JOM BOOKCAFE

Selasa, 8 Oktober 2013

1 MURID 1 SUKAN - PERTANDINGAN BADMINTON SMK TANJONG BUNGA








 SMK Tanjong Bunga telah berjaya  menganjurkan pertandingan Badiminton di peringkat sekolah dalam memenuhi dasar 1M1S.Penyertaan pelajar amat menggalakkan dan program ini berjalan lancar bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang.Terimakasih diucapkan khususnya kepada penyelaras program Cikgu Syukri,Cikgu Rushdi,Puan Azrina Bt Mukhtar dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.Sepanjang pertandingan berlangsung telah terlihat kelibat remaja bakal pengganti Lee Cong Wei dalam arena sukan badminton.Tak mustahil mereka ialah pelajar SMK Tanjong Bunga!!!.

Rabu, 2 Oktober 2013

TAKLIMAT KERTAS 3 SEJARAH SPM 2013

SMK Tanjong Bunga telah menerima kunjungan daripada Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tuan Haji Nafiah Bin Mat,Encik Roland @ Rozaidi Bin Abu Hassan,selaku Penolong Pengarah Subjek Sejarah JPNPP serta En Yusri Penolong PPD Timur Laut Bahagian Akademik.Lawatan ini bersempena taklimat ringkas pelaksanaan kertas 3 Sejarah 2013.Alhamdulillah banyak tips-tips,teknik-teknik menjawab dan kata-kata semangat serta nasihat yang disampaikan kepada pelajar dalam majlis yang serba ringkas ini.Semoga pelajar SMK Tanjong Bunga lebih bersemangat menempa kejayaan dalam pelajaran sekaligus mengharumkan nama SMK Tanjong Bunga.

Selasa, 1 Oktober 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR & SPM 2013


MAKLUMAN TEMA UMUM SEJARAH K3 SPM 2013



Perhatian kepada semua pelajar. Di atas merupakan tema umum sejarah kertas 3 bagi tahun 2013.Pelajar diharapkan dapat membuat persediaan awal bagi menghadapi kertas 3 SPM Sejarah 2013. Hal ini disebabkan subjek Sejarah telah diwartakan sebagai subjek wajib lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013.Harap maklum dan selamat berusaha.

Bahan Taklimat Kaedah Pelaksanaan PTK Umum Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)


Bahan Taklimat Kaedah Pelaksanaan PTK Umum Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) PPP di Kementerian Pendidikan Malaysia boleh didapati di bawah.Klik untuk download.

Bahan Taklimat TBBK

Ahad, 29 September 2013

PAKU YANG LEKAT DI HATI~



Berbicara dan menyatakan pendapat,mengkritik dan memberikan nasihat,semuanya terangkum dalam kefasihan seseorang insan menyampaikan idea dan melontarkan pandangan .Namun dalam keghairahan berkomunikasi,terkadang keasyikan bersuara menyebabkan kita terlupa diri  sehingga melanggar batas bicara.Tidak sedikit insan  yang terluka dek keterlanjuran kata,ada yang terasa dek kebiadapan kita meninggikan suara tanpa usul periksa dan tidak kurang yang menimbulkan kedegilan hati akibat kebodohan kita mengenal  hikmah dalam memimpin tatasusila manusia.Setelah penyesalan dinyatakan,setelah maaf dipohon maka  ikatan ukhuwah bertaut kembali.Namun bak kata pepatah,terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.Persoalan yang dibangkitkan “apakah seperti dulu ukhuwah itu”.Ikutilah cerita pendek di bawah...moga ibrah daripada cerita ini membuka hati mengenal diri..membaiki diri sebelum menuding jari....

“ Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf.Itu salah satu kelebihan juga ibu,” kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak.Selepas minta maaf, segala-galanya langsai,bu.” Si ibu berfikir.Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?. “Kalau begitu,kami ikut cadangan ibu ini.Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu bersetuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini,kemudian,setelah kamu meminta maaf,kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”. “Baik ibu.”
Beberapa bulan berlalu,mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka,tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu …..?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah tebuk,calar dan “berkematu”. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti.Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?


Pengajaran
Meminta maaf adalah perbuatan terpuji.Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf           (Maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.