Rabu, 9 Oktober 2013
Selasa, 8 Oktober 2013
1 MURID 1 SUKAN - PERTANDINGAN BADMINTON SMK TANJONG BUNGA
SMK Tanjong Bunga telah berjaya menganjurkan pertandingan Badiminton di peringkat sekolah dalam memenuhi dasar 1M1S.Penyertaan pelajar amat menggalakkan dan program ini berjalan lancar bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang.Terimakasih diucapkan khususnya kepada penyelaras program Cikgu Syukri,Cikgu Rushdi,Puan Azrina Bt Mukhtar dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.Sepanjang pertandingan berlangsung telah terlihat kelibat remaja bakal pengganti Lee Cong Wei dalam arena sukan badminton.Tak mustahil mereka ialah pelajar SMK Tanjong Bunga!!!.
Jumaat, 4 Oktober 2013
Bahan Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia
- Pelaksanaan dan Sistem e-Prestasi Bahagian 1
- Pelaksanaan dan Sistem e-Prestasi Bahagian 2
- Pelaksanaan dan Sistem e-Prestasi Bahagian 3
- Manual Pengguna (Pelaksanaan & Sistem e-Prestasi)
- Instrumen Penilaian Kompetensi (Guru dan Pemimpin Sekolah)
- Instrumen dan Simulasi Keberhasilan (Guru dan Pemimpin Sekolah)
- Borang Pemantauan
- Borang TNT
Rabu, 2 Oktober 2013
TAKLIMAT KERTAS 3 SEJARAH SPM 2013
SMK Tanjong Bunga telah menerima kunjungan daripada Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tuan Haji Nafiah Bin Mat,Encik Roland @ Rozaidi Bin Abu Hassan,selaku Penolong Pengarah Subjek Sejarah JPNPP serta En Yusri Penolong PPD Timur Laut Bahagian Akademik.Lawatan ini bersempena taklimat ringkas pelaksanaan kertas 3 Sejarah 2013.Alhamdulillah banyak tips-tips,teknik-teknik menjawab dan kata-kata semangat serta nasihat yang disampaikan kepada pelajar dalam majlis yang serba ringkas ini.Semoga pelajar SMK Tanjong Bunga lebih bersemangat menempa kejayaan dalam pelajaran sekaligus mengharumkan nama SMK Tanjong Bunga.
Selasa, 1 Oktober 2013
MAKLUMAN TEMA UMUM SEJARAH K3 SPM 2013
Perhatian kepada semua pelajar. Di atas merupakan tema umum sejarah kertas 3 bagi tahun 2013.Pelajar diharapkan dapat membuat persediaan awal bagi menghadapi kertas 3 SPM Sejarah 2013. Hal ini disebabkan subjek Sejarah telah diwartakan sebagai subjek wajib lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013.Harap maklum dan selamat berusaha.
Bahan Taklimat Kaedah Pelaksanaan PTK Umum Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)
Bahan Taklimat Kaedah Pelaksanaan PTK Umum Kenaikan Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) PPP di Kementerian Pendidikan Malaysia boleh didapati di bawah.Klik untuk download.
Bahan Taklimat TBBK
Langgan:
Catatan (Atom)