JOM BOOKCAFE

Memaparkan catatan dengan label Isu Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Pendidikan. Papar semua catatan

Rabu, 5 Januari 2022

HATI-HATI SCAM YANG MENGGUNAKAN NAMA ANDA.PINJAM HARI INI BAYAR ESOK

TAKTIK BARU SCAMMER YANG MENGGUNAKAN NAMA ANDA UNTUK DAPATKAN PINJAMAN.ANDA MUNGKIN MERASAKAN MESEJ YANG DITERIMA ADALAH DARIPADA RAKAN ANDA NAMUN SEBENARNYA IA ADALAH SCAMMER.PASTIKAN ANDA MEMBUAT KOFIRMASI ATAS SETIAP MESEJ YANG MEMINTA ANDA UNTUK MEMBERI PINJAMAN WANG SEBAGAI LANGKAH BERHATI-HATI.




Khamis, 23 Disember 2021

IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN KECEKAPAN PENGURUSAN

 

IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN KECEKAPAN PENGURUSAN


Banjir dan ibrahnya dalam mencetak kreativiti manusia bagi menangani bencana alam dapat dilihat di pelbagai belahan negara dengan pelbagai aplikasi binaan teknologi canggih dalam bidang kejuruteraan yang dipraktikkan  bagi menghalang air bah daripada merosakkan aset tamadun yang dibangun oleh manusia.

Menonton klip video yang digunakan dalam mengatasi bencana banjir,jiwa pendidik ini mula terasa betapa rasionalnya pengenalan Pendidikan STEM dalam membangun generasi yang mampu menyumbang kepada penjanaan idea berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan .Pendidikan STEM atau singkatannya pendidikan untuk mengintegrasikan pengetahuan Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ini  telah merubah wajah peradaban dengan mewujudkan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia.Termasuk di dalamnya kaedah terbaik dalam pengurusan bencana alam seperti banjir yang berlaku khususnya di negara kita Malaysia.

Melihat kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran revolusi teknologi yang semakin sengit,Pendidikan STEM dilihat sebagai salah satu langkah proaktif yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan generasi muda untuk berdepan dengan cabaran peluang pekerjaan pada masa hadapan.Statistik kajian juga mendapati bahawa 65% murid sekolah rendah kini akan menceburi kerjaya yang tidak wujud lagi pada hari ini bahkan diramalkan 54%pekerjaan di Malaysia sekarang berisiko tinggi untuk menjadi automatic pada tahun 2050.Antara pekerjaan yang dikatakan akan melalui fasa automasi termasuklah agen insurans,juruaudit dan peguam.Perkembangan pesat teknologi AI (Artificial Inteligence ) kini telah menjadikan Pendidikan STEM semakin relevan dalam mencorak pembangunan negara pada masa hadapan.

Rumus penulisan ringkas ini ialah ingin menuntaskan kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran dan menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam negara termasuk di dalamnya aspek pengurusan bencana negara agar menjadi lebih cekap dan responsif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Jom tengok video klip rasionalisasi STEM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.



 

 

CATCH-UP PLAN KPMPERKASAKU

 

Rabu, 22 Disember 2021

PANDUAN PENGURUSAN BULI DI SEKOLAH TERBITAN KPM

 BULI

Gejala buli dalam kalangan murid dan pelajar khususnya di institusi-institusi Pendidikan merupakan wabak sosial yang semakin mengganas mempengaruhi tingkah laku songsang para pewaris masa hadapan negara kita.Apa sudah jadi pada nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah,apa sudah jadi pada sistem nilai yang diajar di institusi-institusi Pendidikan sehingga wabak buli ini masih menular mengikis nilai-nilai kemanusiaan insan.

Dimana punca dan apakah langkah ampuh yang dapat diambil untuk  mengatasi gejala ini yang mana kesan gejala buli ini direkodkan  sehingga ada yang menyebabkan kecederaan fizikal, emosi bahkan lebih ekstrim sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.Watak-watak pembuli yang tanpa perikemanusiaan mendatangkan kecederaan dengan pukulan,tendangan,bahkan aksi-aksi yang lebih kejam menggamit pilu di hati, apakah sudah jadi pada nilai kemanusiaan insan sehingga berperilaku seperti haiwan tanpa peradaban.

Tanpa mengira sempadan agama dan etika,gejala buli ini bukan sahaja meyebabkan pelbagai kesan negative yang tidak tertanggung pada si mangsa dan keluarga namun lebih serius daripada itu,apa akan jadi pada keyakinan masyarakat kepada institusi undang-undang dan Pendidikan negara sekiranya pelaku buli ini terus bebas tanpa hukuman setimpal yang diberikan kepadanya.

Retorik masyarakat,berilah peluang kedua..ya bahkan peluang ke 100 pun akan kita berikan sekiranya watak insan dan gejala buli ini diikat dengan mekanisme pencegahan dan pelaksanaan hukum yang lebih adil dan telus bukan sekadar peraturan yang terpampang tanpa penguatkuasaan.Alhamdulillah semoga, kecerdasan insan dalam menerapkan hukum yang adil menjadi asbab kepada terlahirnya manusia yang lebih cerdik beramal dengan kebaikan dan amalnya esok tidak muflis di mahkamah Tuhan.

Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏

Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.

Riwayat Muslim (2581)

Apabila isu gejala buli in terpapar di media sosial,  terpapar di dada-dada akhbar,hati yang tenang jadi marah,fikir yang tenang menjadi kusut mengenangkan nasib bangsa. Bahkan terkadang sehingga mata tidak sanggup lagi meneruskan menonton kebiadapan si pembuli membuli mangsa.Semoga mereka yang terlibat dalam gejala buli ini mengenangkan firman Allah

 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun.Surah al-Kahf (49)

Tidaklah terlepas dosa kecil mahupun dosa besar dalam timbangan neraca keadilan Tuhan. Semoga harapan untuk melihat penerapan undang-undang dan pelaksanaan hukum yang lebih cekap dan tegas dapat diimplimentasikanbagi menangani gejala buli dalam kalangan masyarakat khususnya di institusi-institusi pendidikan dalam negara.Model pelaksanaan pencegahan buli yang menyeluruh melibatkan tindakan hukum kepada si pembuli dan perlindungan kepada yang dibuli perlulah dikuatkuasakan pelaksanaannya dengan amanah tanpa mengira bulu dan pangkat sosial si pelaku.

Di bawah adalah link rujukan Panduan Pengurusan Buli Di Sekolah yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN

Panduan Pengurusan Buli


 

 

 

 

 

 

Isnin, 20 Disember 2021

SUKARELAWAN BANTUAN BENCANA

 Jom sertai Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia 2021/2022. Imbas kod QR atau ke pautan yg disediakan untuk mengisi borang pendaftaran sebagai sukarelawan.


https://bit.ly/SukarelawanKPM

#SekolahkuSejahtera

#KPMKomited

#PrihatinRakyat

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

Sabtu, 22 September 2018

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras TS25



Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
  •  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •  Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •  Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •  Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •  Komitmen komuniti yang padu.

TS25 2.0 
 MODUL 1 | MODUL 2 | MODUL 3 | MODUL 4 |

TS25 3.0




Kredit to:http://azmanss.blogspot.com/2017/05/transformasi-sekolah-2025-ts25.html#more

Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM

Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM





Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), DATUK DR AMIN BIN SENIN telah mengemukakan gagasan Melangkah ke Hadapan: Fokus Gerak Kerja (FGK) KPPM kepada warga pendidikan sebagai panduan dalam menterjemah budaya kerja yang berupaya merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 merupakan tumpuan khusus KPPM dalam meneruskan amanah yang diberi untuk meletakkan pendidikan negara sebaris dengan negara-negara yang mempunyai sistem terbaik di dunia.
Fokus dan gerak kerja ini telah dirangkumkan  dalam satu muka surat agar ia dapat disebar kepada semua pemimpin pendidikan seterusnya diikuti dengan terjemahan melalui tindakan yang berterusan. Ini adalah kunci pengurusan yang berkesan. Dalam erti kata lain Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 adalah One Page Management Tool yang melihat pelaksanaan PPPM dari satu dimensi yang lain. 
Empat tema perbincangan yang diutarakan dalam FGK ialah pendekatan, sasaran mikro, bidang tumpuan dan program strategik. Setiap tema ini dinyatakan secara ringkas pengertian konsep, golongan sasaran, impak/ keberhasilan sekolah dan bagaimana tindakan yang wajar dilakukan bagi mempercepatkan transformasi pendidikan. Kefahaman keseluruhan keempat-empat tema ini adalah wajar supaya usaha transformasi yang kita laksanakan akan berlaku sederap di setiap peringkat.
Sila muat turun  dan buka pautan berikut untuk meneroka Melangkah Ke Hadapan: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 secara lebih mendalam. 


Rabu, 7 Mei 2014

MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 2014 (OFF LINE EXCEL 2014)

MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 1

Panduan Penggunaan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid KLIK DI SINI




Bahasa Melayu KLIK DI SINI


Bahasa Inggeris KLIK DI SINI


Bahasa Cina KLIK DI SINI


Bahasa Tamil KLIK DI SINI


Bahasa Arab KLIK DI SINI


Bahasa Iban KLIK DI SINI


Bahasa Kadazandusun KLIK DI SINI


Matematik KLIK DI SINI


Sains KLIK DI SINI


Pendidikan Seni Visual KLIK DI SINI


Pendidikan Muzik KLIK DI SINI


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KLIK DI SINI


Pendidikan Islam KLIK DI SINI


Pendidikan Moral KLIK DI SINI


Pendidikan SiVik dan Kewarganegaraan KLIK DI SINI


Sejarah KLIK DI SINI


Geografi KLIK DI SINI


Kemahiran Hidup Bersepadu
          - Kemahiran Teknikal KLIK DI SINI
          - Ekonomi Rumah Tangga KLIK DI SINI
          - Pertanian KLIK DI SINI
          - Perdagangan Dan Keusahawanan KLIK DI SINI


MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 2


Panduan Penggunaan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid KLIK DI SINI




Bahasa Melayu KLIK DI SINI


Bahasa Inggeris KLIK DI SINI


Bahasa Cina KLIK DI SINI


Bahasa Tamil KLIK DI SINI


Bahasa Arab KLIK DI SINI


Bahasa Iban KLIK DI SINI


Bahasa Kadazandusun KLIK DI SINI


Matematik KLIK DI SINI


Sains KLIK DI SINI


Pendidikan Seni Visual KLIK DI SINI


Pendidikan Muzik KLIK DI SINI


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KLIK DI SINI


Pendidikan Islam KLIK DI SINI


Pendidikan Moral KLIK DI SINI


Pendidikan SiVik dan Kewarganegaraan KLIK DI SINI


Sejarah KLIK DI SINI


Geografi KLIK DI SINI


Kemahiran Hidup Bersepadu
          - Kemahiran Teknikal KLIK DI SINI
          - Ekonomi Rumah Tangga KLIK DI SINI
          - Pertanian KLIK DI SINI
          - Perdagangan Dan Keusahawanan KLIK DI SINI

MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 3


Panduan Penggunaan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid KLIK DI SINI




Bahasa Melayu KLIK DI SINI


Bahasa Inggeris KLIK DI SINI


Bahasa Cina KLIK DI SINI


Bahasa Tamil KLIK DI SINI


Bahasa Arab KLIK DI SINI


Bahasa Iban KLIK DI SINI


Bahasa Kadazandusun KLIK DI SINI


Matematik KLIK DI SINI


Sains KLIK DI SINI


Pendidikan Seni Visual KLIK DI SINI


Pendidikan Muzik KLIK DI SINI


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KLIK DI SINI


Pendidikan Islam KLIK DI SINI


Pendidikan Moral KLIK DI SINI


Pendidikan SiVik dan Kewarganegaraan KLIK DI SINI


Sejarah KLIK DI SINI


Geografi KLIK DI SINI


Kemahiran Hidup Bersepadu
          - Kemahiran Teknikal KLIK DI SINI
          - Ekonomi Rumah Tangga KLIK DI SINI
          - Pertanian KLIK DI SINI
          - Perdagangan Dan Keusahawanan KLIK DI SINI

Sabtu, 26 April 2014

GURU DAHULU DAN SEKARANG !!!

Cikgu zaman dulu dengan zaman sekarang ni jauh bezanya. Kepada yang telah jadi cikgu dan bakal jadi cikgu, tentu anda perasaan perbezaannya. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, pernah jugak la rasa penampar, berdiri atas kerusi dan kena rotan dengan cikgu..hahah. Kalau anda pernah rasa, tentu geramkan! Tapi bila teringat balik rasa macam lucu pulak.Biasalah, masa tu budak-budak lagi.Bila anda semua dah jadi cikgu, baru faham macam mana susah nak didik pelajar ni jadi manusia yang berguna

CIKGU ZAMAN DULU 

 


1.Cikgu dahulu sangat garang kepada pelajar. Tak siap kerja rumah siap kena rotan dengan penampar sampai ada yang sanggup tak nak pergi sekolah gara-gara kerja rumah yang tak siap buat.

2.Cikgu dahulu dihormati mengalahkan pak imam masjid. Kalau orang tua yang ada anak dara, mesti teringin nak buat cikgu menantu.

3.Cikgu dahulu ditakuti murid-muridnya. Kalau bertembung dikawasan luar sekolah pun sampai ada yang lari sebab terasa aura cikgu tu.

4.Cikgu dahulu boleh maki hamun pelajarnya yang degil dan nakal. Tak ada masalah sebab murid-muridnya memiliki keimanan kepada Allah dari hasil didikan ibu bapa yang kuat.

5.Cikgu dahulu dapat lesen penuh untuk mendidik anak muridnya. Mak bapak tak kisah kalau anak diorang kena pukul ”Cikgu nak buat ape kat anak saya pun buatlah, yang penting jangan sampai cedera dan mati je". 


 CIKGU ZAMAN SEKARANG





1.Cikgu sekarang takut nak garang dengan pelajar. Nanti tak pasal-pasal kereta yang tercalar dan mak bapak yang datang mengamuk kat sekolah.

2.Cikgu sekarang orang tak pandang pun. Kalau orang tua yang ada anak dara pun, depa pilih yang engineer dulu yang bergaji lebih besar.

3.Cikgu sekarang kalau bertembung dengan muridnya silap gaya kena langgar pulak.

4.Cikgu sekarang nak marah pun tak boleh sangat takut nanti anak muridnya mengalami tekanan jiwa untuk belajar, nanti anak murid tu akan merosakkan dirinya.

5.Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur ”Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu”

Sumber:Unit Pengurusan Sekolah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2013/02/normal-0-21-false-false-false-ms-x-none.html

Selasa, 18 Mac 2014

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Menerusi PBS, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

Sila klik untuk KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN  MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KRITERIA KEMASUKAN MURID KE PELBAGAI ALIRAN TINGKATAN 4

Kritirie ke T4

Rabu, 29 Mei 2013

Ibu bapa bela salah pelajar pincangkan sistem pendidikan

SEJAK kebelakangan pasti ada berita mengenai kerenah ibu bapa yang melenting apabila anak mereka didenda di sekolah. Inilah antara sifat ibu bapa zaman sekarang. Amat berbeza dengan ibu bapa zaman saya masih bersekolah dulu.

Ibu bapa dulu amat tegas dan menitikberatkan disiplin anak. Anak akan berada di rumah sebelum Maghrib dan terus masuk tidur selepas mengulang kaji pelajaran.
Maghrib dan Isyak adalah untuk beribadah bersama keluarga. Nilai sebeginilah menentukan akhlak remaja. Sebab itulah saya kini menjadi ‘orang’, bukannya penagih, perogol atau penyamun.

Dulu, di sekolah kita takut untuk melakukan kesalahan. Bimbang kena denda dengan guru dan apabila pulang, ibu atau bapa pula menghukum atas kesalahan sama.

Namun kini, pelajar semakin berani melanggar disiplin, melawan arahan guru serta melakukan kesalahan sesama pelajar kerana tahu tidak akan didenda dan guru kini sudah tidak ambil pedulikan mereka.

Puncanya, apabila ibu bapa selalu menyalahkan sekolah apabila anak didenda walaupun hukuman itu hanyalah untuk menyedarkan pelajar. Banyak kes ibu bapa menyerang guru hanya disebabkan hukuman kecil seperti memotong rambut.

Ibu bapa menyalahkan guru tanpa usul periksa. Mereka terlalu memanjakan anak serta terlalu percaya kata anak mereka. Ada juga ibu bapa menggunakan media untuk menghentam sekolah dan turut mengheret kementerian berkaitan. Ibu bapa juga berani menggunakan ahli politik semata-mata untuk mempertahankan kesalahan anak mereka.
Institusi pendidikan kini bagaikan tempat berpolitik bagi ibu bapa, mencari publisiti di akhbar serta tempat melepaskan geram bagi pihak anak. Tiada lagi rasa hormat kepada guru, yang ada hanya syak wasangka.

Apabila anak ‘naik lemak’, ibu bapa tidak menghormati guru dan guru takut mengambil tindakan maka pincanglah sistem pendidikan.

Hasilnya lahirlah generasi tidak takut undang-undang, pemberontak, melanggar tatasusila dan tidak mengenal halal dan haram.

BUKAN GURU,
Cheras.

Nota kaki:Antara tugas guru ialah mendidik pelajar supaya menjadi manusia yang berguna dan kaedah didikan bukanlah semata-mata nasihat dan teguran.Terkadang tindakan disiplin yang lebih tegas perlu diambil untuk melatih dan menyedarkan pelajar supaya mematuhi peraturan sekolah setelah berkali-kali nasihat dan surat amaran dikeluarkan.Kalau semua manusia mampu berubah hanya dengan kata-kata...nescaya negara kita tidak memerlukan polis dan tentera untuk menjaga keamanan negara.Fikir-fikirkan.