Ahad, 30 Oktober 2016
BIODATA PEREKACIPTA LENCANA SMKTB
BIODATA PEREKACIPTA LENCANA SMKTB
Nama Penuh : Elias Bin Ibrahim
Tempat Lahir : Pulau Pinang
Tarikh Lahir : 21 Oktober 1953
Elias Ibrahim dilahirkan pada 1953 di Pulau Pinang adalah anak kedua daripada 9 orang adik-beradik. Beliau dibesarkan di Selama, Perak dan mendapat pendidikan sekolah rendah di sana. Beliau mula bersekolah di SMKTB dari 1967 – 1970. Semasa di Tingkatan 4 (1969) sekolah telah menganjurkan pertandingan mencipta lencana sekolah bagi mengantikan lencana lama. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5. Tempoh pertandingan selama 2 minggu itu hanya disertai oleh 5 atau 6 orang pelajar sahaja. Lencana ciptaan Elias telah terpilih memenangi tempat pertama berdasarkan rekaan dan corak geometri serta warna yang menarik . Beliau mengambil masa seminggu menghasilkan lencana tersebut menggunakan teknik lukisan Seni Perusahaan yang dipelajarinya di sekolah dan turut mendapat bimbingan serta tunjuk ajar dari Allahyarham Cikgu Abdul Hakim Abdul Hamid. Menurut Elias hadiah tidak penting baginya waktu itu (wang tunai RM10) namun jasa kecil ini menjadi kebanggaan peribadi beliau dan keluarga kerana lencana ini masih digunakan oleh SMKTB hingga kini.
Setelah tamat tingkatan 5 di SMKTB Elias telah melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani dalam bidang Binaan Bangunan. Kemudian beliau telah ditaja MARA melanjutkan pelajaran di peringkat Higher National Diploma in Building Construction and Intructor Training di Vancouver Community College Canada.
Elias telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di IKM dari 1978 hingga 2011 di beberapa kampus iaitu Sg Petani, Sarawak, Kelantan dan Alor Setar. Elias aktif dalam persatuan khidmat masyarakat dan aktiviti sukarela.
SEJARAH SMK TANJONG BUNGA - LOGO SMK TANJONG BUNGA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA
WARNA LATAR LENCANA
1. MERAH - Melambangkan SEMANGAT DAN KEGIGIHAN yang tinggi
2. KUNING - Melambangkan KEHARMONIAN
3. PUTIH - Melambangkan KERTAS iaitu medium penerimaan ilmu
4. HITAM - Melambangkan PAPAN HITAM iaitu medium penyampaian ilmu
BUKU YANG TERTULIS HURUF SMKTB
Ini melambangkan Ilmu/Akedemik yang menjadi fokus utama sekolah
KELOPAK BUNGA MERAH
Bunga sempena nama tempat sekolah. Kelopak bunga berbentuk hati adalah simbol Kasih Sayang yang mahu dipupuk di kalangan warga sekolah
MATA ANAK PANAH PUTIH (di antara kelopak bunga)
Ini melambangkan Wawasan/Visi sekolah yang mendorong perkembangan pelajar
GEGANCU atau SPROCKET (di tengah kelopak bunga)
Ini melambangkan Kemajuan Teknologi menjadi teras pembangunan negara
ALATAN SAINS
Kemahiran dalam bidang Sains dititikberatkan untuk melahirkan generasi cemerlang
GELUNG CINCIN
Aktiviti Sukan & Ko-Kurikulum penting untuk mengimbangi aspek akademik para pelajar
BERJASA
Cogankata (slogan) yang dikekalkan daripada lencana asal
Langgan:
Catatan (Atom)