BAHAN | __________ | FORMAT PDF |
FAQ: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) | MUAT TURUN |
Ahad, 24 Februari 2013
FAQ PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Khamis, 21 Februari 2013
Banyak Ketawa Mematikan Hati !!
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
“Janganlah kalian banyak tertawa, karena banyak tertawa akan mematikan hati.” (HR. At-Tirmizi no. 2227, Ibnu Majah no. 4183, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 7435)
لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
“Janganlah kalian banyak tertawa, karena banyak tertawa akan mematikan hati.” (HR. At-Tirmizi no. 2227, Ibnu Majah no. 4183, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 7435)
Dari Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa dia berkata:
مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مُسْتَجْمِعًا ضَاحِكًا حَتَّى أَرَى مِنْهُ لَهَوَاتِهِ إِنَّمَا كَانَ
يَتَبَسَّمُ
“Saya tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
tertawa terbahak-bahak hingga kelihatan tenggorokan beliau, beliau
biasanya hanya tersenyum.” (HR. Al-Bukhari no. 6092 dan Muslim no. 1497)
Penjelasan ringkas:
Sebaik-baik perkara adalah yang sederhana dan pertengahan. Tatkala Islam
mensyariatkan untuk banyak tersenyum, maka Islam juga melarang untuk
banyak tertawa, kerana segala sesuatu yang keterlaluan dan melampaui
batas akan membuat hati menjadi mati. Sebagaimana banyak makan dan
banyak tidur mampu mematikan hati dan melemahkan tubuh, maka demikian
pula banyak tertawa mampu mematikan hati dan melemahkan tubuh. Dan jika
hati sudah mati maka hatinya tidak akan terpengaruh dan terkesan dengan
peringatan Al-Qur`an dan tidak akan mahu menerima nasihat, wal ‘iyadzu
billah.Oleh itu, tidaklah kita temui orang yang paling banyak tertawa kecuali dia adalah orang yang paling jauh dari Al-Qur`an.
Adapun hukum banyak tertawa, maka lahiriah hadits Abu Hurairah di
atas menunjukkan haramnya, kerana hukum asal setiap larangan adalah
haram. Apalagi dinyatakan sebab larangan tersebut adalah kerana mampu
mematikan hati, dan sudah dimaklumi melakukan suatu amalan yang boleh
mematikan hati adalah hal yang diharamkan.
Adapun tertawa sesekali atau ketika keadaan mengharuskan dia untuk
tertawa, maka ini adalah hal yang diperbolehkan. Hanya saja, bukan
termasuk tuntunan Nabi shallallahu alaihi wasallam jika seorang itu
tertawa sampai terbahak-bahak. Oleh itu tertawa terbahak-bahak adalah
hal yang dibenci walaupun tidak sampai dalam hukum haram, wallahu a’lam.
Rabu, 20 Februari 2013
Ahad, 17 Februari 2013
13 Rules You Did Not Learn In School !!
Here are some basic rules that children should be learning in school, but unfortunately don’t. Not all of these have to do with academics.
Rule #1: Life is not fair. Get used to it. The average teen-ager uses the phrase, “It’s not fair” 8.6 times a day.
Rule #2: The
real world won’t care as much about your self-esteem as much as your
school does. It’ll expect you to accomplish something before you feel
good about yourself. This may come as a shock. Usually, when
inflated self-esteem meets reality, kids complain it’s not fair.
Rule #3: Sorry,
you won’t make $40,000 a year right out of high school. And you won’t
be a vice president or have a car phone either. You may even have to
wear a uniform that doesn’t have a label.
Rule #4: If
you think your teacher is tough, wait until you get a boss. He doesn’t
have tenure, so he tends to be a bit edgier. When you screw up, he’s not
going to ask you how you feel about it.
Rule #5: Flipping
burgers is not beneath your dignity. Your grand-parents had a different
word of burger flipping. They called it “opportunity”. They weren’t
embarrassed making minimum wage either. They would have been embarrassed
to sit around talking about Kurt Cobain all weekend.
Rule #6: It’s
not your parents’ fault. If you screw up, you are responsible. This is
the flip side of “It’s my life,” and “You’re not the boss of me,” and
other eloquent proclamations of your generation. When you turn 18, it’s
on your dime. Don’t whine about it, or you’ll sound like a baby boomer.
Rule #7: Your
school may have done away with winners and losers. Life hasn’t. In some
schools, they’ll give you as many times as you want to get the right
answer. Failing grades have been abolished and class valedictorians
scrapped, lest anyone’s feelings be hurt. Effort is as important as
results. This, of course, bears not the slightest resemblance to
anything in real life.
Rule #8: Life
is not divided into semesters, and you don’t get summers off. Not even
Easter break. They expect you to show up every day. For eight hours. And
you don’t get a new life every 10 weeks. It just goes on and on. While
we’re at it, very few jobs are interesting in fostering
your self-expression or helping you find yourself. Fewer still lead
to self-realization.
Rule #9: Television
is not real life. Your life is not a sitcom. Your problems will not all
be solved in 30 minutes, minus time for commercials. In real life,
people actually have to leave the coffee shop to go to jobs. Your
friends will not be as perky or pliable as Jennifer Aniston.
Rule #10: Be nice to nerds. You may end up working for them. We all could.
Rule #11: Smoking
does not make you look cool. It makes you look moronic. Next time
you’re out cruising, watch an 11-year-old with a butt in his mouth.
That’s what you look like to anyone over 20. Ditto for
“expressing yourself” with purple hair and/or pierced body parts.
Rule #12: You
are not immortal. If you are under the impression that living fast,
dying young and leaving a beautiful corpse is romantic, you obviously
haven’t seen one of your peers at room temperature lately.
Rule #13: Enjoy
your youth time while you can. Sure parents are a pain, school is
a bother and life is depressing but someday you’ll realize how wonderful
it was to be a kid. Maybe you should start now.
By Charles J. Sykes
Printed in San Diego Union Tribune
September 19, 1996
Printed in San Diego Union Tribune
September 19, 1996
Sabtu, 16 Februari 2013
RAJA TANPA BAJU : IKTIBAR UNTUK PEMIMPIN GILA AMPU
Apabila
sekali-sekala kita terasa terlalu ingin dipuji dan apabila yang kita
mahu dengar hanyalah kata-kata yang sedap-sedap sahaja, lebih-lebih lagi
apabila kita mempunyai kedudukan yang tinggi dalam organisasi atau
masyarakat, ditambah pula oleh orang disekeliling kita terdiri daripada
kaki ampu dan ‘bodek’, maka renungilah sejenak kisah raja tanpa bajunya
ini. Cerita pendek turun-temurun ini telah kita dengar sejak di bangku
sekolah rendah lagi. Memang sudah lama, namun iktibarnya dapat kita
manfaatkan sepanjang usia. Bukan sahaja untuk menilai dan memperbaiki
diri kita, malah untuk menilai orang lain, suasana dan perkembangan
semasa.
Kisahnya
bermula dengan seorang raja yang suka berpakaian cantik. Baginda
terlalu gilakan baju dan fesyen baru. Semua tukang jahit dalam negara
pemerintahannya sudah dikerahkan untuk menjahit baju barunya. Sehelai
demi sehelai. Apabila siap sahaja, raja terus memakainya dan muncul di
khalayak ramai. Kembang-kuncup hatinya apabila mendengar pujian rakyat
tentang kecantikan pakaiannya. Itulah saat yang paling bahagia dirasakan
dalam hidupnya. Bulan demi bulan, tahun demi tahun, itulah karenah raja
tersebut. Dan setiap kali raja muncul dengan pakaian barunya, rakyat
akan mengangguk-anggukkan kepala serta memuji-muji baju raja. Namun
walaupun telah silih berganti fesyen, silih berganti baju, raja masih
belum puas hati lagi. Raja masih merasakan bahawa ada lagi fesyen baru
yang belum dicubanya.
Jumaat, 15 Februari 2013
Bangau Oh Bangau..
Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.
Ikan
oh ikan, Mengapa kau tak timbul?
Macamana aku tak timbul, Rumput panjang
sangat.
Rumput
oh rumput,
Kenapa
engkau panjang sangat?
Macamana
aku tak panjang,
Kerbau
tak makan aku.
Katak
oh katak,
Kenapa
panggil hujan?
Macamana
aku tak panggil,
Ular
nak makan aku.
Ular
oh ular,
Mengapa
nak makan katak?
Macamana
aku tak makan.
Memang
makanan aku.
Ini
adalah sebuah cerita yang telah disampaikan secara tradisi dalam bentuk lagu
kanak-kanak. Ia berpindah dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kini.
Apabila mendengar bait-bait lagu ini, terasa ada lucunya. Rentak lagu
‘monotonous’ itu memang menarik dan mudah menjadi hafalan kanak-kanak. Walaupun
ianya lucu dan menghiburkan, namun bait-bait lagu ini mengandungi unsur
sindiran yang sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yang suka
salah-menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding jari kerana hendak
berlepas diri daripada dipersalahkan.
Mengapakah
lagu ini mengambil binatang-binatang seperti bangau, ikan dan katak sebagai
pesalah? Begitu juga dengan alam semula jadi seperti rumput, hujan dan nasi?
Mengapakah ia tidak menggunakan manusia sebagai karektornya? Adakah pencipta
lagu ini juga termasuk ‘pesalah’ yang suka menyalahkan orang lain sehingga
meletakkan pesalahnya kepada tumbuhan dan haiwan? Mungkin agaknya beliau hendak
menjaga hati manusia, maklumlah justeru terdapat ramai manusia yang begitu
sensitif bila ditegur dan tidak mahu mengaku pula kesalahan yang dibuat.
Lagu
ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang
masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri
sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah
berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada
kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap
salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.
Iktibarnya,
kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap
individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada
dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan,
peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita
hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari.
Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah
dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun
masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut
kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri
dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.
Secara
sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang
panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang!
Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya
menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya.
Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu
yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang
terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.
Dalam
masyarakat apabila berhadapan dengan masalah, terdapat dua golongan iaitu
golongan yang proaktif dan golongan yang reaktif. Golongan reaktif ialah
golongan yang apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain.
Dan dia suka menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang
dia mahu memfokus pada lingkungan pengaruhnya. Misalnya apabila seseorang anak
itu ditangkap kerana sesuatu masalah yang dilakukannya maka dengan pantas ia
menyalahkan ibu-bapanya.
Jika
ditanyakan kepada sianak, “Kenapa awak jadi begini?”Dia
pun menjawab, ”Ini bukan salah saya. Ayah dan ibu saya yang salah!”Manakala
apabila ditanya kepada ibu-bapanya pula, lantas mereka pula menjawab, “ Ini
bukan salah kami tetapi ini salah guru.”
Begitulah
seterusnya.
Masing-masing
melihat dan berlegar dalam lingkungan pengaruh orang lain yang tidak boleh
dikawal. Kalau begini, sampai bila-bilapun masalah tidak akan selesai. Inilah
bahana budaya menuding jari. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar.
Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang reaktif.
Dan inilah yang sedang membudaya dalam masyarakat kita. Lihat sahaja masalah
sosial dikalangan remaja, masing-masing menuding jari kepada orang lain.
Lawan
kepada sikap reaktif ialah proaktif. Proaktif maksudnya apabila ia
berhadapan dengan sesuatu masalah, berdepan dengan suatu peluang, dia akan
menumpukan kepada apa yang dia boleh buat. Yakni dalam lingkungan pengaruh yang
mampu dikawalnya. Walaupun pengaruh itu kecil, lama kelamaan ia akan bertambah.
Jika kita mengubah diri kita, maka perubahan itu akan mampu mengubah orang
lain. Sikap lebih berkesan daripada cakap. Jangan harapkan perubahan orang lain
untuk mengubah diri kita. Orang yang proaktif ialah orang yang punya
keyakinan diri, disiplin diri dan self- esteem (harga diri) yang tinggi. Ia
bukan sahaja mampu mengawal diri bahkan akan mampu mengawal orang lain.
Manakala orang yang reaktif pula ialah orang yang dicorakkan oleh keadaan. Ke
mana dia pergi, dia akan dicorakkan kerana tiada kekuatan dalaman untuk
berhadapan dengan setiap masalah.
Dalam
kes masalah sosial remaja setiap pihak hendaklah bersikap proaktif.
Budaya ‘bangau oh bangau’ hendaklah dihentikan. Sebagai manusia yang telah akil
baligh, yakni berfikiran waras, remaja tidak seharusnya terus menyalahkan
ibu-bapa atas kesilapan dan kesalahannya. Firman Allah swt:
“Apabila
dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa-apa yang diturunkan Allah! Maka jawab
mereka: Tetapi kami mengikt apa-apa yang kami perolehi dari bapa-bapa kami.
Meskipun bapa-bapa mereka itu tiada memikirkan suatu apapun dan tiada pula
mendapat petunjuk.”
(Surah Al-Baqarah: 170)
Sekalipun,
ibu-bapa tidak memainkan peranan yang betul, maka dengan fikiran dan ilmu yang
didapati dari sekolah dan masyarakat para remaja sudah sewajarnya mampu menilai
dirinya sendiri. Mereka adalah ‘pemandu’ pada kereta kehidupan mereka. Jika
berlanggar jangan salahkan ibu-bapa, tapi salahkan diri sendiri. Dan tindakan
selanjutnya ialah belajar lebih gigih agar tidak mengulangi kesalahan yang
sama.
Manakala
bagi pihak ibu-bapa pula, janganlah terus menyalahkan guru atau masyarakat.
Sebagai individu yang terapat dengan para remaja, tentulah pengaruh mereka
lebih besar daripada mana-mana pihak dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Anak kita adalah hak kita dan Allah telah menetapkan bahawa kita adalah
pencorak utama kepada akhlak mereka. Lupakah ibu-bapa kepada firman Allah ini:
“Anak-anak
dilahirkan suci bersih, kedua ibu-bapanyalah yang akan menjadikannya yahudi,
nasrani atau majusi.”
Jadi
ibu-bapa yang baik tidak akan menyalahkan guru, masyarakat dan kerajaan atas
kerosakan anak mereka. Sebaliknya, mereka akan memperbaiki diri dan mula
mendidik anak mereka dengan terlebih dahulu mendidik diri sendiri!
Begitulah
juga masyarakat, pihak sekolah, para pemimpin – masing-masing hendaklah melihat
dan bercermin pada hati nurani masing-masing. Apa akan jadi jika pemimpin
menyalahkan rakyat dan rakyat pula menyalahkan pemimpin? Ingat-ingatlah, kita
bukan bangau, kerbau atau ikan yang tidak punya akal fikiran. Allah sendiri
mengiktiraf hak dan pilihan individu, maka atas dasar itu masing-masing akan
ditanya mengikut peranan, kemampuan dan tanggung-jawab masing-masing. Kita
tidak boleh menyalahkan sesiapa, hatta menyalahkan syaitan sekalipun! Jika kita
terpedaya akan tipu-dayanya itu bukan salahnya, tetapi itu adalah salah kita…
Kenapa kita boleh ditipu? Rasulullah saw bersabda:
“Setiap kamu adalah pengembala
(pemimpin), dan setiap pengembala akan ditanya akan gembalaannya.”
Terdapat
juga segolongan masyarakat yang tidak mengambil kisah tentang apa yang berlaku
di sekelilingnya. Golongan ini bersikap in-aktif yakni tidak ambil kisah atau
tidak mahu ambil tahu langsung tentang apa yang berlaku dalam masyarakat.
Katakanlah, jika dia melihat masalah remaja, dia mungkin kata, “Biarkanlah,
asalkan jangan terkena pada anak aku”. Dia lebih rela bersikap ‘tidak apa’
dengan apa yang telah berlaku. Hatinya buta, tidak prihatin dan tidak sensitif.
Dia hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja. Dia akan tercabar hanya apabila
ada orang yang mengganggu ‘tepi kainnya’. Katakanlah, jika berlaku sesuatu
tragedi buruk, dia akan berkata, “Itu di negeri lain, bukan di negeri aku. Jika
berlaku di negerinya, dia akan kata, “Itu di negeri lain, bukan kampungku.”
Apabila terjadi di kampungnya, dia boleh kata, “itu di kampung sebelah utara,
saya kampung sebelah selatan.” Bila dia sedar? Apabila terkena batang
hidungnya, barulah dia tersentak dan meminta pertolongan orang lain. Individu
yang in-aktif ini tidak sedar bahawa hakikatnya manusia umpama penumpang sebuah
kapal yang besar, yang mana kebocoran di mana-mana tempat akan menenggelamkan
seluruh kapal jika kebocoran itu tidak ditampal bersama-sama. Sikap in-aktif
sebahagian masyarakat ini mengingatkan kita pada ungkapan “Siluncai terjun
dengan labu-labunya… biarkan, biarkan….”
Akhir
sekali, bagi mengatasi masalah budaya reaktif ‘Bangau oh bangau’ dan sikap
in-aktif ‘Si Luncai terjun dengan labu-labunya’ maka kita perlulah bersikap
berani. Berani mengakui kesalahan dan kelemahan diri. Berani menanggung risiko
akibat pilihan dan perlakuan kita sendiri. Dan kemudian berani pula untuk
memperbaiki kelemahan itu dengan meningkatkan ilmu, kemahiran dan sikap kita
terhadap sesuatu perkara.
Kedua,
kita perlu tahu akan kekuatan-kekuatan yang ada pada diri. Kita yakin pada
kekuatan itu dan menambah serta mempertingkatkannya dari semasa ke semasa.
Yakinlah setiap insan dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing. Kita adalah
unik dan terbaik dalam bidang-bidang tertentu. Kenali bidang itu dan terokailah
dengan yakin. Bukankah bangau punya tengkuk yang panjang dan ikan mempunyai
ketangkasan berenang dan menyelam? Dan dengan tengkuk yang panjang bangau
boleh menyusup ke celah-celah rumput yang panjang dan dengan ketangkasan
berenang dan menyelam ikan boleh timbul ke permukaan. Lihat pada apa yang ada,
barulah kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada, nanti kita kufur.
sumber :http://genta-rasa.com
Langgan:
Catatan (Atom)