JOM BOOKCAFE

Ahad, 4 November 2012

CARA KAWAL MARAH

JIKA ANDA BERSABAR DALAM SEDETIK KEMARAHAN,ANDA AKAN TERSELAMAT DARIPADA KEDUKAAN SERATUS HARI-PEPATAH CINA

Ubah Cara Berfikir
ORANG yang sedang marah cenderung menuturkan kata-kata yang kurang enak didengar,dan mencerminkan apa yang bermain di fikiran mereka.Ketika marah, pemikiran akan menjadi terlalu negativ dan dramatik.
            Cubalah ubah pemikiran sebegini dengan sesuatu yang lebih rasional.Misalnya,daripada berkata, “Oh teruknya,dasyatnya,musnah segalanya”,cubalah pujuk diri anda dengan berkata,” ia amat mengecewakan dan saya sedih mengenainya ,tetapi dunia belum kiamat dan marah tidak akan menyelesaikan masalah.”
            Berhati-hatilah terhadap perkataan-perkataan seperti “tidak” atau “selalu” apabila bercakap mengenai diri anda dan orang lain.”Mesin ini tidak pernah bekerja dengan baik”ataupun “Awak selalu lupa” bukan saja kata-kata yang kurang tepat malah ia juga membuatkan anda beraa kemarahan anda berasas dan tidak ada jalan untuk menyelesaikan masalah.
            Ia juga meminggir dan memalukan orang lain yang sebaliknya mungkin bersedia untuk berdamai dengan anda.
            Ingatkan diri anda bahawa berasa marah tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.Ia tidak akan membuatkan anda berasa lega ( dan sebaliknya membuatkan anda berasa lebih dahsyat lagi).
            Lojik mengalahkan kemarahan kerana perasaan marah sekalipun wajar,boleh bertukar menjadi tidak rasional.Jadi gunakan lojik (walaupun tidak menyelesakan) kepada diri anda.Ingatkan diri anda bahawa “dunia bukannya hendak bernusuh dengan anda”,anda Cuma sedang berdepan dengan saat-saat sukar dalam kehidupan.
            Lakukannya setiap kali anda berasa marah hanya mengeluarkan yang terbaik bagi diri anda,dan ia membantu anda memperoleh perspektif yang lebih seimbang.
            Orang yang pemarah cenderung menuntut banyak benda : dilayan dengan elok,dihargai,disepakati,bersedia melakukan sesuatu mengikut cara yang digemarinya.
            Semua orang mahukannya,dan kita semua terlika dan kecewa apabila tidak memperolehnya.Tetapi orang yang marah menuntutnya ,dan apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi,kekecewaan mereka bertukar menjadi kemarahan.
            Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula kognitif mereka,orang yang marah perlu menyedari bahawa sikap mereka yang suka menuntut dan menterjemah jangkaan mereka menjadi keinginan atau hasrat mereka.Dalam perkataan lain,mengatakan “saya ingin” adalah sesuatu yang lebih menyihatkan daripada mengatakan “saya menuntut” atau “saya mesti mendapatkannya”.
            Apabila tidak mampu mendapatkan apa yang dihajati,anda mula berasa kecewa,sedihdan dilukai-tetapi tidak marah sebagai satu cara untuk mengelak daripada dilukai,tetapi itu bukan bermakna kelukaan itu hilang begitu saja.
Memperbaiki Komuikasi
            Orang yang pemarah cenderung “melatah” dengan mudah membuat kesimpulan yang kadangkala tidak tepat.Perkara pertama yang perlu diambil jika anda terbabit dalam perdebatan yang hebat ialah bersabar dan berfikir menerusi respons anda.Jangan sebut perkara pertama yang muncul di fikiran.Fikir dengan teliti sebelum anda bersuara.
            Pada masa yang sama,dengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh orang lain dan ambil sedikit masa sebelum anda menjawab.
            Adalah perkara biasa jika anda cuba membela diri apabila dikritik tetapi jangan melawan.Sebaliknya dengarlah kata hati anda:mesej nahawa orang ini mungkin berasa terpinggir atau tidak disayangi.
            Anda mungkin perlu banyak bersabar dan beri ruang untuk bernafas,tetapi jangan biarkan kemarahan anda,ataupun kemarahan orang lain menyebebkan perbincangan tidak dapat dikawal.Bersabar sambil cuba bertenang boleh mengelak keadaan menjadi bertambah teruk.
Ubah persekitaran
            Kadangkala perekitaran boleh menyebabkan kita meradang dan marah.masalah dan tanggungjawab boleh membebankan anda dan membuatkan anda marah dengan “perangkap” yang anda telah terjebak ke dalamnya dan kepada kesemua manusia dan benda yang membuat perangkap itu.
            Kasihani diri anda.Pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri ketika anda benar-benar tertekan.