JOM BOOKCAFE

Sabtu, 13 April 2013

LAWATAN KE AUCMS (ALLIANZE UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES)




AKTVITI FISIOTERAPI...TANGAN GERAK SENDIRI..
Barisan guru  dan pentadbir SMK Tanjong Bunga telah mengadakan lawatan ke AUCMS pada hari Sabtu 13/4/2013 .Lawatan ini telah membuka ruang kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak kolej dalam usaha menggalakkan pelajar-pelajar khususnya pelajar lepasan SMK Tanjong Bunga untuk menyambung pelajaran di kolej ini.Terdapat pelbagai jurusan pengajian yang ditawarkan khususnya dalam bidang perubatan dan kesihatan .Kolej ini merupakan salah satu kolej yang terkemuka menempa nama dalam bidang perubatan dan kesihatan.Ringkasnya lawatan ini memang menarik..sebab apa...??Cikgu-cikgu dapat tengok 'live' mayat yang diawet untuk dijadikan bahan ujikaji pelajar...gambar mayat tak dapat nak upload.."No Camera Allowed."~

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang AUCMS bolehlah layari laman web kolej  di klik sini.

Rabu, 10 April 2013

EKSPLORASI HAJI 2013 DI MASJID TERAPUNG TANJONG BUNGA


Program Eksplorasi Haji di Masjid Terapung Tanjong Bunga untuk pelajar menengah atas SMKTB. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam di bawah penyelarasan Ustazah Munirah.Sayang kawe tak dapat ikuti program...huhu...gambar hasil copy & paste dari fb ustazah Munirah.Tq.

Selasa, 9 April 2013

PERTANDINGAN FORUM REMAJA KELOMPOK M1 SMK TANJONG BUNGA 2013

SMK(P) METHODIST & SMJK CHUNG LING

SMK ST XAVIER
 

SMK HAJI ZAINUL ABIDIN & SMK TANJONG BUNGA

BARISAN HAKIM

PENJAGA MASA & PENGAWAS PERTANDINGAN

Ahad, 24 Mac 2013

KAWALLAH KEMUDI BUKAN ARAH ANGIN!!

    Apabila kita ingin makan diri sendirilah yang bertanggungjawab untuk menyuapkan makanan ke mulut agar hilang rasa lapar.Apabila kita dahaga, diri sendirilah yang perlu meneguk air untuk menghilangkan rasa haus yang memeritkan.Apabila sakit,diri sendirilah yang perlu diperiksa oleh doktor untuk mengesan penyakit yang dialami dan diri sendiri jugalah yang perlu menelan ubat yang pahit untuk sembuh.Pendek kata dalam kehidupan ini, kewajiban untuk melakukan perubahan selari dengan keinginan diri insan itu sendiri untuk berubah.Bukan orang lain,bukan dengan menyalahkan hujan apabila baju kita basah dek terlupa musim hujan sedang melanda.Laporan kaji cuaca telah kedengaran,awan telah mendung,awan hitam berarak tebal ,petir kilat telah bercahaya…tetapi disebabkan diri alpa dan leka, sekaki payung lupa dibawa.Salah siapa??takdir??....kata Nabil pelawak Astro Ria…Lu pikirlah sendiri!!…Maksudnya diri sendiri juga yang kena berfikir,diri sendiri juga yang kena bertanggungjawab…kena tanggung dan kena jawab.Kepada siapa lagi hendak disandarkan dosa kita.Tidak ada hakim mahkamah dalam dunia yang sanggup menggantung mati seorang bapa akibat kesalahan anaknya yang telah dijatuhkan hukuman mandatori.Begitu juga sebaliknya.
      Melihat akan pentingnya peranan diri sendiri dalam mengubah suasana persekitaran maka harga untuk sebuah kegagalan bukan lagi sebuah persoalan.Ianya telah terjawab dalam satu ungkapan indah yang ingin penulis tintakan. Dinukil daripada sebuah artikel yang dikarang oleh Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya Nota Fikir Untuk Zikir..iaitu “Kawallah kemudi bukan kawal arah angin.”Amat bermakna ungkapan ini.Konotasi yang hampir kepada erti kawallah diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.Di mana anda berada dan siapapun anda..ruang untuk mengubah orang lain amatlah terhad ..tetapi ruang untuk muhasabah diri..terbuka luas..seluas langit dan bumi.Disini penulis sertakan artikel yang penulis maksudkan.
       Kita akan kalah jika bergantung kepada sesuatu yang tidak dapat kita kawal.Sebagai khalifah,kita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal diri dan mengawal orang lain.Kuasa inilah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah-Khadi Rabbul Jalil di Padang Mahsyar nanti.Kita akan berdepan ‘satu dengan satu’ di hadapan Allah SWT untuk ditanya bagaimanakah kita mengawal mata,telinga,dan anggota-anggota lain nanti.Kita tidak boleh meletakkan beban dosa di pundak pemimpin,guru,ibubapa,jiran,majikan,pekerja dan rakan-rakan kita!
        Manusia yang tidak perkasa akan terus bersifat reaktif.Apakah setelah masuk ke neraka manusia akan terus menyalahkan ‘orang lain’ (Syaitan)?Memanglah syaitan tugasnya menggoda manusia untuk melakukan kejahatan dan masuk ke neraka bersamanya,tetapi kenapa manusia merelakan diri mereka digoda?
        Orang lain tidak dapat menentukan sikap,reaksi dan mood kita jika kita sendiri tidak mengizinkannya.Kitalah yang memberi kuasa kepadanya untuk mengawal diri kita.Apabila orang menghina,kita rasa kecewa.Apabila orang memuji,kita rasa bangga.Semuanya bergantung kepada orang.Sampai bilakah kita harus menyerah kuasa kepada orang lain untuk menentukan hitam-putihnya hidup kita.
           Keadaan ini sangat merbahaya.Ia samalah seperti menyerahkan kenderaan sendiri untuk dipandu oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.sedangkan jika berlaku kemalangan,kitalah yang akan tercedera,bukan orang yang diambil sebagai pemandu itu.ingatlah,kita adalah pemandu,bukan penumpang untuk hidup kita sendiri.Di akhirat nanti,kitalah yang akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan bukan orang lain!!
    Setiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan di dunia.Ertinya,amanah (kuasa) yang telah diberikan akan dipersoalkan.Jika hakikat ini benar-benar dihayati,tergamakkah kita menyerahkan ‘kuasa’ itu (dengan cara menyalahkan orang lain) sedangkan nanti kitalah yang akan dipertanggungjawabkan?Kata orang, “Diri sendiri,sendiri kena jagalah!”Kuasa inilah yang perlu kita gunakan dengan betul.
    Kata hukama, “Jika kita dapat menguasai diri kita,kita akan dapat menguasai dunia”Ertinya,dengan menguasai diri kita sendiri,pengaruh kita untuk menguasai orang lain,merubah keadaan dan mencorak suasana luaran akan meningkat.Itulah sebenarnya sifat orang beriman.Hati mereka hanya terikat dengan Tuhan.Takut dan cinta mereka hanya kepada yang satu.Mereka umpama ikan yang tidak akan masin dengan kemasinan laut.