Ada juga choral speaking untuk Bahasa Melayu.Ni dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
Jumaat, 19 April 2013
CHORAL SPEAKING SMK TANJONG BUNGA-MINGGU BAHASA INGGERIS 2013
Ada juga choral speaking untuk Bahasa Melayu.Ni dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
Sabtu, 13 April 2013
LAWATAN KE AUCMS (ALLIANZE UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES)
AKTVITI FISIOTERAPI...TANGAN GERAK SENDIRI.. |
Barisan guru dan pentadbir SMK Tanjong Bunga telah mengadakan lawatan ke AUCMS pada hari Sabtu 13/4/2013 .Lawatan ini telah membuka ruang kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak kolej dalam usaha menggalakkan pelajar-pelajar khususnya pelajar lepasan SMK Tanjong Bunga untuk menyambung pelajaran di kolej ini.Terdapat pelbagai jurusan pengajian yang ditawarkan khususnya dalam bidang perubatan dan kesihatan .Kolej ini merupakan salah satu kolej yang terkemuka menempa nama dalam bidang perubatan dan kesihatan.Ringkasnya lawatan ini memang menarik..sebab apa...??Cikgu-cikgu dapat tengok 'live' mayat yang diawet untuk dijadikan bahan ujikaji pelajar...gambar mayat tak dapat nak upload.."No Camera Allowed."~
Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang AUCMS bolehlah layari laman web kolej di klik sini.
Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang AUCMS bolehlah layari laman web kolej di klik sini.
Rabu, 10 April 2013
EKSPLORASI HAJI 2013 DI MASJID TERAPUNG TANJONG BUNGA
Program Eksplorasi Haji di Masjid Terapung Tanjong Bunga untuk pelajar menengah atas SMKTB. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam di bawah penyelarasan Ustazah Munirah.Sayang kawe tak dapat ikuti program...huhu...gambar hasil copy & paste dari fb ustazah Munirah.Tq.
Selasa, 9 April 2013
PERTANDINGAN FORUM REMAJA KELOMPOK M1 SMK TANJONG BUNGA 2013
Ahad, 24 Mac 2013
KAWALLAH KEMUDI BUKAN ARAH ANGIN!!
Apabila kita ingin makan diri sendirilah yang
bertanggungjawab untuk menyuapkan makanan ke mulut agar hilang rasa
lapar.Apabila kita dahaga, diri sendirilah yang perlu meneguk air untuk
menghilangkan rasa haus yang memeritkan.Apabila sakit,diri sendirilah yang
perlu diperiksa oleh doktor untuk mengesan penyakit yang dialami dan diri
sendiri jugalah yang perlu menelan ubat yang pahit untuk sembuh.Pendek kata
dalam kehidupan ini, kewajiban untuk melakukan perubahan selari dengan
keinginan diri insan itu sendiri untuk berubah.Bukan orang lain,bukan dengan
menyalahkan hujan apabila baju kita basah dek terlupa musim hujan sedang
melanda.Laporan kaji cuaca telah kedengaran,awan telah mendung,awan hitam
berarak tebal ,petir kilat telah bercahaya…tetapi disebabkan diri alpa dan leka,
sekaki payung lupa dibawa.Salah siapa??takdir??....kata Nabil pelawak Astro Ria…Lu
pikirlah sendiri!!…Maksudnya diri sendiri juga yang kena berfikir,diri sendiri juga
yang kena bertanggungjawab…kena tanggung dan kena jawab.Kepada siapa lagi hendak disandarkan dosa kita.Tidak ada hakim
mahkamah dalam dunia yang sanggup menggantung mati seorang bapa akibat
kesalahan anaknya yang telah dijatuhkan hukuman mandatori.Begitu juga sebaliknya.
Melihat
akan pentingnya peranan diri sendiri dalam mengubah suasana persekitaran maka
harga untuk sebuah kegagalan bukan lagi sebuah persoalan.Ianya telah terjawab
dalam satu ungkapan indah yang ingin penulis tintakan. Dinukil daripada sebuah artikel yang
dikarang oleh Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya Nota Fikir Untuk Zikir..iaitu “Kawallah
kemudi bukan kawal arah angin.”Amat bermakna ungkapan ini.Konotasi yang hampir kepada
erti kawallah diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.Di mana anda berada dan
siapapun anda..ruang untuk mengubah orang lain amatlah terhad ..tetapi ruang
untuk muhasabah diri..terbuka luas..seluas langit dan bumi.Disini penulis
sertakan artikel yang penulis maksudkan.
Kita
akan kalah jika bergantung kepada sesuatu yang tidak dapat kita kawal.Sebagai
khalifah,kita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal diri dan mengawal orang lain.Kuasa
inilah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah-Khadi Rabbul Jalil di
Padang Mahsyar nanti.Kita akan berdepan ‘satu dengan satu’ di hadapan Allah SWT
untuk ditanya bagaimanakah kita mengawal mata,telinga,dan anggota-anggota lain
nanti.Kita tidak boleh meletakkan beban dosa di pundak
pemimpin,guru,ibubapa,jiran,majikan,pekerja dan rakan-rakan kita!
Manusia
yang tidak perkasa akan terus bersifat reaktif.Apakah setelah masuk ke neraka
manusia akan terus menyalahkan ‘orang lain’ (Syaitan)?Memanglah syaitan
tugasnya menggoda manusia untuk melakukan kejahatan dan masuk ke neraka
bersamanya,tetapi kenapa manusia merelakan diri mereka digoda?
Orang
lain tidak dapat menentukan sikap,reaksi dan mood kita jika kita sendiri tidak
mengizinkannya.Kitalah yang memberi kuasa kepadanya untuk mengawal diri
kita.Apabila orang menghina,kita rasa kecewa.Apabila orang memuji,kita rasa
bangga.Semuanya bergantung kepada orang.Sampai bilakah kita harus menyerah
kuasa kepada orang lain untuk menentukan hitam-putihnya hidup kita.
Keadaan
ini sangat merbahaya.Ia samalah seperti menyerahkan kenderaan sendiri untuk
dipandu oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.sedangkan jika berlaku kemalangan,kitalah
yang akan tercedera,bukan orang yang diambil sebagai pemandu itu.ingatlah,kita
adalah pemandu,bukan penumpang untuk hidup kita sendiri.Di akhirat
nanti,kitalah yang akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang kita
lakukan bukan orang lain!!
Setiap
diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan di dunia.Ertinya,amanah
(kuasa) yang telah diberikan akan dipersoalkan.Jika hakikat ini benar-benar
dihayati,tergamakkah kita menyerahkan ‘kuasa’ itu (dengan cara menyalahkan
orang lain) sedangkan nanti kitalah yang akan dipertanggungjawabkan?Kata orang,
“Diri sendiri,sendiri kena jagalah!”Kuasa inilah yang perlu kita gunakan dengan
betul.
Kata
hukama, “Jika kita dapat menguasai diri kita,kita akan dapat menguasai dunia”Ertinya,dengan
menguasai diri kita sendiri,pengaruh kita untuk menguasai orang lain,merubah
keadaan dan mencorak suasana luaran akan meningkat.Itulah sebenarnya sifat
orang beriman.Hati mereka hanya terikat dengan Tuhan.Takut dan cinta mereka
hanya kepada yang satu.Mereka umpama ikan yang tidak akan masin dengan
kemasinan laut.
Khamis, 21 Mac 2013
Langgan:
Catatan (Atom)