JOM BOOKCAFE

PROFIL SEKOLAH


SMK Tanjong Bunga

Sejarah Sekolah

1965 En. G. L Johnson dilantik menjadi guru besar yang pertama dengan tiga kelas tingkatan peralihan dan dua kelas tingkatan satu yang menumpang bangunan Sekolah Rendah Tanjong Bunga pada sebelah petang.
1968 Sekolah didaftarkan dengan dua buah sekolah; iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjong Bunga dan Tanjong Bunga English School (Secondary). Pada tahun yang sama, sekolah telah mendapat dua buah blok bangunan sendiri dan mula beroperasi dengan nama Sekolah Menengah Tanjong Bunga. Perasmian dilakukan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari; iaitu Menteri Pelajaran waktu itu. Sebuah blok tambahan yang mengandungi perpustakaan, bilik-bilik darjah dan makmal sains dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Memandangkan bangunan yang sedia ada tidak terdaya untuk menampung para pelajar maka sebuah lagi blok; iaitu Blok Sri Anggun dibina kemudiannya.
1990 Melalui usaha PIBG dan JKKK Tanjong Bunga, sekolah mendapat sebuah surau bagi kemudahan pelajar-pelajar Islam.  Beberapa buah gelanggang permainan dan gelanggang serba guna juga berjaya disediakan oleh pihak sekolah.
1991 Sekolah telah mengambil alih bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjong Bunga yang kemudiannya diberi nama Blok Sri Diwangsa.  Ini memungkinkan pengoperasian sekolah satu sesi.
1997 YAB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap ADUN kawasan Tanjong Bunga telah merasmikan Bilik Multimedia dan Makmal Komputer SMTB.  Koperasi sekolah didaftarkan dengan anggota seramai seratus lima belas orang.  Jawatankuasa Jualan dan Pengurusan Kedai turut ditubuhkan.
1999 Kedai swasta di sekolah telah diambil alih oleh Koperasi Sekolah. Pusat Sumber telah dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu Pusat Sumber Utama yang dimuatkan bahan pembelajaran dan pengajaran serta Bengkel Pusat Sumber.
2000 Pihak sekolah telah melengkapkan Pusat sumber dengan sebuah komputer dan alat pencetak bagi meringankan tugas guru.  Sekolah telah dipilih sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang, kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar.
2001Pintu pagar dan tembok sekolah dibaiki di samping membina sebuah pondok pengawal keselamatan di pintu masuk utama sekolah.
2002 Sebuah bangunan baru yang terdiri daripada sebuah makmal sains, dewan serbaguna, bangunan pentadbiran dan kawasan  meletak motosikal mula dibina.  Padang sekolah turut diberi wajah baru. Bilik makan guru yang berasingan daripada pelajar juga dibina.
Lagu sekolah iaitu “Bintang Harapan” dicipta dengan lirik ditulis oleh Pn Nancy Teng, En Teh Yew Teik dan En Chew Siew Ghee.
2003 Tapak perhimpunan diberikan nama Dataran Sri Tanjung oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shafie b. Hashim. Pejabat pentadbiran baru mula digunakan. Dua makmal komputer baru juga diubahsuaikan.
2004 Perubahan nama dalam rumah sukan: Rumah Jati (Kuning), Rumah Cengal (Hijau), Rumah Merbau (Biru) dan Rumah Meranti (Merah).
SMKTB buat pertama kali mempunyai bilik gerakan untuk guru-guru bermesyuarat. Pelajar Tingkatan 4 ditawarkan mata pelajaran vokasional “Hiasan Dalaman”.
2005 Ikrar sekolah digubalkan.
Bilik guru dipasang watercooler.
Tempat letak berbumbung siap dipakai oleh pentadbir-pentadbir sekolah.
2006 PIBG memberi sumbangan watercooler kepada pelajar untuk menjamin kesihatan pelajar. Kakitangan sekolah mula menggunakan mesin “punch-card” untuk “clock-in” setiap hari bekerja.
Sistem Automasi Pengurusan Perpustakaan dimulakan dengan menggunakan komputer sumbangan daripada PIBG SMKTB. SMK Tanjong Bunga adalah antara 40 buah sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang terpilih terlibat dalam perlaksanaan Program Pembestarian Sekolah bagi tahun 2006 oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia.
2007  Pusat Akses telah diwujudkan.


LENCANA SEKOLAH DAN PENJELASANNYA

  1. Bunga menandakan sekolah ingin memupuk cinta kepada alam sekitar.Ia juga melambangkan nama kawasan di mana terletaknya sekolah.
  2. Tanda cincin menandakan pihak sekolah mementingkan semangat kesukanan
  3. Gambar alat sains melambangkan kepentingan pengetahuan dalam hidup seorang pelajar.
  4. Warna putih melambangkan kesucian manakala warna merah bermaksud kegigihan.Warna hitam pula melambangkan kesungguhan dalam apa-apa usaha seorang pelajar.Warna kuning melambangkan kewibawaan sekolah.
  5. Moto 'BERJASA' menunjukkan warga SMKTB sentiasa berusaha berbakti kepada keluarga,sekolah,masyarakat dan negara.
BIODATA PEREKACIPTA LENCANA SMKTB
Nama Penuh : Elias Bin Ibrahim
Tempat Lahir : Pulau Pinang
Tarikh Lahir : 21 Oktober 1953
Elias Ibrahim dilahirkan pada 1953 di Pulau Pinang adalah anak kedua daripada 9 orang adik-beradik.  Beliau dibesarkan di Selama, Perak dan mendapat pendidikan sekolah rendah di sana. Beliau mula bersekolah di SMKTB dari 1967 – 1970. Semasa di Tingkatan 4 (1969) sekolah telah menganjurkan pertandingan mencipta lencana sekolah bagi mengantikan lencana lama.  Pertandingan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5.  Tempoh pertandingan selama 2 minggu itu hanya disertai oleh 5 atau 6 orang pelajar sahaja.  Lencana ciptaan Elias telah terpilih memenangi tempat pertama berdasarkan rekaan dan corak geometri serta warna yang menarik .  Beliau mengambil masa seminggu menghasilkan lencana tersebut menggunakan teknik lukisan Seni Perusahaan yang dipelajarinya di sekolah dan turut mendapat bimbingan serta tunjuk ajar dari Allahyarham Cikgu Abdul Hakim Abdul Hamid.  Menurut Elias hadiah tidak penting baginya waktu itu (wang tunai RM10) namun jasa kecil ini menjadi kebanggaan peribadi beliau dan keluarga kerana lencana ini masih digunakan oleh SMKTB hingga kini.
Setelah tamat tingkatan 5 di SMKTB Elias telah melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani dalam bidang Binaan Bangunan.  Kemudian beliau telah ditaja MARA melanjutkan pelajaran di peringkat Higher National Diploma in Building Construction and Intructor Training di Vancouver Community College Canada.
Elias telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di IKM dari 1978 hingga 2011 di beberapa kampus iaitu Sg Petani, Sarawak, Kelantan dan Alor Setar.  Elias aktif dalam persatuan khidmat masyarakat dan aktiviti sukarela.


VISI SMK TANJONG BUNGA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI SMK TANJONG BUNNGA
Membangunkan Modal Insan Berkualiti Melalui Pendidikan Berkesan 

LAGU SEKOLAH

Bintang Harapan
Putra Putri Tanjong Bunga
Punyai potensi tinggi
Disiplin mantap semangat waja
Tonggak penggerak wawasan
Budaya ilmu cemerlang
Visi yang jadi pegangan
Ketekunan kami amalkan
untuk mencapai impian
Berjasa pasti berjaya
Tekad dan iltizam yang padu
Ke alaf baru gemilang
Kamilah bintang ..... Bintang harapan
Putra Putri Tanjong Bunga
lmu dan amal dipadu
Cekal dan cergas, tepati waktu
Cabaran setinggi bintang

MOTO SEKOLAH 

BERJASA

NILAI SEKOLAH

B= BESTARI
U=UNGGUL
 N=NYAMAN
     G=GEMILANG
A=ANGGUN

SENARAI PENGETUA SMK TANJONG BUNGA
  1. ENCIK G.L JOHNSON                                                                  JAN 1965-MEI 1969
  2. ENCIK AHMAD BIN ABDULLAH                                              MEI 1969-MEI 1971
  3. TUAN SYED AZZUDDIN B SYED HUSSAIN                            MEI 1971-SEPT 1971
  4. ENCIK THO YAU LAP                                                                  OKT 1971-SEPT 1972
  5. ENCIK MOHD NOOR B HJ MAHMUD                                       FEB 1972-JAN 1974
  6. ENCIK MOHD KAMIL BIN HASSAN                                         JAN 1975-JULAI 1979
  7. ENCIK ONG LENG GIN                                                                OGOS 1979-OKT 1986
  8. ENCIK LIM YEANG PHAI                                                            MEI 1987-FEB 1989
  9. ENCIK CHONG SWEE LEE                                                          FEB 1989-MAC 1992
  10. TUAN SHAIK MOHAMED SHAIK AHMAD SALADRAM       MAC 1992-DIS 1995  
  11. TUAN HJ ISMAIL B HAJI HASSAN                                            MAC 1996-JULAI 1998
  12. PUAN SHARIFAH HAMIDAH BT SYED MOHD ALHABSHI  JULAI 1998-OKT 2001
  13. TUAN HJ SHAFIE B HASHIM                                                       1 NOV 2001-16 OKT 2006
  14. TUAN HJ ABDUL WAHAB B MAT                                               1 JAN 2007-16 FEB 2008
  15.  DR ARUNASALA PANDY A/L KARUPPUSAMY                      1 DIS 2008-30 OKT 2010
  16. HAJAH NOORIAH BINTI MOHAMAD                                         1 NOV 2010-16 OGOS 2014
  17. PUAN SHARIFAH BINTI ABDUL GANY                                   16 OGOS 2014-28 SEPT 2017
  18. HAJAH FARIDAH BINTI HUSSAIN                                             2 JAN 2018-25 SEPT 2020
  19. ENCIK GOH HONG PENG                                                             28 SEPT-KINI             


 MEMORI SMK TANJONG BUNGA