JOM BOOKCAFE

Memaparkan catatan dengan label Muat Turun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muat Turun. Papar semua catatan

Rabu, 22 Disember 2021

PANDUAN PENGURUSAN BULI DI SEKOLAH TERBITAN KPM

 BULI

Gejala buli dalam kalangan murid dan pelajar khususnya di institusi-institusi Pendidikan merupakan wabak sosial yang semakin mengganas mempengaruhi tingkah laku songsang para pewaris masa hadapan negara kita.Apa sudah jadi pada nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah,apa sudah jadi pada sistem nilai yang diajar di institusi-institusi Pendidikan sehingga wabak buli ini masih menular mengikis nilai-nilai kemanusiaan insan.

Dimana punca dan apakah langkah ampuh yang dapat diambil untuk  mengatasi gejala ini yang mana kesan gejala buli ini direkodkan  sehingga ada yang menyebabkan kecederaan fizikal, emosi bahkan lebih ekstrim sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.Watak-watak pembuli yang tanpa perikemanusiaan mendatangkan kecederaan dengan pukulan,tendangan,bahkan aksi-aksi yang lebih kejam menggamit pilu di hati, apakah sudah jadi pada nilai kemanusiaan insan sehingga berperilaku seperti haiwan tanpa peradaban.

Tanpa mengira sempadan agama dan etika,gejala buli ini bukan sahaja meyebabkan pelbagai kesan negative yang tidak tertanggung pada si mangsa dan keluarga namun lebih serius daripada itu,apa akan jadi pada keyakinan masyarakat kepada institusi undang-undang dan Pendidikan negara sekiranya pelaku buli ini terus bebas tanpa hukuman setimpal yang diberikan kepadanya.

Retorik masyarakat,berilah peluang kedua..ya bahkan peluang ke 100 pun akan kita berikan sekiranya watak insan dan gejala buli ini diikat dengan mekanisme pencegahan dan pelaksanaan hukum yang lebih adil dan telus bukan sekadar peraturan yang terpampang tanpa penguatkuasaan.Alhamdulillah semoga, kecerdasan insan dalam menerapkan hukum yang adil menjadi asbab kepada terlahirnya manusia yang lebih cerdik beramal dengan kebaikan dan amalnya esok tidak muflis di mahkamah Tuhan.

Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏

Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.

Riwayat Muslim (2581)

Apabila isu gejala buli in terpapar di media sosial,  terpapar di dada-dada akhbar,hati yang tenang jadi marah,fikir yang tenang menjadi kusut mengenangkan nasib bangsa. Bahkan terkadang sehingga mata tidak sanggup lagi meneruskan menonton kebiadapan si pembuli membuli mangsa.Semoga mereka yang terlibat dalam gejala buli ini mengenangkan firman Allah

 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun.Surah al-Kahf (49)

Tidaklah terlepas dosa kecil mahupun dosa besar dalam timbangan neraca keadilan Tuhan. Semoga harapan untuk melihat penerapan undang-undang dan pelaksanaan hukum yang lebih cekap dan tegas dapat diimplimentasikanbagi menangani gejala buli dalam kalangan masyarakat khususnya di institusi-institusi pendidikan dalam negara.Model pelaksanaan pencegahan buli yang menyeluruh melibatkan tindakan hukum kepada si pembuli dan perlindungan kepada yang dibuli perlulah dikuatkuasakan pelaksanaannya dengan amanah tanpa mengira bulu dan pangkat sosial si pelaku.

Di bawah adalah link rujukan Panduan Pengurusan Buli Di Sekolah yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN

Panduan Pengurusan Buli


 

 

 

 

 

 

Sabtu, 22 September 2018

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25



Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
  •  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •  Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •  Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •  Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •  Komitmen komuniti yang padu.

TS25 2.0 
 MODUL 1 | MODUL 2 | MODUL 3 | MODUL 4 |

TS25 3.0




Kredit to:http://azmanss.blogspot.com/2017/05/transformasi-sekolah-2025-ts25.html#more

Rabu, 1 Februari 2017

BAHAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Perkongsian bahan-bahan yang menerangkan konsep pembelajaran abad ke 21.Klik link di bawah untuk muat turun.

  1. PEMBELAJARAN ABAD KE 21 

Isnin, 24 Oktober 2016

BAHAN-BAHAN RUJUKAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK



IBU BAPA BOLEH MENJADIKAN BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN PADA LINK DI BAWAH SEBAGAI PANDUAN ATAU TIPS BERGUNA DALAM MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG BERJAYA DAN CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN.BAHAN-BAHAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

  1. PANDUAN KEIBUBABAPAAN (PARENTING SKILLS)

MUAT TURUN BUKU ONE MINUTE MANAGER


KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN

  1. ONE MINUTE MANAGER PDF 

Khamis, 6 Oktober 2016

HIMPUNAN SOALAN-SOALAN TRIAL NEGERI SPM 2016 MENGIKUT TEMA

Guru-guru dan murid boleh memanfaatkan modul yang disediakan oleh Puan Hanita Binti Ahmad dari SMK Seri Raub sebagai persediaan akhir menduduki SPM Sejarah2016.Modul ini merupakan himpunan soalan-soalan trial negeri mengikut tema yang telahpun disusun .Amat bermanfaat untuk dijadikan panduan guru dan murid.Klik link dibawah untuk muat turun:

  1. MODUL SOALAN TRIAL SPM 2016 MENGIKUT TEMA 

Rabu, 5 Oktober 2016

MUAT TURUN SET LATIH TUBI KERTAS 3 2016

Guru dan pelajar boleh memuat turun set latih tubi kertas 3 bagi persediaan SPM 2016 pada pautan link di bawah.

  1. LATIH TUBI KERTAS 3 SPM 2016  

Kredit :Cikgu Mohamed Nasar

MUAT TURUN SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2016 SEMUA NEGERI !!!

Makluman kepada para guru dan pelajar.Dibawah merupakan bahan soalan-soalan Sejarah bagi kertas 1,2 dan 3 untuk semua negeri.Semoga bermanfaat untuk rujukan para guru dan pelajar dalam membuat persediaan akhir SPM 2016. Klik link di bawah untuk ke pautan muat turun.

  1. SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2016 SEMUA NEGERI 

Ahad, 13 September 2015

MUAT TURUN SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2015

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN
  1. SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2015
Rangkuman soalan percubaan sejarah diatas dari negeri-negeri berikut:
  • Pulau Pinang
  • Melaka
  • SBP
  • MRSM
  • Negeri Sembilan
  • Johor
  • Kelantan
  • Limbang
  • Perlis