HADIS

Sunday, 30 October 2016

BIODATA PEREKACIPTA LENCANA SMKTB



BIODATA PEREKACIPTA LENCANA SMKTB

Nama Penuh : Elias Bin Ibrahim
Tempat Lahir : Pulau Pinang
Tarikh Lahir : 21 Oktober 1953

Elias Ibrahim dilahirkan pada 1953 di Pulau Pinang adalah anak kedua daripada 9 orang adik-beradik.  Beliau dibesarkan di Selama, Perak dan mendapat pendidikan sekolah rendah di sana. Beliau mula bersekolah di SMKTB dari 1967 – 1970. Semasa di Tingkatan 4 (1969) sekolah telah menganjurkan pertandingan mencipta lencana sekolah bagi mengantikan lencana lama.  Pertandingan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5.  Tempoh pertandingan selama 2 minggu itu hanya disertai oleh 5 atau 6 orang pelajar sahaja.  Lencana ciptaan Elias telah terpilih memenangi tempat pertama berdasarkan rekaan dan corak geometri serta warna yang menarik .  Beliau mengambil masa seminggu menghasilkan lencana tersebut menggunakan teknik lukisan Seni Perusahaan yang dipelajarinya di sekolah dan turut mendapat bimbingan serta tunjuk ajar dari Allahyarham Cikgu Abdul Hakim Abdul Hamid.  Menurut Elias hadiah tidak penting baginya waktu itu (wang tunai RM10) namun jasa kecil ini menjadi kebanggaan peribadi beliau dan keluarga kerana lencana ini masih digunakan oleh SMKTB hingga kini.

Setelah tamat tingkatan 5 di SMKTB Elias telah melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani dalam bidang Binaan Bangunan.  Kemudian beliau telah ditaja MARA melanjutkan pelajaran di peringkat Higher National Diploma in Building Construction and Intructor Training di Vancouver Community College Canada.

Elias telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di IKM dari 1978 hingga 2011 di beberapa kampus iaitu Sg Petani, Sarawak, Kelantan dan Alor Setar.  Elias aktif dalam persatuan khidmat masyarakat dan aktiviti sukarela.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...