoksik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Azmanssblogspotcom+%28azmanss.blogspot.com%29

KELEBIHAN ILMU DAN BERILMU


KELEBIHAN ILMU DAN BERILMU
Arifudin Abd Hamid

                Ilmu adalah suatu maklumat yang diperolehi daripada hasil pembelajaran,pengalaman seseorang dalam kehidupannya.Ilmu adalah anugerah Allah SWT yang tinggi nilainya yang diberikan kepada manusia.Islam menuntut umatnya supaya mencari ilmu dalam pelbagai bidang.Tanpa ilmu dan kemahiran,umat Islam tidak akan maju dan tidak akan dihormati oleh umat yang lain.Ilmu  itu merupakan cahaya sedangkan kejahilan itu adalah kegaelapan dan kesesatan.

Firman Allah yang bermaksud: " Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia telah menciptakan manusia daripada segumpa darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan . Dan dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." [Surah al-Alaq: ayat 1-5]

                Dalam surah ini Allah SWT memberi gambaran kepada kita bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan .Allah S.W.T menurunkan ayat yang awal dalam surah al-Alaq ini membuktikan betapa Islam itu menghendaki supaya umatnya tahu menulis dan membaca bahkan menguasai pelbagai bidang ilmu.

Selasa, 26 Disember 2017

KERENAH BIROKRASI..





Apakah itu kehidupan.Kehidupan ialah hidup yang bertujuan.Banyak orang bersedia untuk hidup tetapi terkadang kebodohan usahanya bukan untuk mencari hakikat kehidupan itu sendiri.Penulis amat terkesan dengan artikel yang ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk ‘Kerenah Birokrasi’.Tersenyum sendiri mengenangkan kebenaran yang terselit dalam alur ceritanya.Tidaklah menafikan kepentingan birokrasi dalam memastikan kelancaran sesebuah sistem namun terkadang ketergantungan yang keterlaluan pada birokrasi adalakalanya menampakkan kasarnya hati dalam memperhalusi  sifat perikemanuasiaan.Jom kita ikuti ceritanya.
                “Saya orang miskin.Terlalu lapar,bantulah saya,”rayu seorang pengemis yang begitu daif.Pegawai yang menjaga perbendaharaan merenung pengemis itu dari atas ke bawah.”Betulkah awak orang miskin?”Tanyanya.
                “Memang tuan,lihat sahaja tubuh kurus ini.Tuan lihat sahaja pakaian saya yang buruk ini,”balas pengemis itu lebih hiba.
                “Tapi sekarang ramai penipu,entah-entah awak salah seorang daripadanya.” “Tidak tuan,tolonglah ,saya lapar.”
                Pegawai mencatat sesuatu di atas kertas. “Baiklah pada dasarnya saya terima aduan awak.Tapi saya akan hantar juga pegawai khusus untuk menyiasat latar belakang awak.”
                “Latar belakang saya?” “Ya.Awak tahu menulis?” Pengemis bertambah hairan.Kemudian dia mengangguk-angguk “Bolehlah sedikit-sedikit.” “Kalau begitu,isi borang ini cepat,”perintah pegawai tersebut.
                “Saya lapar tuan...”
                “Sebab saya nak bantulah awak kena isi borang ni terlebih dulu,”balas pegawai itu lagi.
                Setelah borang diisi dengan keadaan terketar-ketar kelaparan pengemis merayu lagi, “Boleh berikan saya sedikit makanan.”
                “Oh,belum lagi.Kelulusan hanya diberikan apabila pegawai penyiasat selesai membuat laporan yang awak benar-benar miskin.Kemudian laporan itu perlu disahkan oleh Ketua Perbendaharaan.”
                “Berapa lama semuanya akan selesai?”
             “Terpulang pada keadaan.Jika penyiasat cepat menyerahkan laporan dan kalau ketua kami cepat membuat keputusan,bantuan akan segera diberikan.”
“Bantuan dalam bentuk apa?”
                “Itu pihak kewangan pula akan memutuskan.Sama ada diberi dalam bentuk wang atau barang-barang keperluan.Selalunya pihak kewangan akan merujuk pula kepada pihak operasi.”
“Pihak operasi?”
“Ya kami takut nanti bantuan kewangan disalahgunakan.Jadi hal itu memerlukan kepastian yang lebih terperinci.”
“Bila agaknya saya dapat makan?Saya sudah tiga hari tidak makan apa-apa.”
“Ya,saya faham tetapi kita perlu mematuhi kaedah pengurusan.”
“Berapa lama agaknya?”
“Paling cepat seminggu,tetapi terpulanglah pada keadaan...”
“Pengemis kecewa.Adakah ketika segala urusan selesai dia masih hidup untuk mendapatkannya?

Pengajaran:Kaedah pengurusan yang bertindih dan terlalu rumit akan menyebabkan tujuan asalnya tidak tercapai.Ramai yang merasakan “bekerja”padahal dia hanya menyulitkan keadaan.Kerenah birokrasi yang terlalu banyak sering menyebabkan kerja yang mudah,segera dan penting menjadi terbengkalai.

Nota tumit : Lafaz “saya faham” tidaklah melazimi tindakan saya mahu memudahkan urusan anda atau saya akan menolong anda.Terkadang ia hanyalah mainan kata yang diucapkan untuk menegaskan bahawa anda tidak punya pilihan melainkan “menerima nasib anda” dan“ lakukan sekarang juga”.
                 

Khamis, 6 Ogos 2015

IKHLAS..




Alangkah berbahagia dan indahnya kehidupan insan ...kiranya kita  mengerti dan mampu merenungkan, bahawa urusan kita dalam berbuat kebajikan di dunia ini tidak selalunya dihargai manusia.Kiranya kita fahami bahawa  matlamat hidup yang dicari itu adalah redha Ilahi...kenapa masih banyak kelihatan manusia yang menggadaikan masa dan waktunya untuk memikirkan pujian manusia lain atas dirinya, apa kata si fulan padanya..apa kata si anu padanya..apa kata mereka..mereka...dan mereka...

Aduh celaka hidup ini, kiranya kita masih belum mengerti bahawa..jika yang dicari itu adalah redhanya manusia,pujian mereka dan penghargaan mereka...itu merupakan jalan menuju kehampaan hidup.Betapa baiknya anda, pasti akan ada yang memuji dan pasti akan ada yang mencela.

Lalu bagaimana untuk kita mengecap bahagia. Ikhlaskan diri anda.Sungguh bila segala urusan harian yang kita lakukan..kita sandarkan pada Allah Rabb sekalian alam..ikhlas dan hanya mengharapkan redha dariNya maka hati ini akan tenang.Kita tidak peduli samaada kebaikan yang kita lakukan itu dipuji orang atau tidak..dibalas budi atau tidak..bahkan kita tidak merasa kecewa jika kebaikan itu dipandang sepi atau tidak dihargai....sebab apa....sebab insan itu mengerti  bahawa yang melihat kebaikan dirinya itu adalah Allah..Rabb yang menguruskan segala keperluan makhluk...yang Maha Kaya...kurniaanya tidak pernah habis...kebergantungan hati kepadaNya adalah suatu nikmat yang menjadi pemutus kepada segala yang diharapkan dari makhluk.

Sungguh berbeza orang yang mencari redha manusia dengan yang mencari redha Ilahi....apabila seseorang merasa  bahagia hanya apabila dirinya menjadi sebutan orang terkenal dan ternama..fahamilah sesungguhnya rasa bahagia itu akan lebih terasa nikmatnya apabila kebaikan yang kita lakukan itu diiktiraf dan dikenal Allah Azzawajalla .Sungguh kita  akan merasa kesempurnaan ketenangan dan kebahagiaan apabila diri kita berada dalam  redha Allah Azzawajalla berbanding hanya mendapat pujian manusia yang nafasnya suatu hari pasti akan berhenti...pemberiannya terkadang tidak pernah lepas dari mengharapkan balasan..selalu menerbitkan rasa gelisah dalam hati akibat termakan budi...dan tidak sedikit pemberian jasa dari manusia  itu menjadi alasan untuk menagih seribu kepentingan diri..menjadi alat yang menyukarkan lidah insan untuk mengungkapkan kebenaran..dan mencegah kemungkaran.

Ikhlaslah..kerna ikhlas itu indah...sekiranya kita melayani semua komentar manusia terhadap diri kita...maka tanyakan pada diri... kepada siapa kita letakkan harapan untuk membahagiakan diri ini..kepada manusia atau kepada yang Maha Esa??? kiranya jawapanya manusia....maka telah butalah mata hati ini....telah sirna dan hilanglah nikmat hidup dan kebebasan hakiki seorang manusia..dirinya dibelenggu rasa hina menagih simpati manusia...sedangkan keikhlasan mengharap redha Ilahi...membuka sejuta pintu kecukupan  dan kekayaan jiwa,bagi hati -hati yang ingin merasa sejatinya merdeka.


Sabtu, 11 April 2015

SYAIR PELEMBUT HATI-IBNU QAYYIM




Jika Rabb-ku mengatakan kepadaku: “Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?!
Engkau menutupi dosa dari para makhluk-Ku, tapi malah dengan kemaksiatan kau mendatangi-Ku!”
Maka bagaimana aku menjawabnya, dan siapa yang mampu melindungiku…

Aku terus menghibur diri dengan angan-angan (dunia) dari waktu ke waktu…
Tetapi aku lalai dengan perihal setelah kematian, tentang apa yang dapat mencukupiku setelah itu…
Seolah aku akan hidup terus, dan maut tidak akan menghampiriku…

Saat sakaratulmaut yang dahsyat itu benar-benar datang, siapakah yang mampu melindungiku…
Aku melihat wajah orang-orang… Tidakkah ada diantara mereka yang mau menebusku?!

Aku akan ditanya, tentang apa -yang kukerjakan di dunia ini- yang dapat menyelamatkanku…
Maka bagaimanakah jawapanku setelah aku lupakan agamaku…

Sungguh celaka aku… Tidakkah ku dengar firman Allah yang menyeruku?!
Tidakkah pula kudengar ayat-ayat yang ada di Surat Qaf dan Yasin itu?!
Bukankah kudengar tentang hari kebangkitan, hari dikumpulkan, dan hari pembalasan itu?!
Bukankah kudengar pula panggilan kematian yang terus melayangkan panggilan dan seruan kepadaku?!

Maka ya Rabb… akulah hambamu yang bertaubat… Tidak ada yang dapat melindungiku,
Melainkan Rabb yang Maha Pengampun, lagi Maha Luas Kurnianya… Dia-lah yang menunjukkan hidayah kepadaku

Aku telah datang kepada-Mu… maka rahmatilah aku, dan beratkanlah timbanganku…
Ringankanlah hukumanku… Sungguh Engkaulah yang paling kuharapkan pahalanya untukku

ADAB-ADAB HARI JUMAAT

Oleh :Syaikh ‘Abdul Hamid bin ‘Abdirrahman as-Suhaibani

1. Memperbanyak do’a dan mendekatkan diri kepada Allah, karena di hari Jum’at terdapat waktu yang mustajab (dikabulkannya do’a). Hal ini berdasarkan hadits:

فِيْهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا.

“Di hari Jum’at itu terdapat satu waktu yang jika seorang muslim melakukan shalat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala, niscaya permintaannya akan dikabulkan.’ Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu.” [HR. Al-Bukhari no. 9300 dan Muslim no. 852][1]

2. Memperbanyak shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.[2]

3. Mandi besar, memakai wangi-wangian, dan memakai pakaian yang terbagus [3]

4. Membaca al-Qur-an surat al-Kahfi, berdasarkan hadits:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ.

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jum’at akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jum’at.”[)HR. Al-Hakim II/368 dan al-Baihaqi III/249 dishahihkan oleh Imam al-Albani dalam Irwaa-ul Ghaliil no. 626.]-penj.

5. Bersegera untuk datang lebih awal pada shalat Jum’at.[4]

6. Hendaknya mengerjakan shalat sunnah empat raka’at setelah selesai shalat Jum’at, berdasarkan hadits:

إِذَا صَلَّيْتُمْ بَعْدَ الْجُمُعَةِ فَصَلُّوْا أَرْبَعًا.

“Apabila kalian telah selesai mengerjakan shalat Jum’at maka shalat (sunnah)lah empat raka’at. [HR. Muslim no. 881 (68)][5]

[Disalin dari kitab Aadaab Islaamiyyah, Penulis ‘Abdul Hamid bin ‘Abdirrahman as-Suhaibani, Judul dalam Bahasa Indonesia Adab Harian Muslim Teladan, Penerjemah Zaki Rahmawan, Penerbit Pustaka Ibnu Katsir Bogor, Cetakan Kedua Shafar 1427H - Maret 2006M]
_______
Footnote
[1]. Waktu itu batasnya adalah sampai dengan ‘Ashar, dan inilah pendapat Jumhur ulama yang dikuatkan oleh Ibnul Qayyim dalam kitabnya, Zaadul Ma’aad fii Hadyi Khairil ‘Ibaad I/389-394, berdasarkan hadits Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئًا إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ.

“Hari Jum’at itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka carilah di akhir waktu tersebut, yaitu setelah ‘Ashar.” ]HR. Abu Dawud no. 1048, an-Nasa-i dalam Sunannya III/99-100 dan al-Hakim dalam al-Mustadrak I/279]-penj.

[2]. Berdasarkan hadits:

أَكْثِرُوا الصَّلاَةَ عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةَ الْجُمُعَةِ فَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً صلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْراً

“Perbanyaklah oleh kalian shalawat kepadaku pada hari Jum’at dan malam Jum’at karena barangsiapa yang bershalawat kepadaku satu kali niscaya Allah bershalawat kepadanya sepuluh kali.” [HR. Al-Baihaqi III/249 dari Anas Radhiyallahu anhu, sanadnya hasan. Lihat Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah no. 1407]-penj.

[3]. Hal tersebut berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لاَ يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيْبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلاَ يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ اْلإِمَامُ إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى.

“Tidaklah seseorang mandi pada hari Jum’at, dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan shalat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jum’at tersebut dan ke Jum’at berikutnya.” [HR. Al-Bukhari no. 883]-penj.

[4]. Hal ini berdasarkan hadits:

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً.

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jum’at seperti mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakanakan berkurban dengan unta yang gemuk” [HR. Al-Bukhari no. 881, Muslim no. 850, Abu Dawud no. 351, at-Tirmidzi no. 499]-penj.

[5]. Mengerjakan shalat sunnah empat raka’at setelah shalat Jum’at -dikerjakan setelah selesai berdzikir atau telah keluar dari masjid, (HR. Muslim no. 883) dapat pula dikerjakan di masjid- sebanyak dua raka’at kemudian ditambah dua raka’at lagi dikerjakan di rumah, [HR. Muslim no. 881 (68)) dan tidak boleh melakukan sunnah tersebut di tempat mengerjakan shalat jum’at. (HR. Ibnu Majah no. 1127)]-pent.

Khamis, 9 April 2015

MENGAWASI DIRI SENDIRI




Dikatakan dalam sebuah syair
إِذَا مَا خَلَوْتَ الدَّهْرَ يَوْمًا، فَلاَ تَقُلْ خَلَوْتُ وَلَكِنْ قُلْ عَلَيَّ رَقِيْبُ
وَلاَ تَحْسَبَنَّ الله يَغْفُـلُ سَـاعَـةً وَلاَ أَنَّ ماَ تُخْفِيْهِ عَنْهُ يَغِيْـبُ
Saat engkau sedang sendiri jangan katakan aku sendiri,
tetapi katakan ada yang senantiasa mengawasi diri ini.
Dan sedikitpun jangan menyangka bahwa Allah lalai,
atau menyangka Dia tak tahu apa yang tersembunyi.

إِذَا السِّرُّ وَالإِعْلاَنُ فِي المُؤْمِنِ اسْتَوَى فَقَدْ عَزَّ فِي الدَّارَيْنِ وَاسْتَوْجَبَ الثَّنَا
فَإِنْ خَالَـفَ الإِعْـلاَنُ سِرًّا فَمَا لَهُ عَلَى سَعْيِهِ فَضْلٌ سِوَى الْكَدِّ وَالْعَنَا
Jika tersembunyi dan tampak bagi seorang mukmin tiada beda,
maka ia telah berhasil di dua dunia dan kita pantas memujinya.
Namun jika yang tampak menyelisihi yang rahasia,
tiada kelebihan pada amalnya, selain penat dan lelah saja.