JOM BOOKCAFE

Ahad, 28 April 2013

TAKWIM PEPERIKSAAN 2013

Print PDF
 PEPERIKSAAN TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
(SPMU)
Bertulis  11 - 12 Jun 2013
(Selasa - Rabu)

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Bertulis  10 - 12 September 2013
(Selasa - Khamis)
Penilaiaan Menengah Rendah
(PMR)
Bertulis  2 - 3 Oktober 2013
(Rabu - Khamis)
7 - 9 Oktober 2013
(Isnin - Rabu)
Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM)
Lisan 8 - 19 Julai 2013
(Isnin - Khamis)
Bertulis 21 - 23 Oktober 2013
 (Isnin - Rabu)
28 - 29 Oktober 2013
(Isnin - Selasa)
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
Bertulis  6 - 29 November 2013
2 - 5  Disember 2013
 Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)
29 - 30 April 2013
2 - 17 Mei 2013
 Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)
7 - 25 Oktober 2013
 Pentaksiran Pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
21 - 23 oktober 2013
 *Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
PEPERIKSAAN TALIAN
UPSR 03 - 8884 3382
PMR 03 - 8884 3394
SPM 03 - 8884 3330
STAM 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri 03 - 8884 3346

JANGAN TERTIPU DENGAN PERSEKITARAN..


James Allen:
Ramai orang terlalu fokus dan terlalu berusaha untuk memperbaiki persekitaran mereka tetapi mereka tidak berminat untuk memperbaiki diri mereka sendiri.Kesannya mereka sentiasa terperangkap dengan persekitaran mereka.

Ramai orang yang hendak memeperbaiki persekitaran agar dengan persekitaran yang lebih baik itu,mereka akan mampu berjaya.Tidak dapat dinafikan untuk memperbaiki persekitaran adalah penting tetapi janganlah pula disebabkan menanti persekitaran sudah betul-betul  sempurna,baru hendak baiki diri kita.

Marie Curie hanya bekerja di bawah rumah (basement) untuk Berjaya sebagai saintis terkenal.Pelajar mesti berusaha dengan gigih untuk memperbaiki diri dalam mencipta kejayaan.Jangan jadikan ibu bapa miskin,gru tidak pandai mengajar,tiada buku rujukan dan sebagainya sebagai alasan untuk tidak Berjaya.

Ubahlah diri sendiri sebaik mungkin agar kita boleh memperbaiki keadaan persekitaran.

Sumber:Buku  “Renung-renungkan dan selamat beramal”

Jumaat, 19 April 2013

A LETTER FROM SHAITAAN (Shaitan)..!

Shaitan means devil

I saw you yesterday as you began your daily chores. You awoke without stopping to pray. As a matter of fact, you didn't even bless your meals, or pray before going to bed last night. You are so unthankful, I like that about you. I cannot tell you how glad I am that you have not changed your way of living, Fool, you are mine.

Remember, you and I have been going steady for years, and I still don't love you yet. As a matter of fact, I hate you, because I hate God. I am only using you to get even with God. He kicked me out of heaven, and I'm going to use you as long as possible to pay him back. You see, Fool, GOD LOVES YOU and HE has great plans in store for you. But you have yielded your life to me and I'm going to make your life a living hell. That way we'll be together twice. This will really hurt God. Thanks to you.

I'm really showing Him who's boss in your life. With all of the good times we've had..... We have been watching dirty movies, cursing people, out partying, stealing, lying, being hypocritical, indulging in fornication, overeating, telling dirty jokes, gossiping, back stabbing people, disrespecting adults and those in leadership position, NO respect for the mosque, bad attitudes: SURELY you don't want to give all this up.

Come on, Fool, let's burn together forever. I've got some hot plans for us. This is just a letter of appreciation from me to you. I'd like to say "Thanks!" for letting me use you for most of your foolish life. You are so gullible, I laugh at you. When you are tempted to sin, you give in HA HA HA, you make me sick. Sin is beginning to take its toll on your life. You look 20 years older, I need new blood. So go ahead and teach some children how to sin.

All you have to do is smoke, drink alcoholic beverages, cheat, gamble, gossip, fornicate, and listen to and dance to the top 10 jams. Do all of this in the presence of children and they will do it too. Kids are like that. Well, Fool, I have to let you go for now. I'll be back in a couple of seconds to tempt you again. If you were smart, you would run somewhere, confess your sins, ask forgiveness from Him, live for God with what little bit of life that you have left. It's not my nature to warn anyone, but to be your age and still sinning, it's becoming a bit ridiculous. Don't get me wrong, I still hate you...... IT'S JUST THAT YOU'D MAKE A BETTER FOOL FOR GOD.

CHORAL SPEAKING SMK TANJONG BUNGA-MINGGU BAHASA INGGERIS 2013






Ada juga choral speaking untuk Bahasa Melayu.Ni dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

Sabtu, 13 April 2013

LAWATAN KE AUCMS (ALLIANZE UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES)




AKTVITI FISIOTERAPI...TANGAN GERAK SENDIRI..
Barisan guru  dan pentadbir SMK Tanjong Bunga telah mengadakan lawatan ke AUCMS pada hari Sabtu 13/4/2013 .Lawatan ini telah membuka ruang kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak kolej dalam usaha menggalakkan pelajar-pelajar khususnya pelajar lepasan SMK Tanjong Bunga untuk menyambung pelajaran di kolej ini.Terdapat pelbagai jurusan pengajian yang ditawarkan khususnya dalam bidang perubatan dan kesihatan .Kolej ini merupakan salah satu kolej yang terkemuka menempa nama dalam bidang perubatan dan kesihatan.Ringkasnya lawatan ini memang menarik..sebab apa...??Cikgu-cikgu dapat tengok 'live' mayat yang diawet untuk dijadikan bahan ujikaji pelajar...gambar mayat tak dapat nak upload.."No Camera Allowed."~

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang AUCMS bolehlah layari laman web kolej  di klik sini.

Rabu, 10 April 2013

EKSPLORASI HAJI 2013 DI MASJID TERAPUNG TANJONG BUNGA


Program Eksplorasi Haji di Masjid Terapung Tanjong Bunga untuk pelajar menengah atas SMKTB. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam di bawah penyelarasan Ustazah Munirah.Sayang kawe tak dapat ikuti program...huhu...gambar hasil copy & paste dari fb ustazah Munirah.Tq.

Selasa, 9 April 2013

PERTANDINGAN FORUM REMAJA KELOMPOK M1 SMK TANJONG BUNGA 2013

SMK(P) METHODIST & SMJK CHUNG LING

SMK ST XAVIER
 

SMK HAJI ZAINUL ABIDIN & SMK TANJONG BUNGA

BARISAN HAKIM

PENJAGA MASA & PENGAWAS PERTANDINGAN

Ahad, 24 Mac 2013

KAWALLAH KEMUDI BUKAN ARAH ANGIN!!

    Apabila kita ingin makan diri sendirilah yang bertanggungjawab untuk menyuapkan makanan ke mulut agar hilang rasa lapar.Apabila kita dahaga, diri sendirilah yang perlu meneguk air untuk menghilangkan rasa haus yang memeritkan.Apabila sakit,diri sendirilah yang perlu diperiksa oleh doktor untuk mengesan penyakit yang dialami dan diri sendiri jugalah yang perlu menelan ubat yang pahit untuk sembuh.Pendek kata dalam kehidupan ini, kewajiban untuk melakukan perubahan selari dengan keinginan diri insan itu sendiri untuk berubah.Bukan orang lain,bukan dengan menyalahkan hujan apabila baju kita basah dek terlupa musim hujan sedang melanda.Laporan kaji cuaca telah kedengaran,awan telah mendung,awan hitam berarak tebal ,petir kilat telah bercahaya…tetapi disebabkan diri alpa dan leka, sekaki payung lupa dibawa.Salah siapa??takdir??....kata Nabil pelawak Astro Ria…Lu pikirlah sendiri!!…Maksudnya diri sendiri juga yang kena berfikir,diri sendiri juga yang kena bertanggungjawab…kena tanggung dan kena jawab.Kepada siapa lagi hendak disandarkan dosa kita.Tidak ada hakim mahkamah dalam dunia yang sanggup menggantung mati seorang bapa akibat kesalahan anaknya yang telah dijatuhkan hukuman mandatori.Begitu juga sebaliknya.
      Melihat akan pentingnya peranan diri sendiri dalam mengubah suasana persekitaran maka harga untuk sebuah kegagalan bukan lagi sebuah persoalan.Ianya telah terjawab dalam satu ungkapan indah yang ingin penulis tintakan. Dinukil daripada sebuah artikel yang dikarang oleh Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya Nota Fikir Untuk Zikir..iaitu “Kawallah kemudi bukan kawal arah angin.”Amat bermakna ungkapan ini.Konotasi yang hampir kepada erti kawallah diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.Di mana anda berada dan siapapun anda..ruang untuk mengubah orang lain amatlah terhad ..tetapi ruang untuk muhasabah diri..terbuka luas..seluas langit dan bumi.Disini penulis sertakan artikel yang penulis maksudkan.
       Kita akan kalah jika bergantung kepada sesuatu yang tidak dapat kita kawal.Sebagai khalifah,kita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal diri dan mengawal orang lain.Kuasa inilah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah-Khadi Rabbul Jalil di Padang Mahsyar nanti.Kita akan berdepan ‘satu dengan satu’ di hadapan Allah SWT untuk ditanya bagaimanakah kita mengawal mata,telinga,dan anggota-anggota lain nanti.Kita tidak boleh meletakkan beban dosa di pundak pemimpin,guru,ibubapa,jiran,majikan,pekerja dan rakan-rakan kita!
        Manusia yang tidak perkasa akan terus bersifat reaktif.Apakah setelah masuk ke neraka manusia akan terus menyalahkan ‘orang lain’ (Syaitan)?Memanglah syaitan tugasnya menggoda manusia untuk melakukan kejahatan dan masuk ke neraka bersamanya,tetapi kenapa manusia merelakan diri mereka digoda?
        Orang lain tidak dapat menentukan sikap,reaksi dan mood kita jika kita sendiri tidak mengizinkannya.Kitalah yang memberi kuasa kepadanya untuk mengawal diri kita.Apabila orang menghina,kita rasa kecewa.Apabila orang memuji,kita rasa bangga.Semuanya bergantung kepada orang.Sampai bilakah kita harus menyerah kuasa kepada orang lain untuk menentukan hitam-putihnya hidup kita.
           Keadaan ini sangat merbahaya.Ia samalah seperti menyerahkan kenderaan sendiri untuk dipandu oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.sedangkan jika berlaku kemalangan,kitalah yang akan tercedera,bukan orang yang diambil sebagai pemandu itu.ingatlah,kita adalah pemandu,bukan penumpang untuk hidup kita sendiri.Di akhirat nanti,kitalah yang akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan bukan orang lain!!
    Setiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan di dunia.Ertinya,amanah (kuasa) yang telah diberikan akan dipersoalkan.Jika hakikat ini benar-benar dihayati,tergamakkah kita menyerahkan ‘kuasa’ itu (dengan cara menyalahkan orang lain) sedangkan nanti kitalah yang akan dipertanggungjawabkan?Kata orang, “Diri sendiri,sendiri kena jagalah!”Kuasa inilah yang perlu kita gunakan dengan betul.
    Kata hukama, “Jika kita dapat menguasai diri kita,kita akan dapat menguasai dunia”Ertinya,dengan menguasai diri kita sendiri,pengaruh kita untuk menguasai orang lain,merubah keadaan dan mencorak suasana luaran akan meningkat.Itulah sebenarnya sifat orang beriman.Hati mereka hanya terikat dengan Tuhan.Takut dan cinta mereka hanya kepada yang satu.Mereka umpama ikan yang tidak akan masin dengan kemasinan laut.

Selasa, 12 Mac 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANJURAN SMK TANJONG BUNGA



Pertandingan Bola sepak yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Smk Tanjong Bunga telah diadakan di Padang Polo pada hari Selasa 12 March 2013.Terimakasih diucapkan kepada semua guru-guru SMK Tanjong Bunga yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.Perlawanan yang berlangsung masih di pusingan pertama dan   SMK Tanjong Bunga telah berjaya mendahului lawan dalam perlawanan dengan mata kemenangan 5-1 menentang SMK Haji Zainal Abidin.Tahniah skuad SMK Tanjong Bunga.Kita menantikan kemaraan seterusnya pada 19 March 2013.

Isnin, 11 Mac 2013

CINTA-ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA:


1. Menghabiskan tambah nilai kredit telefon bimbit untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang untuk membelinya adalah kiriman daripada ibu bapa anda.
2. Rela menunggu berjam-jam dalam hujan pula tu,semata-mata untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan.Sedangkan anda solat dengan ekspress (kurang daripada dua minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.
3. Marah bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang diminati.
4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus mukasurat dalam tempoh sehari.Padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu helai setahun.
5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak mengenang wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.
6. Susah hati jika tidak menerima surat,e-mel,SMS, daripada orang yang anda cintai.Sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita,menelefon,atau menghantar SMS kepada ibubapa anda di kampung.
7. Memakai pakaian yang sehabis cantik atau segak untuk dating dengan kekasih.Sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak memakai baju langsung ketika solat.
8. Lebih banyak mengucapkan kalimah I LOVE U berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah,Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Untuk remaja di luar sana..mungkin anda sudah baligh rasanya..tetapi untuk bercinta…??matangkah anda??...fikir-fikirkan…hmm

Dipetik dari buku :Isu Remaja Kontemporari-Tentang Cinta
Pahrol Mohamad Juoi

Jumaat, 8 Mac 2013

Muamalah(Hubungan) Allah Terhadapmu Sesuai Dengan Muamalahmu Terhadap Hamba-Nya



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى آله وصحبه ومن والاه, وبعد:
Di dalam sebuah Hadits, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih.” (HR. Bukhari)
Bukankah perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan? Barang siapa yang mengasihi makhluk, maka ia akan dikasihi al-Khaliq (pencipta), Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Orang yang pengasih akan di kasihi Dzat yang Maha Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.” (HR. Tirmidzi)
Balasan suatu perbuatan sesuai dengan perbuatan tersebut. Allah ta’ala bermuamalah(berurusan) dengan hamba sesuai muamalah hamba terhadap sesamanya, maka bermuamalah-lah dengan hamba Allah ta’ala dengan muamalah yang mana engkau mengharapkan Allah ta’ala bermuamalah seperti itu terhadapmu.
Allah ta’ala berfirman: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni mereka maka sesungguhnya Allah ta’ala Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. at-Taghobun: 14). firman Allah ta’ala: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin jika Allah ta’ala mengampunimu.” (QS. an-Nuur: 22)
Hendaklah engkau senantiasa meringankan beban orang lain supaya Allah ta’ala meringankan bebanmu.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang menolong kesusahan orang muslim, maka Allah ta’ala akan menolongnya dari kesusahan pada hari kiamat.” (HR. Bukhari). Beliau juga bersabda: “Barang siapa yang menyelamatkan orang dari kesusahan, maka Allah ta’ala akan menyelamatkannya dari kesusahan pada hari kiamat.” (HR. Ahmad)
Tolonglah orang yang memerlukan pertolongan, maka kamu akan ditolong Allah ta’ala.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allah ta’ala menolong seorang hamba selagi hamba tersebut menolong sesamanya.” Beliau juga bersabda: “Barang siapa menolong saudaranya yang memerlukan maka Allah ta’ala akan menolongnya.” (HR. Muslim)
Jadilah engkau orang yang mempermudah kesulitan orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barang siapa yang mempermudah kesulitan orang lain, maka Allah ta’ala akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.” (HR. Muslim). Beliau juga bersabda: “Terdapat pada umat sebelum mu seorang pedagang yang sering memberi pinjaman kepada orang lain, jika dia melihat si peminjam dalam kesulitan dia berkata kepada anak-anaknya: ‘Maafkan dia (jangan ditagih hutangnya) mudah-mudahan Allah ta’ala mengampuni kita’, maka Allah ta’ala pun mengampuninya.” (HR. Bukhari)
Berlemah-lembutlah terhadap hamba Allah ta’ala maka kamu akan termasuk orang yang didoakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: Ya Allah, barang siapa yang berlemah-lembut terhadap umatku maka berlemah-lembutlah terhadapnya, dan barang siapa yang mempersulit umatku maka persulitlah ia.” (HR. Ahmad)
Beliau juga bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala adalah Dzat yang maha lemah lembut mencintai kelembutan dan memberi pada kelembutan suatu kebaikan yang tidak pernah diberikan pada kekerasan.” (HR. Muslim)
Beliau juga bersabda: Barang siapa yang tidak memiliki kelembutan maka ia kehilangan suatu kebaikan.” (HR. Muslim)
Tutupilah kejelekan (aib) orang lain maka Allah ta’ala akan menutupi kejelekan (aib) mu.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barang siapa yang menutupi kejelekan (aib) seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutupi kejelekan (aib) nya.” (HR. Muslim)
Beliau juga bersabda: Barang siapa yang menutupi aurat (aib) saudaranya (muslim) maka Allah ta’ala akan menutupi aurat (aib) nya pada hari kiamat.” (HR. Ibnu Majah)
Pandanglah sedikit kesalahan saudaramu, maka Allah ta’ala akan memandang sedikit pula kesalahan mu.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang memandang sedikit kesalahan seorang muslim maka Allah ta’ala akan memandang sedikit kesalahannya.” (HR. Abu Dawud)
Berilah makan faqir miskin, maka Allah ta’ala akan memberimu makan pula.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, maka Allah ta’ala akan memberinya makan dari buah-buahan Surga.” (HR. Tirmidzi)

Isnin, 4 Mac 2013

Belajar SYUKUR daripada Buah Tembikai


Bersyukur itu suatu ungkapan indah yang sering diungkapkan dalam kehidupan seharian.Bersyukur dengan segala nikmat yang ada menjadi watak khusus insan yang berjaya.Sayangnya, ruang lingkup syukur itu semakin sesak nafasnya ketika melalui liku-liku peradaban insan moden.Terkadang medan syukur hanya tika ganjaran dunia selari dengan nafsu serakahnya dan tak kurang juga "syukur bersyarat" yang mana hanya terbit lafaz syukur itu setelah perkara yang terjadi selari  dan bertepatan dengan kehendak dan selera kita .Dimana letak sabar?Dimana letak redha…persoalan yang kian pupus dalam definisi hakikat syukur yang sebenarnya.Disini,marilah kita renungkan makna syukur yang terselit dalam cerita pendek ini.Nilai kembali dimana syukur kita berada?Di sebalik mainan kata pemanis bicara atau benar pada tempatnya.Walau hanya ceritanya tentang buah tembikai,layar maksudnya menembus sempadan budi,menghidupkan akal mematikan nafsi.

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai( ada orang panggil timun Cina :)). Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut. 

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tau"
Suami: " Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih(orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis,sebaliknya pula yang berlaku.Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja. Pengajarannya: Rezeki itu ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Kita mestilah belajar bersyukur. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak?

Saya terbaca cerita menarik ini dari karangan penulis Pahrol Mohd Juoi: Nota FIKIR untuk ZIKIR.