“Tak
payah menyibuk hal oranglah..lantak aku lah nak buat apapun...bukan kau yang
tanggung dosa aku...kubur masing-masing”...perhh menyirap darah,mendidih hati
dengar jawapan balas yang macam ni..Nak dinasihati ke arah kebaikan...kita pula
yang jadi objek makian.Kubur masing-masing katanya...alasan kopi superbest
power ni sering dikumandangakan bahkan senjata ampuh yang digunakan bagi
menutupi kesalahan.Kita yang dengar sakit hati...tapi kalau tak disanggah
alasan super mangkuk ni..takut hilang peranan manusia...amar makruf nahi
mungkar....cakap yang makruf ja boleh...nak bernahi mungkar tak boleh sebab
jaga tepi kain sendiri dulu la katanya...jangan jaga tepi kain orang...kubur
masing-masing!!...
Selak-selak
“buku soalan maut untuk ustaz” terbitan PTS ada jawapan yang bagus untuk
menangkis hujah-hujah macam ni.Memanglah kubur masing-masing...tapi kalau
jenazah awak tu dikuburkan..tetap saja
bersebelahan dengan orang lain...azab yang diterima bukan kepalang...siapa pula
yang nak bersebelahan dengan kubur kita yang bising dengan derita seksa kubur
yang dilalui setiap detik.Siapa yang mahu bersebelahan dengan kubur ahli
maksiat macam kita...dan siapa pula yang sanggup nak menguruskan jenazah
kita,mandikan, kafan, gali kubur dan tanam jenazah kita. Aduhh...bukankah jawapannya, kita tetap
memerlukan orang lain.Jadi jangan berlagak sangatlah.Terhidangnya sepinggan
nasi dihadapan kita dengan lauk ikan tu pun melibatkan banyak orang dan proses.
Dari nelayan..petani..pengilang..peruncit...dan banyak lagi prosesnya sebelum
nasi tu masuk ke mulut kita.Jadi ada baiknya kita jaga juga tepi kain orang
sikit-sikit ni..bukan niat kita nak buka kain atau melondehkan kain orang
pun..yang tu memang tak boleh....Agama itu nasihat seperti yang diutarakan oleh
hadis. Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu,
bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama
itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau
menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah
kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim) .Pendek
cerita..kalau dah bermaharajalela dosa atas muka bumi...yang kena bala semua
sekali....tak kiralah yang jaga tepi kain orang atau yang jaga tepi kain
sendiri.Sungguh nasihat yang baik itu merupakan tanda sayang kita sesama insan.