JOM BOOKCAFE

Sabtu, 28 September 2013

SLOT MOTIVASI BERSAMA USTAZ SOLHI : PROGRAM QIAMULLAIL 2013 MASJID TERAPUNG.




Masa yang terluang hari ini terisi dengan slot motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Solhi Bin Mohd Sharif.Program Qiamullail yang berlangsung selama dua hari di Masjid Terapung Tanjung Bunga diharapkan dapat menyuntik semangat kepada semua calon PMR dan SPM tahun 2013.Banyak perkara yang disentuh dan banyak juga hati yang tersentuh.Kepada ibu bapa yang hadir bersama anak-anak,semoga keprihatinan anda menjadi penyumbang kepada tercapainya cita anak remaja anda ,menjadi anak yang solih dan berjasa.Memahami dan mengenali diri,itulah antara gambaran umum yang dibawa oleh ustaz Solhi dalam slot motivasinya.Beberapa teori perkembangan psikososial manusia yang dikupas dalam sesi motivasi ustaz Solhi amat membantu dalam mencari penyelesaian masalah kehidupan khususnya yang berkaitan alam remaja.Apapun,disini penulis ingin lampirkan beberapa nota  teori psikosial remaja yang disentuh semasa sesi motivasi Ustaz Solhi khususnya teori psikososial erikson.Penerangan yang jelas tentang  remaja dan slide di bawah sekadar "merefresh minda"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan