Apakah itu kehidupan.Kehidupan ialah hidup yang
bertujuan.Banyak orang bersedia untuk hidup tetapi terkadang kebodohan usahanya
bukan untuk mencari hakikat kehidupan itu sendiri.Penulis amat terkesan dengan
artikel yang ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk ‘Kerenah Birokrasi’.Tersenyum
sendiri mengenangkan kebenaran yang terselit dalam alur ceritanya.Tidaklah
menafikan kepentingan birokrasi dalam memastikan kelancaran sesebuah sistem
namun terkadang ketergantungan yang keterlaluan pada birokrasi adalakalanya
menampakkan kasarnya hati dalam memperhalusi
sifat perikemanuasiaan.Jom kita ikuti ceritanya.
“Saya
orang miskin.Terlalu lapar,bantulah saya,”rayu seorang pengemis yang begitu
daif.Pegawai yang menjaga perbendaharaan merenung pengemis itu dari atas ke
bawah.”Betulkah awak orang miskin?”Tanyanya.
“Memang
tuan,lihat sahaja tubuh kurus ini.Tuan lihat sahaja pakaian saya yang buruk
ini,”balas pengemis itu lebih hiba.
“Tapi
sekarang ramai penipu,entah-entah awak salah seorang daripadanya.” “Tidak
tuan,tolonglah ,saya lapar.”
Pegawai
mencatat sesuatu di atas kertas. “Baiklah pada dasarnya saya terima aduan
awak.Tapi saya akan hantar juga pegawai khusus untuk menyiasat latar belakang
awak.”
“Latar
belakang saya?” “Ya.Awak tahu menulis?” Pengemis bertambah hairan.Kemudian dia
mengangguk-angguk “Bolehlah sedikit-sedikit.” “Kalau begitu,isi borang ini
cepat,”perintah pegawai tersebut.
“Saya
lapar tuan...”
“Sebab
saya nak bantulah awak kena isi borang ni terlebih dulu,”balas pegawai itu
lagi.
Setelah
borang diisi dengan keadaan terketar-ketar kelaparan pengemis merayu lagi, “Boleh
berikan saya sedikit makanan.”
“Oh,belum
lagi.Kelulusan hanya diberikan apabila pegawai penyiasat selesai membuat laporan
yang awak benar-benar miskin.Kemudian laporan itu perlu disahkan oleh Ketua
Perbendaharaan.”
“Berapa
lama semuanya akan selesai?”
“Terpulang
pada keadaan.Jika penyiasat cepat menyerahkan laporan dan kalau ketua kami cepat
membuat keputusan,bantuan akan segera diberikan.”
“Bantuan dalam bentuk apa?”
“Itu
pihak kewangan pula akan memutuskan.Sama ada diberi dalam bentuk wang atau
barang-barang keperluan.Selalunya pihak kewangan akan merujuk pula kepada pihak
operasi.”
“Pihak operasi?”
“Ya kami takut nanti bantuan kewangan disalahgunakan.Jadi
hal itu memerlukan kepastian yang lebih terperinci.”
“Bila agaknya saya dapat makan?Saya sudah tiga hari tidak
makan apa-apa.”
“Ya,saya faham tetapi kita perlu mematuhi kaedah pengurusan.”
“Berapa lama agaknya?”
“Paling cepat seminggu,tetapi terpulanglah pada keadaan...”
“Pengemis kecewa.Adakah ketika segala urusan selesai dia masih hidup untuk mendapatkannya?
“Pengemis kecewa.Adakah ketika segala urusan selesai dia masih hidup untuk mendapatkannya?
Pengajaran:Kaedah pengurusan yang bertindih dan terlalu
rumit akan menyebabkan tujuan asalnya tidak tercapai.Ramai yang merasakan “bekerja”padahal
dia hanya menyulitkan keadaan.Kerenah birokrasi yang terlalu banyak sering
menyebabkan kerja yang mudah,segera dan penting menjadi terbengkalai.
Nota tumit : Lafaz “saya faham” tidaklah melazimi tindakan
saya mahu memudahkan urusan anda atau saya akan menolong anda.Terkadang ia hanyalah
mainan kata yang diucapkan untuk menegaskan bahawa anda tidak punya pilihan
melainkan “menerima nasib anda” dan“ lakukan sekarang juga”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan