Menerusi PBS, peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk
pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan
dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan
ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics,
Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa
Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen
pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi
pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan
bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian
lapangan (field study) atau kajian kes (case study).Sila klik untuk KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan