JOM BOOKCAFE

Jumaat, 14 Disember 2012

EMAIL RASMI SEKOLAH MENENGAH JPN PULAU PINANG

Email Rasmi Sekolah Menengah Jpn Pulau Pinang

KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2012

 
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2012 akan diadakan pada hari Rabu, 19 Disember 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
 
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2012 telah berlangsung pada 9, 10, 11, 15 dan  16 Oktober 2012. Seramai 481,424 orang calon telah menduduki PMR  pada tahun ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
 
Kementerian Pelajaran Malaysia juga memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 19 Disember 2012 dan akan ditamatkan pada 11.59 tengah malam, 25 Disember 2012. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
 
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
12 Disember 2012

Khamis, 13 Disember 2012

KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN MALAYSIA


Pendaftaran Ting. 1 -2013





Semua warga SMK TANJONG BUNGA mengucapkan SELAMAT DATANG kepada para pelajar tingkatan 1 tahun 2013 yang akan memulakan sesi persekolahan mereka mulai 2 Januari 2013.
Satu sesi pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 tahun 2013 akan diadakan 13 Disember 2012. Sesi pendaftraan akan bermula dari jam 8.00 pg hingga 4.00ptg.

SENARAI BUKU LATIHAN TINGKATAN (T1)-TAHUN 2013