JOM BOOKCAFE

Jumaat, 16 Januari 2015

KUBUR MASING-MASING..tak payah sibuk hal oranglah...!!!

“Tak payah menyibuk hal oranglah..lantak aku lah nak buat apapun...bukan kau yang tanggung dosa aku...kubur masing-masing”...perhh menyirap darah,mendidih hati dengar jawapan balas yang macam ni..Nak dinasihati ke arah kebaikan...kita pula yang jadi objek makian.Kubur masing-masing katanya...alasan kopi superbest power ni sering dikumandangakan bahkan senjata ampuh yang digunakan bagi menutupi kesalahan.Kita yang dengar sakit hati...tapi kalau tak disanggah alasan super mangkuk ni..takut hilang peranan manusia...amar makruf nahi mungkar....cakap yang makruf ja boleh...nak bernahi mungkar tak boleh sebab jaga tepi kain sendiri dulu la katanya...jangan jaga tepi kain orang...kubur masing-masing!!...

Selak-selak “buku soalan maut untuk ustaz” terbitan PTS ada jawapan yang bagus untuk menangkis hujah-hujah macam ni.Memanglah kubur masing-masing...tapi kalau jenazah awak  tu dikuburkan..tetap saja bersebelahan dengan orang lain...azab yang diterima bukan kepalang...siapa pula yang nak bersebelahan dengan kubur kita yang bising dengan derita seksa kubur yang dilalui setiap detik.Siapa yang mahu bersebelahan dengan kubur ahli maksiat macam kita...dan siapa pula yang sanggup nak menguruskan jenazah kita,mandikan, kafan, gali kubur dan tanam jenazah kita. Aduhh...bukankah jawapannya, kita tetap memerlukan orang lain.Jadi jangan berlagak sangatlah.Terhidangnya sepinggan nasi dihadapan kita dengan lauk ikan tu pun melibatkan banyak orang dan proses. Dari nelayan..petani..pengilang..peruncit...dan banyak lagi prosesnya sebelum nasi tu masuk ke mulut kita.Jadi ada baiknya kita jaga juga tepi kain orang sikit-sikit ni..bukan niat kita nak buka kain atau melondehkan kain orang pun..yang tu memang tak boleh....Agama itu nasihat seperti yang diutarakan oleh hadis. Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim) .Pendek cerita..kalau dah bermaharajalela dosa atas muka bumi...yang kena bala semua sekali....tak kiralah yang jaga tepi kain orang atau yang jaga tepi kain sendiri.Sungguh nasihat yang baik itu  merupakan tanda sayang kita sesama insan.