HADIS

Friday, 24 February 2012

PAMERAN TEKNOLOGI HIJAU SMK TANJONG BUNGA 2012


P1170322  P1170325
TANJUNG BUNGAH, 24 FEBRUARI 2012 – Unit Pameran Bergerak (UPB) CETREE telah mengadakan pameran Teknologi Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bungah yang bertempat di dalam Pulau Pinang. Teknologi Hijau pada masa kini merupakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian.

Seramai empat orang telah terlibat menjayakan program tersebut. Antara yang turut terlibat ialah Penolong Pegawai Penyelidik CETREE En. Syafiq Saifullah Azmi, En. Muhammad Syafiq Jasmi, En.Faizul Jusoff dan En. Muhamad Badrul Hisham Ali Anuar sebagai fasilitator yang membantu memberi penerangan mengenai Van Teknologi Hijau serta menjayakan aktiviti-aktiviti kepada semua guru dan pelajar yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Bungah.

Semasa program berlangsung, sekretariat CETREE sebagai fasilitator telah menerangkan dan memaklumkan tentang penggunaan Van Teknologi Hijau serta melakukan demonstrasi kepada warga sekolah bagaimana Van Teknologi Hijau berfungsi. Program dijalankan melibatkan pelajar semua kelas. Setiap kelas dianggarkan hampir dalam 45 orang murid yang berada di SMK Tanjong Bungah.

Sememangnya kita tahu, pelajar-pelajar tidak begitu arif tentang kepentingan Teknologi Hijau. Oleh itu, Unit Pameran Bergerak (UPB) CETREE telah menyampai dan memberikan kesedaran berkaitan Teknologi Hijau kepada pelajar-pelajar sekolah. Pelbagai maklumat berkaitan kepentingan teknologi hijau telah disampaikan. Mudah-mudahan pelajar-pelajar SMK Tanjong Bungah dapat mempelajari dan memanfaatkan apa yang telah disampaikan oleh fasilatator dari Unit Pameran Bergerak CETREE.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...