1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu
meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan
wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang
dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat
bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia
juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan
fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan
diri sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24
jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10
minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan
kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan
turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti
Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu
stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan
kepada sistem ketahanan badan.
8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi
dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon
(protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan
badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah
kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang
proses penyembuhan.
10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia
badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia
membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot
belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan
menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan
meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan
tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima
maklumat baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang
kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan
sebuah ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf
dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya
adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan
untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi
seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Nota kaki: Senyum itu sedekah...tapi ada juga senyum yang sekali pandang menyakitkan hati.Senyuman sinis yang terbit dari rasa ujub dan tinggi diri,tujunya sekadar untuk memerli. Jom pakat-pakat senyum...moga ikhlas dari hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan