Pertandingan Bola sepak yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Smk Tanjong Bunga telah diadakan di Padang Polo pada hari Selasa 12 March 2013.Terimakasih diucapkan kepada semua guru-guru SMK Tanjong Bunga yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.Perlawanan yang berlangsung masih di pusingan pertama dan SMK Tanjong Bunga telah berjaya mendahului lawan dalam perlawanan dengan mata kemenangan 5-1 menentang SMK Haji Zainal Abidin.Tahniah skuad SMK Tanjong Bunga.Kita menantikan kemaraan seterusnya pada 19 March 2013.
Selasa, 12 Mac 2013
Isnin, 11 Mac 2013
CINTA-ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA:
1. Menghabiskan tambah nilai kredit telefon bimbit untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang untuk membelinya adalah kiriman daripada ibu bapa anda.2. Rela menunggu berjam-jam dalam hujan pula tu,semata-mata untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan.Sedangkan anda solat dengan ekspress (kurang daripada dua minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.
3. Marah bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang diminati.
4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus mukasurat dalam tempoh sehari.Padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu helai setahun.
5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak mengenang wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.
6. Susah hati jika tidak menerima surat,e-mel,SMS, daripada orang yang anda cintai.Sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita,menelefon,atau menghantar SMS kepada ibubapa anda di kampung.
7. Memakai pakaian yang sehabis cantik atau segak untuk dating dengan kekasih.Sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak memakai baju langsung ketika solat.
8. Lebih banyak mengucapkan kalimah I LOVE U berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah,Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Untuk remaja di luar sana..mungkin anda sudah baligh rasanya..tetapi untuk bercinta…??matangkah anda??...fikir-fikirkan…hmm
Dipetik dari buku :Isu Remaja Kontemporari-Tentang Cinta
Pahrol Mohamad Juoi
Sabtu, 9 Mac 2013
Jumaat, 8 Mac 2013
Muamalah(Hubungan) Allah Terhadapmu Sesuai Dengan Muamalahmu Terhadap Hamba-Nya
الحمد
لله رب العالمين, والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى آله وصحبه ومن
والاه, وبعد:
Di
dalam sebuah Hadits,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya
Allah ta’ala hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih.” (HR. Bukhari)
Bukankah
perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan? Barang siapa yang mengasihi makhluk,
maka ia akan dikasihi al-Khaliq (pencipta), Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda: “Orang yang pengasih akan di kasihi Dzat yang Maha
Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.”
(HR. Tirmidzi)
Balasan
suatu perbuatan sesuai dengan perbuatan tersebut. Allah ta’ala
bermuamalah(berurusan) dengan hamba sesuai muamalah hamba terhadap
sesamanya, maka bermuamalah-lah dengan hamba Allah ta’ala dengan
muamalah yang mana engkau mengharapkan Allah ta’ala bermuamalah seperti
itu terhadapmu.
Allah
ta’ala berfirman: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta
mengampuni mereka maka sesungguhnya Allah ta’ala Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (QS. at-Taghobun: 14). firman Allah ta’ala: “Dan
hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin jika
Allah ta’ala mengampunimu.” (QS. an-Nuur: 22)
Hendaklah
engkau senantiasa meringankan beban orang lain supaya Allah ta’ala
meringankan bebanmu.
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang menolong
kesusahan orang muslim, maka Allah ta’ala akan menolongnya dari kesusahan pada
hari kiamat.” (HR. Bukhari). Beliau juga bersabda: “Barang siapa yang
menyelamatkan orang dari kesusahan, maka Allah ta’ala akan menyelamatkannya
dari kesusahan pada hari kiamat.” (HR. Ahmad)
Tolonglah
orang yang memerlukan pertolongan, maka kamu akan ditolong Allah ta’ala.
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allah ta’ala menolong
seorang hamba selagi hamba tersebut menolong sesamanya.” Beliau juga
bersabda: “Barang siapa menolong saudaranya yang memerlukan maka Allah
ta’ala akan menolongnya.” (HR. Muslim)
Jadilah
engkau orang yang mempermudah kesulitan orang lain. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang
siapa yang mempermudah kesulitan orang lain, maka Allah ta’ala akan mempermudah
urusannya di dunia dan akhirat.” (HR. Muslim). Beliau juga bersabda: “Terdapat
pada umat sebelum mu seorang pedagang yang sering memberi pinjaman kepada orang
lain, jika dia melihat si peminjam dalam kesulitan dia berkata kepada
anak-anaknya: ‘Maafkan dia (jangan ditagih hutangnya) mudah-mudahan Allah
ta’ala mengampuni kita’, maka Allah ta’ala pun mengampuninya.” (HR.
Bukhari)
Berlemah-lembutlah
terhadap hamba Allah ta’ala maka kamu akan termasuk orang yang didoakan
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Ya Allah, barang siapa yang berlemah-lembut terhadap umatku maka
berlemah-lembutlah terhadapnya, dan barang siapa yang mempersulit umatku maka
persulitlah ia.” (HR. Ahmad)
Beliau
juga bersabda: “Sesungguhnya Allah
ta’ala adalah Dzat yang maha lemah lembut mencintai kelembutan dan memberi pada
kelembutan suatu kebaikan yang tidak pernah diberikan pada kekerasan.”
(HR. Muslim)
Beliau
juga bersabda: “Barang siapa yang
tidak memiliki kelembutan maka ia kehilangan suatu kebaikan.” (HR.
Muslim)
Tutupilah
kejelekan (aib) orang lain maka Allah ta’ala akan menutupi kejelekan
(aib) mu.
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang menutupi kejelekan (aib) seorang muslim maka Allah
ta’ala akan menutupi kejelekan (aib) nya.” (HR. Muslim)
Beliau
juga bersabda: “Barang siapa yang
menutupi aurat (aib) saudaranya (muslim) maka Allah ta’ala akan menutupi aurat
(aib) nya pada hari kiamat.” (HR. Ibnu Majah)
Pandanglah sedikit kesalahan saudaramu, maka Allah ta’ala
akan memandang sedikit pula kesalahan mu.
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang memandang
sedikit kesalahan seorang muslim maka Allah ta’ala akan memandang sedikit
kesalahannya.” (HR. Abu Dawud)
Berilah
makan faqir miskin, maka Allah ta’ala akan memberimu makan pula.
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa saja di antara orang
mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, maka Allah ta’ala akan memberinya
makan dari buah-buahan Surga.” (HR. Tirmidzi)
Khamis, 7 Mac 2013
Isnin, 4 Mac 2013
Belajar SYUKUR daripada Buah Tembikai
Bersyukur itu suatu
ungkapan indah yang sering diungkapkan dalam kehidupan seharian.Bersyukur dengan
segala nikmat yang ada menjadi watak khusus insan yang berjaya.Sayangnya, ruang
lingkup syukur itu semakin sesak nafasnya ketika melalui liku-liku peradaban
insan moden.Terkadang medan syukur hanya tika ganjaran dunia selari dengan nafsu
serakahnya dan tak kurang juga "syukur bersyarat" yang mana hanya terbit lafaz syukur itu setelah perkara yang terjadi selari dan bertepatan dengan kehendak dan selera kita
.Dimana letak sabar?Dimana letak redha…persoalan yang kian pupus dalam definisi hakikat
syukur yang sebenarnya.Disini,marilah kita renungkan makna syukur yang terselit
dalam cerita pendek ini.Nilai kembali dimana syukur kita berada?Di sebalik mainan kata pemanis bicara atau benar
pada tempatnya.Walau hanya ceritanya tentang buah tembikai,layar maksudnya
menembus sempadan budi,menghidupkan akal mematikan nafsi.
Seorang lelaki soleh pulang ke rumah
dengan membawa sebiji tembikai( ada orang panggil timun Cina :)). Dia membeli
buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya:
"tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.
Melihat isterinya yg merungut itu, suami
berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tau"
Suami: " Pada pendapat awak,
semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang
manis"
Suami:" Ketika penjual sedang
menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin
menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya: "
Ketika peraih(orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka
agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung."
Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti
manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis,
pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah
buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang
manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.
Orang soleh itu tersenyum pada
isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan
buah yang manis,sebaliknya pula yang berlaku.Buah tembikai itu tawar
rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.
Marahkan
siapa?
'Jadi ketika awak marah tentang rasa
tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang
inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,
Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual
atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan
rasa tawar?"
Adab ketika makan: Janganlah kita
mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak
suka, kita tinggalkan sahaja. Pengajarannya: Rezeki itu ditentukan Allah. Jika
kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang
memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan
lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah
yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.
Kita mestilah belajar bersyukur.
Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur
dengan yang banyak?
Saya terbaca cerita menarik ini dari
karangan penulis Pahrol Mohd Juoi: Nota FIKIR untuk ZIKIR.
Perjumpaan Peningkatan Profesionalisme Pengetua & Guru Besar Bil 1 Tahun 2013
Bahan Perjumpaan Peningkatan Profesionalisme Pengetua & Guru Besar Bil 1 Tahun 2013
Sila klik di pautan ini:
Perjumpaan Peningkatan Profesionalisme Pengetua & Guru Besar Bil 1 Tahun 2013
Sila klik di pautan ini:
Perjumpaan Peningkatan Profesionalisme Pengetua & Guru Besar Bil 1 Tahun 2013
Langgan:
Ulasan (Atom)











