Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Khamis, 3 April 2014
Selasa, 18 Mac 2014
PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Menerusi PBS, peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk
pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan
dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan
ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics,
Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa
Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen
pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi
pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan
bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian
lapangan (field study) atau kajian kes (case study).Sila klik untuk KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
KRITERIA KEMASUKAN MURID KE PELBAGAI ALIRAN TINGKATAN 4
Khamis, 13 Mac 2014
Ahad, 9 Mac 2014
PEMILIKAN DAN PENGISYTIHARAN HARTA PERKHIDMATAN AWAM
Di
bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara
bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki
olehnya atau isteri atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang
bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.
Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun.
Bagi maksud ini, ' tempoh perisytiharan ' harta dikira berdasarkan
tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. Sekiranya dalam tempoh
perisytiharan harta yang ditetapkan itu seseorang pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau tidak melupuskan apa-apa harta, maka pegawai berkenaan perlu membuat pengakuan mengenainya dengan menggunakan borang seperti di LAMPIRAN A.
Bagi tujuan membuat jenis perisytiharan harta kali pertama dan harta tambahan, borang JPA(T)1/02 LAMPIRAN B. hendaklah digunakan.
Bagi tujuan membuat perisytiharan pelupusan harta, borang JPA(T)2/02 LAMPIRAN C hendaklah digunakan.
Pegawai yang gagal membuat perisytiharan
harta, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Jumaat, 7 Mac 2014
Ahad, 2 Mac 2014
CONTOH ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN DALAM LAWATAN PENYELIAAN & PEMANTAUAN BERKELOMPOK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
1. Buku Rekod Mengajar
- Ramai guru yang tidak
mencatatkan refleksi atau impak selepas setiap P&P
atau penulisannya
terlalu subjektif , tiada ukuran untuk dijadikan panduan
- Kebanyakan guru
mencatatkan aktiviti dalam penulisan rancangan harian terlalu ringkas
Aktiviti yang dicatat
tanpa mengambilkira tahap pencapaian murid.
Kebanyakan guru tiada
catatan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hanya menyertakan cetakan Huraian
Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai RPT.
- Melampirkan RPT dan
Sukatan Pelajaran yang telah lusuh atau tulisan yang tidak terang /sukar
dibaca. Ada yang mencatatkan disimpan pada fail yang berasingan tetapi tidak disertakan
untuk rujukan, ianya sepatutnya mudah diakses bila diperlukan
- Helaian Rekod
Penghargaan, Pertemuan Profesional dan Aktiviti Guru tiada catatan , ianya
memudahkan pihak pentadbir untuk membuat penilaian prestasi.
- Ada guru yang tidak
membawa Buku Rekod Mengajar – satu kesalahan. Guru perlu menghayati nota dan
catatan yang disertakan dimuka hadapan BRM sebagai panduan dan rujukan.
2. Proses Pengajaran
& Pembelajaran
- Guru masih
menggunakan cara tradisional – penyampaian yang tidak menarik dan mencatat atas
papan tulis. 9 kaedah pedagogi baru yang diperkenalkan tidak digunakan.
- Kaedah yang digunakan
kaedah yang berpusatkan guru.
- Guru banyak
menggunakan kaedah ceramah ( lecture) tanpa mengambilkira tahap pencapaian dan
kebolehan murid.
- Setiap P&P perlu
dimulakan dengan set induksi yang relevan agar dapat menarik minat dan
perhatian murid untuk dikaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.Aktiviti yang
menarik yang ada hubung kait dengan pelajaran dan aktiviti pengukuhan . Guru
sering menggunakan aktiviti mebaca buku teks secara bergilir didalam kelas .
Kaedah ini tidak sesuai untuk matapelajaran Sains, Kajian Tempatan , Kemahiran
Hidup dan matapelajaran lain selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Kemudahan ICT –
makmal komputer, course ware, Astro ( TV Pendidikan) dengan pendekatan yang
lebih menarik tidak digunakan dengan meluas.
- Penggunaan ABM / BBM
– terlalu minimum menyebabkan proses P&P membosankan dan kurang berkesan.
- Aktiviti amali untuk
matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup kurang dijalankan. Murid hanya belajar
secara teori atau maya sahaja.
- Guru Sandaran Tidak
Terlatih (GSTT) ditempat mengajar kelas peperiksaan tanpa memberikan bimbingan
terlebih dahulu. GSTT perlu diberi bimbingan dan tunjukajar oleh guru-guru
berpengalaman dan terlatih.
- Pencerapan rakan
sebaya, ketua panitia dan pentadbir perlu diamalkan dengan berjadual, berkala
dan konsisten untuk membantu dan memberi komen membina
- P&P Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak dipisahkan . Guru yang mengajar bukan
guru opsyen dan silih berganti setiap tahun dan ramai. Diajar tanpa mengikut
sukatan pelajaran yang betul. Peralatan kurang seperti ragbi, hoki dan badminton.
- P & P Pendidikan
Seni Visual dan Pendidikan Muzik – tiada bilik Muzik Khas menyebabkan menganggu
kelas yang berdekatan. Guru yang mengajar bukan guru opsyen menyebabkan
kemahiran dan pengetahuan guru terhad. Bilik muzik sering diletakkan di tingkat
atas menyebabkan guru dan pelajar menghadapi kesukaran memindahkan peralatan
bila diperlukan untuk membuat persembahan.
- P&P Sains- guru
jarang membuat eksperimen , jika dibuat dalam kumpulan yang besar.
Menyebabkan murid
kurang minat mempelajari Sains
- Guru bukan opsyen
hendaklah diberi bimbingan dan latihan berkala.
3. Buku Nota / Buku
Latihan
Dikebanyakan sekolah :-
- Nota dan latihan yang
diberi guru tidak mencukupi
- Tidak diperiksa
dengan teliti, teguran/ulasan asas penulisan buku nota /buku tulis
· Tulisan murid yang
tidak kemas
· Tarikh dan hari tidak
dicatat
· Garisan tepi sebelum
memulakan tugasan
· Ejaan dan penggunaan
huruf besar dan huruf kecil
· Buku nota / buku
tulis yang kotor dan koyak
- Tiada catatan
penghargaan atas kerja murid yang baik dan kemas.
- Tidak ada tindak
susulan atas segala teguran yang dbuat.
- Murid wajib membuat
pembetulan atas segala kesilapan bagi tujuan mengulangkaji.
4. Fail Panitia
Matapelajaran
- Penyediaan fail
panitia yang lengkap , kemas dan mudah diakses
- Catatan minit
mesyuarat yang menggunakan format lama
- Mesyurat kurikulum
sekolah , agendanya hanya membincangkan hal-hal pengurusan ( house keeping)
lebih banyak digunakan oleh pentadbir untuk memberikan taklimat.
- Seharusnya mesyuarat
kurikulum di gunakan untuk membincangkan tahap pencapaian /prestasi murid.
Aktiviti yang sesuai dijalankan oleh membantu mempertingkatkan
Prestasi murid. Post
mortem perlu dibuat.
- Didalam mesyuarat
kurikulum sasaran keputusan sekolah berdasarkan headcount yang dibuat dengan
menggunakan panduan dan rujukan dari pelan strategik sekolah.
- Mesyuarat panitia
digunakan untuk membincangkan sasaran murid mengikut matapelajaran. Setiap
ujian/peperiksaan dalaman hendaklah dibuat JSU soalan. Post mortem terperinci
untuk keputusan, soalan dan pencapaian murid berdasarkan matapelajaran.
5. Bengkel /
Makmal/Bilik-bilik Khas
5.1 Bengkel KHSR
- Bengkel yang dibina
khas , lengkap dengan perabot dan peralatan
- Bengkel yang
diubahsuai ada yang lengkap dan dijaga rapi tetapi banyak yang tidak kondusif
dan padat jika satu kelas 35 ke 40 orang murid dalam satu-satu masa
peralatan yang tidak
mencukupi menyebabkan aktiviti amali lambat dan tidak berjalan lancar.
- Tiada bengkel – bahan
dan peralatan disimpan didalam stor sukan atau stor am sekolah,
Kelas amali dijalankan
di bilik darjah atau kantin atau kaki lima kelas – tidak selesa dan tidak
sesuai.
5.2 Bengkel Bidang
Teknik & Vokasional – KHB/MPV/LKTK
- Bengkel ERT
kebanyakannya terjaga rapi dan ceria
Ada bengkel kerja kayu,
kerja paip dan kerja elektronik-tidak tersusun , tidak berlabel dan peralatan
tidak dijaga baik.
- Kebanyakan bengkel
pertanian, terbiar dan tidak terjaga .
- Kebanyakan bengkel
MPV dalam keadaan baik dan selesa untuk P&P,
Bengkel LKTK – sekolah
yang menawarkan matapelajarn tersebut – bengkel terjaga
Sekolah yang tidak
menawarkan matapelajaran tersebut tetapi ada bengkel – bengkel tidak terjaga
atau dijadikan kelas. Bengkel berada di tingkat atas – Tingkat 3 peralatan yang
besar dan terlalu berat di tempatkan dibawah – tempat yang tidak sesuai
5.3 Makmal Sains (
Sekolah Menengah) Bilik Sains ( Sekolah Rendah)
- Banyak makmal Sains
yang telah lama dan uzur fizikalnya – perabot rosak dimakan anai-anai
- Penggunaannya tidak
maksimum
- Proses pelupusan
bahan-bahan berbahaya sukar dan mahal.
- Makmal Sains/ Bilik
Sains perlu diaudit setiap tahun supaya makmal diurus mengikut prosedur yang
betul.
5.4 Makmal Bahasa
- Tidak digunakan
secara maksimum
- Tiada bekalan bahan,
courseware perlu dibina sendiri oleh guru.
- Peralatan telah rosak
dan bila dilaporkan ke JPNS , dimaklumkan bahawa tiada peruntukan
untuk membaikpulih,
penggunaan kaset telah ketinggalan zaman , sukar mendapat bekalan.
5.5 Makmal Komputer
- Penggunaannya tidak
secara maksimum
- Banyak komputer dalam
makmal komputer rosak yang tidak boleh digunakan.
- Bilangan yang sedikit
menyebabkan murid perlu berkongsi
- Internet tidak dapat
diakses atau terlalu perlahan menyebabkan program seperti ZOOM A tidak berjaya.
- Peruntukan khas perlu
untuk kos penyelenggaraan peralatan komputer.
6. Pengurusan Headcount
- Headcount dibuat
sekadar memenuhi keperluan PPD atau JPNS tetapi tidak dijadikan alat/tools
untuk membantu memajukan prestasi murid.
- Ada disediakan tetapi
ada kekeliruan atau kesilapan.
- ETR murid yang lemah
disasarkan gagal- sepatutnya disasarkan markah yang minimum lulus dan guru akan
berusaha membantu murid kearah itu.
- Perbincangan dua hala
murid dan guru perlu ada – murid perlu tahu sasaran yang dibuat atau murid yang
menentu sasaran atas bimbingan guru.
- Headcount pelu
dipamer dalam kelas atau meja murid atau buku nota/latihan murid agar murid
sentiasa peka dengan sasaran yang dibuat.
- Post mortem perlu
dibuat oleh murid dan guru selepas setiap ujian atau peperiksaan untuk
menentukan sasaran yang telah dibuat, jika dibawah paras yang disasar perlu
buat post mortem tetapi jika menepati atau melepasi sasaran, sasaran baru perlu
dibuat- mengelakkan murid berada dalam zon selesa.
BAHAN DI ATAS SEKADAR CONTOH ASPEK-ASPEK PENILAIAN DAN KOMEN HASIL PEMANTAUAN KURIKULUM YANG DIJALANKAN OLEH SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK.
Sumber:http://skrinchinghilir.blogspot.com/2011/01/lawatan-penyeliaan-pemantauan.html
Khamis, 27 Februari 2014
JAGA-JAGA ANAK KITA-MESYUARAT PIBG 2014 !!
MAKLUMAN:MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 SMK TANJONG BUNGA AKAN DIADAKAN PADA 1 MARCH 2014. IBU BAPA DIJEMPUT HADIR DEMI ANAK-ANAK KITA.
Anak Anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
Anak Anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
Rabu, 26 Februari 2014
Sabtu, 15 Februari 2014
Sabtu, 8 Februari 2014
BAHAN PBS 2014
1.) BAHAN SLIDE PENATARAN PBS
1pengoperasianpbstahun3jpnperak-121108083951-phpapp02 -SILA KLIKK
2.) BUKU PANDUAN PENGURUSAN PBS EDISI 2012
https://app.box.com/s/2mgjb2mrwis29lxraokv -SILA KLIKK
3.) BORANG PENILAIAN
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/BORANG%20PENILAIAN.pdf -SILA KLIKK
4.) DASAR PBS PMR 2014
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/Dasar%20PBS-PMR-2014.pdf
5.) FORMAT INSTRUMENT
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/Format-%20Instrumen-PP.pdf -SILA KLIKK
6.) PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN PUSAT
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/PENGOPERASIAN%20PENTAKSIRAN%20PUSAT%20JPN%20PPD%20Edit%2020JAN.pdf
7.) PENTAKSIRAN PUSAT UJIAN BERTULIS
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/PENTAKSIRAN%20PUSAT-UJIAN%20BERTULIS%20DR%20RAHIMAH.pdf
-SILA KLIKK PAUTAN YANG BERKAITAN DIATAS
ANDA JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA PORTAL PENDIDIKANPERAK DIBAWAH :-
http://pendidikanperak.gov.my/perak/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=1201
SEKIAN, TERIMA KASIH.
1pengoperasianpbstahun3jpnperak-121108083951-phpapp02 -SILA KLIKK
2.) BUKU PANDUAN PENGURUSAN PBS EDISI 2012
https://app.box.com/s/2mgjb2mrwis29lxraokv -SILA KLIKK
BAHAN PROGRAM PENATARAAN PENTAKSIRAN PUSAT DALAM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI PERINGKAT MENENGAH RENDAH TAHUN 2014. (BAHAN DARIPADA PORTAL JABATAN PELAJARAN PERAK)
3.) BORANG PENILAIAN
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/BORANG%20PENILAIAN.pdf -SILA KLIKK
4.) DASAR PBS PMR 2014
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/Dasar%20PBS-PMR-2014.pdf
5.) FORMAT INSTRUMENT
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/Format-%20Instrumen-PP.pdf -SILA KLIKK
6.) PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN PUSAT
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/PENGOPERASIAN%20PENTAKSIRAN%20PUSAT%20JPN%20PPD%20Edit%2020JAN.pdf
7.) PENTAKSIRAN PUSAT UJIAN BERTULIS
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1201/PENTAKSIRAN%20PUSAT-UJIAN%20BERTULIS%20DR%20RAHIMAH.pdf
-SILA KLIKK PAUTAN YANG BERKAITAN DIATAS
ANDA JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA PORTAL PENDIDIKANPERAK DIBAWAH :-
http://pendidikanperak.gov.my/perak/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=1201
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Jumaat, 7 Februari 2014
INDEKS FAIL PERIBADI PBPPP-UNTUK GURU
Semoga indek ini dapat membantu guru-guru dalam menyediakan fail peribadi berdasarkan rubrik untuk penilaian PBPPP.
Jumaat, 31 Januari 2014
Selasa, 28 Januari 2014
Ahad, 26 Januari 2014
Selasa, 14 Januari 2014
SISTEM E-PRESTASI
Slide TOT PBPPP 2013
2. Manual Pengguna (Pelaksanaan dan Sistem e-Prestasi)
Manual Am Pelaksanaan PBPPP.pdf |
Modul Sistem e-Prestasi.pdf |
Muka Depan Manual Am.pdf |
3. Instrumen Penilaian Kompetensi (Guru dan Pemimpin Sekolah)
1. Guru Akademik.pdf |
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling.pdf |
3. Jurulatih.pdf |
4. Kepimpinan Sekolah.pdf |
4. Instrumen dan Simulasi Keberhasilan (Guru dan Pemimpin Sekolah)
5. Borang Pemantauan
Borang Pemantauan Pelaksanaan PBPPP.pdf |
Borang Pemantauan Taklimat PBPPP.pdf |
6. Borang TNT
Borang MKS.pdf |
Borang TNT.pdf |
Pengesahan Penggunaan Kad Touch N Go.pdf |
Tuntutan Perjalanan.xls |
Khamis, 9 Januari 2014
DOKUMEN STANDARD PRESTASI TINGKATAN 3 2014
Bahasa Melayu* | KLIK DI SINI |
Bahasa Inggeris* | KLIK DI SINI |
Bahasa Cina* | KLIK DI SINI |
Bahasa Tamil* | KLIK DI SINI |
Bahasa Arab | KLIK DI SINI |
Bahasa Iban* | KLIK DI SINI |
Bahasa Kadazandusun* | KLIK DI SINI |
Matematik*** | KLIK DI SINI |
Sains*** | KLIK DI SINI |
Pendidikan Seni Visual* | KLIK DI SINI |
Pendidikan Muzik** | KLIK DI SINI |
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan** | KLIK DI SINI |
Pendidikan Islam* | KLIK DI SINI |
Pendidikan Moral* | KLIK DI SINI |
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan* | KLIK DI SINI |
Sejarah* | KLIK DI SINI |
Geografi* | KLIK DI SINI |
Kemahiran Hidup Bersepadu | |
- 76: Kemahiran Teknikal* | KLIK DI SINI |
- 77: Ekonomi Rumah Tangga* | KLIK DI SINI |
- 78: Pertanian* | KLIK DI SINI |
- 79: Perdagangan Dan Keusahawanan* | KLIK DI SINI |
***DSP dimuat naik pada 9 Januari 2014 | |
**DSP dimuat naik pada 31 Disember 2013 | |
*DSP dimuat naik pada 18 Disember 2013 |
Rabu, 25 Disember 2013
Selasa, 19 November 2013
Langgan:
Catatan (Atom)