JOM BOOKCAFE

Isnin, 11 Mac 2013

CINTA-ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA:


1. Menghabiskan tambah nilai kredit telefon bimbit untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang untuk membelinya adalah kiriman daripada ibu bapa anda.
2. Rela menunggu berjam-jam dalam hujan pula tu,semata-mata untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan.Sedangkan anda solat dengan ekspress (kurang daripada dua minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.
3. Marah bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang diminati.
4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus mukasurat dalam tempoh sehari.Padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu helai setahun.
5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak mengenang wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.
6. Susah hati jika tidak menerima surat,e-mel,SMS, daripada orang yang anda cintai.Sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita,menelefon,atau menghantar SMS kepada ibubapa anda di kampung.
7. Memakai pakaian yang sehabis cantik atau segak untuk dating dengan kekasih.Sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak memakai baju langsung ketika solat.
8. Lebih banyak mengucapkan kalimah I LOVE U berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah,Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Untuk remaja di luar sana..mungkin anda sudah baligh rasanya..tetapi untuk bercinta…??matangkah anda??...fikir-fikirkan…hmm

Dipetik dari buku :Isu Remaja Kontemporari-Tentang Cinta
Pahrol Mohamad Juoi