JOM BOOKCAFE

Ahad, 16 Februari 2014

APA TUGAS KITA SEBENARNYA?


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(Surah Ali Imran:104)

Marilah kita renung kembali tugas seorang guru.Hari ini ramai melihat tugas kita sebagai tenaga pengajar mengikut kelayakan keilmuan dan akademik semata-mata. Namun hakikatnya,tugas guru bukan terhenti sebagai seorang penyampai ilmu sahaja.Guru juga bertanggungjawab membentuk keperibadian anak didik.Sebagai agen perubahan kerena mereka diamanahkan untuk membentuk jiwa,nurani dan intelektual generasi akan datang.

Tugas membentuk generasi bukan tugas yang mudah.Bukan tugas yang dapat dilaksanakan seorang diri.Tugas ini memerlukan komitmen kumpulan.Dan,jika melakukan tugas ini secara kolektif, maka sebenarnya kita sedang melakukan apa yang Allah suka,apa yang Allah S.W.T minta kita buat.Ini jelas di dalam firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur bagaikan sebuah bangunan yang kukuh”(Surah As-Saff:4)

Mengenang tugas yang semakin menggunung.Bukan tak buat.tapi semakin hari semakin banyak yang perlu kita lakukan.Kita selak lagi Kitabullah.Ada lagi gesaan untuk kita menyelesaikan tugas ini bersama teman-teman seperjuangan kita.firman Allah S.W.T 

“Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan takwa...” (Surah at-Taubah:2)

Apa lagi,ayuh kita bergerak sebagai satu pasukan untuk membina generasi yang telah diamanahkan kepada kita.Tidak kira bidang apapun,masing-masing mempunyai peranan.Saling melengkapi antara satu sama lain.Biar masuk syurga sama-sama.Sama-sama merasai nikmat yang sangat agung yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T

Mari kita sama-sama duduk semeja,berbincang tentang generasi yang perlu kita bina dari pelbagai sudut.Jangan sesekali kita merasakan,mereka bukan anak kita,jadi bukan tanggungjawab kita...

Ketahuilah,jika kita melakukan kerja-kerja membina ummah,membangunkan modal insan ini, sebenarnya kita membina satu jalan untuk ke syurga.Jadi turut samalah menjejaki rakan-rakan guru yang telah membuka jalan untuk kita.Bantulah mereka menjalankan kem-kem ibadah,kelas-kelas tambahan hatta kerja-kerja yang membangunkan fizikal seperti sukan.Biarpun kecil peranan yang kita mainkan,namun ingatlah firman Allah S.W.T.

“Barang siapa yang melakukan kabaikan walaupun sekecil zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amal)” (Surah Al-Zalzalah:7)

Mudahnya! Jika kita sebagai penggerak sesuatu jawatankuasa,lihatlah sekeliling kita,rakan-rakan sekerja yang mungkin tidak sedar kita sedang menjalankan sesuatu program bermanfaat.Ajaklah mereka untuk turut serta.Di saat kita melihat teman kita sedang membimbing generasi untuk menjadi soleh,segeralah ringankan tulang membantu sama.Jadilah orang yang suka mempermudahkan dan menyokong urusan kebaikan.Jangan jadi duri dalam daging yang suka menghalang kebaikan.Bawalah mereka bersama untuk menikmati syurga yang telah dijanjikan. Sesungguhnya syurga itu amat luas,pasti lebih hebat nikmat syurga jika kita dapat rasai bersama teman-teman.

-SAHABAT SEJATI TEMAN KE SYURGA-

Sumber:Buku Guru Jutawan Akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan