Di
bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara
bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki
olehnya atau isteri atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang
bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.
Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun.
Bagi maksud ini, ' tempoh perisytiharan ' harta dikira berdasarkan
tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. Sekiranya dalam tempoh
perisytiharan harta yang ditetapkan itu seseorang pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau tidak melupuskan apa-apa harta, maka pegawai berkenaan perlu membuat pengakuan mengenainya dengan menggunakan borang seperti di LAMPIRAN A.
Bagi tujuan membuat jenis perisytiharan harta kali pertama dan harta tambahan, borang JPA(T)1/02 LAMPIRAN B. hendaklah digunakan.
Bagi tujuan membuat perisytiharan pelupusan harta, borang JPA(T)2/02 LAMPIRAN C hendaklah digunakan.
Pegawai yang gagal membuat perisytiharan
harta, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan