JOM BOOKCAFE

Memaparkan catatan dengan label PIBG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIBG. Papar semua catatan

Sabtu, 22 September 2018

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25



Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
  •  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •  Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •  Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •  Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •  Komitmen komuniti yang padu.

TS25 2.0 
 MODUL 1 | MODUL 2 | MODUL 3 | MODUL 4 |

TS25 3.0




Kredit to:http://azmanss.blogspot.com/2017/05/transformasi-sekolah-2025-ts25.html#more

Rabu, 1 Februari 2017

BAHAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Perkongsian bahan-bahan yang menerangkan konsep pembelajaran abad ke 21.Klik link di bawah untuk muat turun.

  1. PEMBELAJARAN ABAD KE 21 

Khamis, 12 Januari 2017

Isnin, 24 Oktober 2016

BAHAN-BAHAN RUJUKAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK



IBU BAPA BOLEH MENJADIKAN BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN PADA LINK DI BAWAH SEBAGAI PANDUAN ATAU TIPS BERGUNA DALAM MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG BERJAYA DAN CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN.BAHAN-BAHAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

  1. PANDUAN KEIBUBABAPAAN (PARENTING SKILLS)

MUAT TURUN BUKU ONE MINUTE MANAGER


KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN

  1. ONE MINUTE MANAGER PDF