Ilmu Penghapus Kejahilan
(Ruzain Syukur B Mansor)
Rasullullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya antara perkara yang
mengikuti akan orang mukmin daripada amalannya dan kebaikan-kebaikannya selepas
kematiannya ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan , anak yang soleh yang
ditinggalkan, mushaf yang ia wariskan, masjid yang dibina, rumah bagi anak jalan yang
ia bina, sungai yang ia alirkan atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya
ketika sihatnya dan hidupnya maka perkara ini akan menurutinya selepas
kematiannya
Riwayat Ibnu Majah
Setiap manusia akan pasti mati. Maka Tinggallah
segala harta dan keluarganya di dunia ini namun menurut hadis di atas, ada
perkara yang akan terus memberi manfaat dan menemani kehidupannya di alam sana.
Antaranya adalah ilmu yang diajarnya ketika di dunia. Betapa besarnya nilai
ilmu sehingga terus memberi manfaat di saat nafas sudah tiada. Ilmu sifatnya
ketika di dunia memberi panduan, ketika di alam baqa memberi cahaya.
Ilmu
sangat penting di dalam kehidupan manusia kemajuan dan kejayaan sesebuah bangsa
berkahwin rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan bangsa tersebut. Sebabnya
wahyu pertama yang diturunkan Allah ialah perintah yang Iqra' iaitu baca. Dengan
membaca maka terbukalah hijab kejahilan malah Islam adalah agama yang
memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu itu sendiri. Allah
subhanahu wa ta'ala berfirman yang bermaksud
...Allah meninggikan darjat orang-orang yang
beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari
kalangan kamu) beberapa darjat dan (Ingatlah) Allah Maha mendalam
pengetahuannya tentang Apa yang kamu lakukan
( surah Al-Mujadalah ayat 11)
Islam
sangat mementingkan proses mencari ilmu. Daripada pengajian kitab kuning di
pondok, pengajaran formal dan tidak formal di institusi pendidikan sehinggalah
kepada ilmu di balik tirai teknologi moden. Namun sumber ilmu dan penyampai
sesuatu ilmu perlulah dipastikan kebenarannya. Allah Mengingatkan kita untuk
mencari ahli atau pakar dalam bidang ilmu yang sebagai rujukan. Allah berfirman
maknanya
.. bertanya lah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama
Jika kamu tidak mengetahui surah an-Nahl ayat 43
Dalam
konteks ilmu agama antara ilmu yang harus dikuasai adalah ilmu Akidah Al-Quran
dan tafsir, Hadis dan Sunnah, fiqh dan usulnya, tasawwuf, sirah dan sejarah
umat Islam, bahasa Arab. Ilmu Tauhid bagi membetulkan akidah dan hakikat
manakala ilmu Fiqh bagi mengetahui kaedah penetapan dan cara beramal
manakala ilmu tasawwuf bagi menjaga dan mencorak hati yang bersih.
Dalam
konteks kehidupan kontemporari ilmu bantu kehidupan seperti sains dan
teknologi, teknologi maklumat kejuruteraan, perubatan, kewangan dan lain-lain
lagi juga sangat membantu pembinaan tamadun manusia.Malah, Islam tidak pernah
meminggirkan ilmu-ilmu tersebut sejak zaman berzaman
Ibnu
Al Haytham (Alhazen) misalnya dikenali sebagai bapa optik moden kerana penemuan
dan karya-karyanya di bidang ilmu optik dan pencahayaan benda. Alhazen adalah
seorang ilmuwan matematik, astronomi ,meteorologi, dan kaedah sains.
Al-Battani iaitu (Muhammad Ibn Jabir
Al Harrani al-Battani) adalah ilmuwan muslim terkenal dalam masa keemasan Islam
di bidang astronom, astrologi dan matematika dalam Latin dikenal juga dengan
nama Albategnius
Ibnu
Sina dikenali sebagai Avicenna. Antara buku yang terkenal adalah the book
of healing dan the cannon of medicine. Ibnu Sina adalah seorang filosofi,
astronomi,geologiteologi Islam, pakar matematik dan ahli fizik .
Al
Khawarizmi adalah seorang ahli astronomi, matematik dan geografi. Karyanya
masih digunapakai hingga sekarang adalah di bidang matematik dengan teori
linear dan rumus trigonometri melalui bukunya yang terkenal Algebra.Beliau juga
menghasilkan karya-karya di bidang lain iaitu bidang astronomi dan geografi.
Kesimpulannya
untuk menghapus tembok kejahilan memerlukan kepada ilmu. Justeru lipatgandakan
usaha mencari ilmu. Carilah guru dan pembimbing yang boleh membantu memahami
apa juga ilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan