JOM BOOKCAFE

Jumaat, 21 September 2012

Perbezaan Angan-angan dan Harapan


Ketika seseorang mengharapkan sesuatu, dia harus mengetahui bahwa harapannya itu akan berkonsekuensi pada tiga hal:
1. Mencintai apa yang ia harapkan.
2. Ia merasa khawatir tidak mendapatkan apa yang ia harapkan.
3. Ia berusaha untuk mendapatkan apa yang diharapkan dengan segala kemampuannya.
Harapan yang tidak disertai satupun dari tiga hal di atas maka itu hanya angan-angan belaka. Harapan dan angan-angan adalah dua perkara yang berbeza. Setiap orang yang mengharapkan sesuatu maka pada dirinya akan muncul perasaan takut kehilangan apa yang ia harapkan, akan berusaha menempuh jalan untuk mendapatkan apa yang ia harapkan. Bila takut kehilangan apa yang ia harapkan maka ia akan segera berupaya agar tidak terluputkan dari apa yang ia harapkan.

Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  1. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
  2. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum

BENGKEL BAHASA MELAYU 2012





SMK Tanjong Bunga telah menganjurkan bengkel Bahaa Melayu bagi para pelajar khususnya kepada calon SPM pada tahun ini.Bengkel ini telah dianjurkan di bawah penyelarasan cikgu Puan Noor Afidah Bt Mat Desa.Penceramah jemputan yang menjalankan  perbengkelan sepanjang program ini berlangsung ialah Encik Haji Ishak Bin Mad Salleh seorang guru cemerlang yang begitu berpengalaman dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran untuk matapeajaran bahasa Melayu.Semoga,para pelajar khususnya kepada calon SPM tahun ini dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperoleh hasil daripada penganjuran bengkel ini....Semoga berjaya, pelajar SMK Tanjong Bunga.

Khamis, 20 September 2012

GURU DAN DOA

   Kita sering berdoa.Kita mulakan pagi kita dengan membaca doa pagi dan kita juga membaca doa kita pada waktu petang.Kita membaca doa pagi memohon agar urusan kita pada hari itu dimudahkan Tuhan.Apabila kita telah sampai di rumah pada waktu petang,kita berdoa juga sebagai tanda kesyukuran kerana urusan kita pada hari ini telah dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
   Doa merupakan enjata orang Mukmin.Apa fungsi senjata?Senjata digunakan untuk mempertahankan diri dan melawan musuh.Doa dapat mempertahankan diri daripada gangguan syaitan yang jahat.Doa juga boleh menjadi perisai dan pendinding diri.
   Manusia ada musuh luaran dan dalaman.Musuh luaran boleh ditentang dengan senjata luaran seperti ilmu mempertahankan diri.Adapun serangan dan musuh dalaman yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar perlu ditentang dengan kekuatan dalaman,iaitu dengan berdoa.Malangnya ramai orang hanya menitikberatkan senjata luaran seperti mempelajari silat,taekwando,karate do, tetapi melupakan doa sebagai senjata melawan musuh daripada dalam.
   Ramai yang sering berdoa tetapi disangka tidak dimakbulkan.kita sebenarnya lupa bahawa doa itu ada beberapa kategori.Ada doa yang terus ditunaikan oleh Tuhan serta merta.Ada doa yang ditangguhkan untuk dibalas di akhirat nanti,dan ada doa yang ditukarkan dengan nikmat yang lain mengikut kebijaksanaan Tuhan.Ada doa yang memang ditolak Tuhan untuk kebaikan kita mengikut pengetahuan-Nya.
   Oleh sebab itu janagnlah kita berburuk sangka kepada Allah S.W.T yang Maha Bijaksana dalam mengatur setiap perkara.Kita hanya memohon yang terbaik untuk kita tetapi sebenarnya yang mengetahui yang terbaik untuk kita hanyalah Dia.
   Kita sering berdoa di sekolah.Kita berdoa di tapak perhimpunan setiap pagi,kita berdoa di dalam kelas setiap kali sebelum memulakan pembelajaran,kita menadah tangan berdoa dalam majlis yang kita adakan.Malangnya,apa yang kita minta dalam doa tidak atau belum dimakbulkan Allah S.W.T.
   Mengapa doa tidak dimakbulkan?Bukankah telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w kisah seorang lelaki dalam keadaan kusut masai berjalan jauh lalu berdoa "Ya Rabb,Ya Rabb."tetapi permintaannya tidak dimakbulkan oleh Tuhan.Bagaimana doanya hendak dimakbulkan sedangkan ia menjamah makanan yang haram,meminum minuman yang haram,memakai pakaian yang haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram.
   Ya,kita dan anak murid kita tidak mungkin menjamah makanan yang haram sebelum kita memulakan sesi pembelajaran,tetapi berapa ramai antara kita yang menghisap rokok sebelum sesi pembelajaran.Tidak ada di antara kita yang memakai pakaian yang dicuri tetapi berapa ramai antara kita yang memakai pakaian yang haram kerana tidak menutup aurat.
   Kita tidak pernah menyuap mulut kita dengan makanan yang haram,tetapi tanpa sedar kita menyuap sesuatu yang haram seperti menyebut kata-kata lucah,kata-kata nista,menipu dan mengumpat orang lain.Maka mungkin inilah punca doa kita ditolak.
   Alangkah malangnya kita berdoa dan sentiaa berdoa dan pada masa yang sama kita melakukan perkara-perkara yang haram yang menyebabkan doa kita,hasrat kita,rintihan kita,munajat kita ditolak dan tidak diterima oleh Allah S.W.T.Tuhan Maha Pemurah tetapi dia hendak memberi kepada manusia yang berjiwa pemurah.
   Benarlah doa ini senjata orang mukmin.Guru yang mukmin ialah guru yang sentiasa berdoa.Pentadbir yang benar-benar mukmin menjadikan doa budaya pentadbirannya.Sentiasa memulakan kerjanya dengan doa.
   Ayuh,majulah orang mukmin yang berdoa.Kita memohon yang terbaik daripada yang Maha Baik yang sentiasa menunggu doa daripada hamba-Nya

 SERING MEMINTA KEPADA MANUSIA MENGUNDANG KEBENCIAN TETAPI SERING MEMINTA KEPADA TUHAN MENGUNDANG KECINTAAN.

Selasa, 18 September 2012

BAHAYA TERLALU BERCITA-CITA/AMBISI/CINTA TERHADAP HARTA DAN KEHORMATAN

Oleh : Imam Ibnu Rajab Rahimahullah (736-795) [1]

Segala puji bagi rabb alam semesta, shalawat dan salam semoga Allah limpahkan kepada nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, keluarganya dan para shahabatnya sampai hari kiamat.

Dari Ka’ab bin Malik Al-Anshari Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwasanya beliau bersabda:

مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلاَ فِي غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِينِهِ

"Dua ekor serigala yang lapar kemudian dilepas, menuju seekor kambing, (maka kerosakan yang terjadi pada kambing itu) tidak lebih besar dibandingkan dengan kerosakan pada agama seseorang yang ditimbulkan akibat ambisi terhadap harta dan kehormatan". [2]

Hadit ini berisi permisalan yang sangat agung, yaitu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mencontohkan kerusakan pada dien seorang muslim dengan sebab ambisi terhadap harta dan kehormatan di dunia. Hadits ini mengisyaratkan bahwa orang yang berambisi terhadap harta dan kehormatan (dunia) tidak akan selamat dari keutuhan keislamannya, kecuali sedikit orang yang selamat.

Muat Turun Taklimat Penempatan Murid 2013


Unit Pengurusan Sekolah