KELEBIHAN ILMU DAN BERILMU
Arifudin Abd Hamid
Ilmu
adalah suatu maklumat yang diperolehi daripada hasil pembelajaran,pengalaman
seseorang dalam kehidupannya.Ilmu adalah anugerah Allah SWT yang tinggi
nilainya yang diberikan kepada manusia.Islam menuntut umatnya supaya mencari
ilmu dalam pelbagai bidang.Tanpa ilmu dan kemahiran,umat Islam tidak akan maju
dan tidak akan dihormati oleh umat yang lain.Ilmu itu merupakan cahaya sedangkan kejahilan itu
adalah kegaelapan dan kesesatan.
Firman Allah yang bermaksud:
" Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk). Dia telah menciptakan manusia daripada segumpa darah. Bacalah, dan
Tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan . Dan
dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." [Surah al-Alaq: ayat
1-5]
Dalam
surah ini Allah SWT memberi gambaran kepada kita bahawa betapa pentingnya ilmu
pengetahuan .Allah S.W.T menurunkan ayat yang awal dalam surah al-Alaq ini
membuktikan betapa Islam itu menghendaki supaya umatnya tahu menulis dan
membaca bahkan menguasai pelbagai bidang ilmu.
Sehubungan
dengan itu,sebagai pelajar,kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk
menimba ilmu kerana ilmu merupakan asas kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
di akhirat.Pelajarilah apa yang telah Allah turunkan berupa wahyu kepada
Rasul-Nya.Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi.Adapun para nabi dulu tidak
mewariskan wang dinar atau dirham,tetapi mereka mewariskan ilmu.Maka, siapa
yang mengambil ilmu tersebut bererti ia telah mengambil kekayaan yang besar
dari warisan mereka.Pelajarilah ilmu,kerana ia adalah kemuliaan serta akan
memberikan pahala yang terus mengalir sampai hari akhirat.
Rasulullah
S.A.W bersabda, maksudnya "Jika seseorang itu meninggal dunia,maka pahala
amalnya terputus kecuali tiga perkara,iaitu sedekah jariyah,ilmu yang
dimanfaatkan,anak soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)
Perkataan
Ilmu itu sendiri terdir daripada tiga huruf : ain,lam dan mim .Ain singktan
dari perkataan illiyyin ertinya darjat yang tinggi,dapat mengangkat pemiliknya
ke darjat yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya manakala orang yang tidak
berilmu menduduki darjat yang rendah.firman Allah S.W.T maksudnya:
Allah meninggikan darjat
orang-orang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah) Allah
maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan [ Surah Mujadalah
ayat 1]
Huruf
lam singkatan daripada perkataan lathif yang membawa pengertian halus ,pemurah
dan tenang.Sifat atau akhlak orang yang berilmu ini sentiasa memperhalusi dan
teliti akan sesuatu perkara,berfikiran tenang dan sentiasa pemurah.
Manakala
huruf mim daripada perkataan malkunyang membawa pengertian kerajaan dan
memungkinkan pemilinya menjadi raja bagi rakyat dan pemimpin bagi masyarakat.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
Jadilah engkau orang berilmu atau
orang yang menuntut ilmu atau orang yang mendengarkan ilmu atau orang yang
menyukai ilmu.Dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima maka kamu akan
celaka" (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Rasulullah
S.A.W memerintahkan ummatnya menjadi orang berilmu,iaitu menjadi guru atau
tenaga pengajar .Jika tiada kemampuan ,jadilah orang yang menuntut ilmu iaitu
mutid atau pelajar, atau menjadi pendengr yang baik ,paling tidak menjadi
pecinta ilmu.Rasulullah S.A.W menegaskan jangan jadi orang yang kelima iaitu
yang tiada dalam kategori yang disenaraikan iaitu, tidak menjadi
guru,murid,pendengar juga tidak menjadi pencinta ilmu maka celakalah golongan
kelima ini.
Rasulullah
S.A.W menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan
penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut
itu.Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya para malaikat sentiasa
menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan ean menghormati) penuntut ilmu agama,kerana
mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Kesimpulannya,
amalan yang sedikit akan bernilai dengan adanya ilmu.Amal yang banyak tidak
akan bernilai bila diiringi dengan kejahilan.Oleh itu,dapat diketahui bahawa
seseorang ahli ibadah yang berilmu lebih baik jika dibandingkan dengan ahli
ibadah yang tiak berilmu meskipun kuantiti ibadahnya banyak.Sewajarnyalah orang
yang beribadah itu memiliki ilmu supaya ibadahnya berkualiti dan paling utama
diterima Allah S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan