JOM BOOKCAFE

Memaparkan catatan dengan label Bengkel/Seminar/Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bengkel/Seminar/Kursus. Papar semua catatan

Rabu, 9 November 2011

SEMINAR KONSOLIDASI PENDIDIK DAERAH TIMUR LAUT 2011

ANJURAN BERSAMA : PEJABAT PELAJARAN DAERAH TIMUR LAUT
                                      : MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

TEMPAT : SMK (L) METHODIST
TARIKH    : 9/11/2011
MASA       : 8.00 pagi-5.00 petang

   Seminar Konsolidasi Pendidik Daerah Timur Laut 2011 telah dianjurkan bagi memberi penerangan tentang beberapa slot pembentangan yang mewakili tajuk-tajuk fokus seperti 'Dasar-dasar Kerajaan dan Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang,Haji Ahmad Tarmizi Bin Kamaruddin,isu-isu keselamatan,isu-isu semasa yang dibangkitkan cawangan khas,Polis Diraja Malaysia dan penerangan tentang peranan guru dalam merealisasikan Program tranformasi kerajaan.
   Skop penerangan dasar-dasar Kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penumpuan kepada beberapa isu baru dunia pendidikan seperti dasar MBMMBI,IMIS,PBS,NKRA, KSSR dan Transformasi Pendidikan Vokasional.Umumnya pendedahan berkaitan isu-isu yang disebutkan perlu diberi perhatian serius oleh setiap penjawat awam khususnya warga pendidik bagi merealisasikan visi dan misi baru Kementerian Pelajaran Malaysia.Visi Kementerian Pelajaran ialah membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti manakala misi baru yang menjadi tonggak perancangan Kementerian ialah "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"
   Seminar ini telah berjaya menarik perhatian dengan penyertaan daripada Pengerusi Kelab Guru setiap sekolah,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi sekolah rendah dan Menengah serta ketua-ketua jabatan sekolah yang dijemput bagi menjayakan program.Sekian.