JOM BOOKCAFE

Memaparkan catatan dengan label PIBK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIBK. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Jun 2013

MUTIARA PDCA 2013

INTRO PROGRAM DIDIK CEMERLANG AKADEMIK (PDCA)

 PENCERAMAH JEMPUTAN PDCA

 AKTIVITI RIADAH



Alhamdulillah SMK Tanjong Bunga telah berjaya menganjurkan Program Didik Cemerlang Akademik bagi sesi 2013 dengan jayanya.Jutaan terimakasih kepada  guru-guru, barisan pentadbir dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.Tahniah dan setinggi penghargaaan juga diucapkan kepada  cikgu Siti  Fairus Binti Jamaludin selaku penyelaras program yang begitu berdedikasi dalam memastikan program ini berjalan lancar.Kepada semua pelajar SMK Tanjong Bunga..InsyaAllah tahun depan bersua lagi dalam PDCA 2014.

Khamis, 27 Jun 2013

Sabtu, 13 April 2013

LAWATAN KE AUCMS (ALLIANZE UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES)




AKTVITI FISIOTERAPI...TANGAN GERAK SENDIRI..
Barisan guru  dan pentadbir SMK Tanjong Bunga telah mengadakan lawatan ke AUCMS pada hari Sabtu 13/4/2013 .Lawatan ini telah membuka ruang kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak kolej dalam usaha menggalakkan pelajar-pelajar khususnya pelajar lepasan SMK Tanjong Bunga untuk menyambung pelajaran di kolej ini.Terdapat pelbagai jurusan pengajian yang ditawarkan khususnya dalam bidang perubatan dan kesihatan .Kolej ini merupakan salah satu kolej yang terkemuka menempa nama dalam bidang perubatan dan kesihatan.Ringkasnya lawatan ini memang menarik..sebab apa...??Cikgu-cikgu dapat tengok 'live' mayat yang diawet untuk dijadikan bahan ujikaji pelajar...gambar mayat tak dapat nak upload.."No Camera Allowed."~

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang AUCMS bolehlah layari laman web kolej  di klik sini.

Rabu, 10 April 2013

EKSPLORASI HAJI 2013 DI MASJID TERAPUNG TANJONG BUNGA


Program Eksplorasi Haji di Masjid Terapung Tanjong Bunga untuk pelajar menengah atas SMKTB. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam di bawah penyelarasan Ustazah Munirah.Sayang kawe tak dapat ikuti program...huhu...gambar hasil copy & paste dari fb ustazah Munirah.Tq.

Rabu, 16 November 2011

TAKLIMAT "GIAT MARA" BUKIT BENDERA




SESI TAKLIMAT
PESERTA
   Pihak Sekolah dibawah kelolaan Unit Kaunseling telah menganjurkan satu sesi taklimat yang disampaikan oleh pusat Giat Mara cawangan Bukit Bendera Pulau Pinang.Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada pelajar tentang peluang-peluang yang disediakan oleh puasat Giat Mara khususnya kepada pelajar yang berminat untuk menceburi kursus-kursus yang ditawarkan seperti kursus "fashion & dressmaking dan kursus teknologi sistem komputer.Penganjur mengharapkan taklimat ini dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar khususnya mereka yang telah lepas menduduki peperiksaan SPM bagi merebut peluang untuk menambah pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat bersaing dalam pasaran kerja yang kian kompetitif.