JOM BOOKCAFE

Ahad, 24 Mac 2013

KAWALLAH KEMUDI BUKAN ARAH ANGIN!!

    Apabila kita ingin makan diri sendirilah yang bertanggungjawab untuk menyuapkan makanan ke mulut agar hilang rasa lapar.Apabila kita dahaga, diri sendirilah yang perlu meneguk air untuk menghilangkan rasa haus yang memeritkan.Apabila sakit,diri sendirilah yang perlu diperiksa oleh doktor untuk mengesan penyakit yang dialami dan diri sendiri jugalah yang perlu menelan ubat yang pahit untuk sembuh.Pendek kata dalam kehidupan ini, kewajiban untuk melakukan perubahan selari dengan keinginan diri insan itu sendiri untuk berubah.Bukan orang lain,bukan dengan menyalahkan hujan apabila baju kita basah dek terlupa musim hujan sedang melanda.Laporan kaji cuaca telah kedengaran,awan telah mendung,awan hitam berarak tebal ,petir kilat telah bercahaya…tetapi disebabkan diri alpa dan leka, sekaki payung lupa dibawa.Salah siapa??takdir??....kata Nabil pelawak Astro Ria…Lu pikirlah sendiri!!…Maksudnya diri sendiri juga yang kena berfikir,diri sendiri juga yang kena bertanggungjawab…kena tanggung dan kena jawab.Kepada siapa lagi hendak disandarkan dosa kita.Tidak ada hakim mahkamah dalam dunia yang sanggup menggantung mati seorang bapa akibat kesalahan anaknya yang telah dijatuhkan hukuman mandatori.Begitu juga sebaliknya.
      Melihat akan pentingnya peranan diri sendiri dalam mengubah suasana persekitaran maka harga untuk sebuah kegagalan bukan lagi sebuah persoalan.Ianya telah terjawab dalam satu ungkapan indah yang ingin penulis tintakan. Dinukil daripada sebuah artikel yang dikarang oleh Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya Nota Fikir Untuk Zikir..iaitu “Kawallah kemudi bukan kawal arah angin.”Amat bermakna ungkapan ini.Konotasi yang hampir kepada erti kawallah diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.Di mana anda berada dan siapapun anda..ruang untuk mengubah orang lain amatlah terhad ..tetapi ruang untuk muhasabah diri..terbuka luas..seluas langit dan bumi.Disini penulis sertakan artikel yang penulis maksudkan.
       Kita akan kalah jika bergantung kepada sesuatu yang tidak dapat kita kawal.Sebagai khalifah,kita diberi ‘kuasa’ untuk mengawal diri dan mengawal orang lain.Kuasa inilah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah-Khadi Rabbul Jalil di Padang Mahsyar nanti.Kita akan berdepan ‘satu dengan satu’ di hadapan Allah SWT untuk ditanya bagaimanakah kita mengawal mata,telinga,dan anggota-anggota lain nanti.Kita tidak boleh meletakkan beban dosa di pundak pemimpin,guru,ibubapa,jiran,majikan,pekerja dan rakan-rakan kita!
        Manusia yang tidak perkasa akan terus bersifat reaktif.Apakah setelah masuk ke neraka manusia akan terus menyalahkan ‘orang lain’ (Syaitan)?Memanglah syaitan tugasnya menggoda manusia untuk melakukan kejahatan dan masuk ke neraka bersamanya,tetapi kenapa manusia merelakan diri mereka digoda?
        Orang lain tidak dapat menentukan sikap,reaksi dan mood kita jika kita sendiri tidak mengizinkannya.Kitalah yang memberi kuasa kepadanya untuk mengawal diri kita.Apabila orang menghina,kita rasa kecewa.Apabila orang memuji,kita rasa bangga.Semuanya bergantung kepada orang.Sampai bilakah kita harus menyerah kuasa kepada orang lain untuk menentukan hitam-putihnya hidup kita.
           Keadaan ini sangat merbahaya.Ia samalah seperti menyerahkan kenderaan sendiri untuk dipandu oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.sedangkan jika berlaku kemalangan,kitalah yang akan tercedera,bukan orang yang diambil sebagai pemandu itu.ingatlah,kita adalah pemandu,bukan penumpang untuk hidup kita sendiri.Di akhirat nanti,kitalah yang akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan bukan orang lain!!
    Setiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan di dunia.Ertinya,amanah (kuasa) yang telah diberikan akan dipersoalkan.Jika hakikat ini benar-benar dihayati,tergamakkah kita menyerahkan ‘kuasa’ itu (dengan cara menyalahkan orang lain) sedangkan nanti kitalah yang akan dipertanggungjawabkan?Kata orang, “Diri sendiri,sendiri kena jagalah!”Kuasa inilah yang perlu kita gunakan dengan betul.
    Kata hukama, “Jika kita dapat menguasai diri kita,kita akan dapat menguasai dunia”Ertinya,dengan menguasai diri kita sendiri,pengaruh kita untuk menguasai orang lain,merubah keadaan dan mencorak suasana luaran akan meningkat.Itulah sebenarnya sifat orang beriman.Hati mereka hanya terikat dengan Tuhan.Takut dan cinta mereka hanya kepada yang satu.Mereka umpama ikan yang tidak akan masin dengan kemasinan laut.

Selasa, 12 Mac 2013

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANJURAN SMK TANJONG BUNGA



Pertandingan Bola sepak yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Smk Tanjong Bunga telah diadakan di Padang Polo pada hari Selasa 12 March 2013.Terimakasih diucapkan kepada semua guru-guru SMK Tanjong Bunga yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.Perlawanan yang berlangsung masih di pusingan pertama dan   SMK Tanjong Bunga telah berjaya mendahului lawan dalam perlawanan dengan mata kemenangan 5-1 menentang SMK Haji Zainal Abidin.Tahniah skuad SMK Tanjong Bunga.Kita menantikan kemaraan seterusnya pada 19 March 2013.