JOM BOOKCAFE

Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat. Papar semua catatan

Sabtu, 22 September 2018

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25



Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
  •  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •  Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •  Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •  Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •  Komitmen komuniti yang padu.

TS25 2.0 
 MODUL 1 | MODUL 2 | MODUL 3 | MODUL 4 |

TS25 3.0




Kredit to:http://azmanss.blogspot.com/2017/05/transformasi-sekolah-2025-ts25.html#more

Rabu, 26 Disember 2012

KURSUS DALAMAN PBS KEPADA GURU-GURU TINGKATAN 2 BAHASA MELAYU



PENGISIAN:
  1. Pengoperasian PBS
  2. Pentaksiran Sekolah,Pentaksiran Pusat.
  3. Standard Prestasi
  4. Pemetaan
  5. Rekod Transit
  6. SPPBS
  7. Hal-hal lain



Rabu, 28 Disember 2011

Mesyuarat Guru Pertama SMK Tanjong Bunga

Kata Alu-Aluan Pengetua

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kekuatan untuk terus bersama-sama berdiri teguh dan melangkah sederap dalam merealisasikan visi sekolah iaitu "Menjadikan SMK Tanjong Bunga sekolah cemerlang menjelang 2013"

Bagi memenuhi hasrat ini semua warga sekolah perlulah memiliki iltizam,keazaman dan semangat yang tinggi,bekerja dengan semangat kerjasama,tolong-menolong dan hormat-menghormati mengikut semangat 1 Malaysia.

Sebagai sekolah yang telah terpilih sebagai showcase Pentaksiran Berasaskan Sekolah aerah Timur Laut tahu lepas, saya yakin dan percaya bahawa seluruh warga pendidik khususnya dapat terus berusaha menggembeleng tenaga menjalankan tugas dengan penuh AMANAH dan tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik,kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk "BERSAMA-SAMA KE ARAH KECEMERLANGAN"
Harapan saya agar SMK Tanjaong Bunga memepunyai sember tenaga yang berkualiti dari segi keilmuan,kemahiran serta tinggi sahsiahnya menjadi tonggak utama dalam melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

NOORIAH BINTI MOHAMAD

Pengetua
SMK Tanjong Bunga