JOM BOOKCAFE

Selasa, 18 Mac 2014

KEPUTUSAN SPM 2013

Keputusan peperiksaan SPM 2013 akan diumumkan pada 20 Mac 2014 (Khamis) ini. Semua calon boleh mendapatkan keputusan daripada sekolah selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama.
Semoga berjaya kepada semua calon SPM 2013

SPM 2013

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Menerusi PBS, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

Sila klik untuk KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN  MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KRITERIA KEMASUKAN MURID KE PELBAGAI ALIRAN TINGKATAN 4

Kritirie ke T4

Isnin, 17 Mac 2014

PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN SMKTB 2014

BAWAH 18

TG BUNGA VS WESTLAND
SMK Tanjong Bunga mencatat kemenangan 6-1 melawan SMK Westland.Perlawanan berlangsung di Padang Polo.

Isnin, 10 Mac 2014

Ahad, 9 Mac 2014

PEMILIKAN DAN PENGISYTIHARAN HARTA PERKHIDMATAN AWAM

Di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.
Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. Bagi maksud ini, ' tempoh perisytiharan ' harta dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. Sekiranya dalam tempoh perisytiharan harta yang ditetapkan itu seseorang pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau tidak melupuskan apa-apa harta, maka pegawai berkenaan perlu membuat pengakuan mengenainya dengan menggunakan borang seperti di LAMPIRAN A.
Bagi tujuan membuat jenis perisytiharan harta kali pertama dan harta tambahan, borang JPA(T)1/02 LAMPIRAN B. hendaklah digunakan.
Bagi tujuan membuat perisytiharan pelupusan harta, borang JPA(T)2/02 LAMPIRAN C hendaklah digunakan.
Pegawai yang gagal membuat perisytiharan harta, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Ahad, 2 Mac 2014

KENYATAAN BERKAITAN DENGAN PBS 2014



CONTOH ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN DALAM LAWATAN PENYELIAAN & PEMANTAUAN BERKELOMPOK SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Pengurusan Kurikulum
1. Buku Rekod Mengajar
- Ramai guru yang tidak mencatatkan refleksi atau impak selepas setiap P&P
atau penulisannya terlalu subjektif , tiada ukuran untuk dijadikan panduan
- Kebanyakan guru mencatatkan aktiviti dalam penulisan rancangan harian terlalu ringkas
Aktiviti yang dicatat tanpa mengambilkira tahap pencapaian murid.
Kebanyakan guru tiada catatan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hanya menyertakan cetakan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai RPT.
- Melampirkan RPT dan Sukatan Pelajaran yang telah lusuh atau tulisan yang tidak terang /sukar dibaca. Ada yang mencatatkan disimpan pada fail yang berasingan tetapi tidak disertakan untuk rujukan, ianya sepatutnya mudah diakses bila diperlukan
- Helaian Rekod Penghargaan, Pertemuan Profesional dan Aktiviti Guru tiada catatan , ianya memudahkan pihak pentadbir untuk membuat penilaian prestasi.
- Ada guru yang tidak membawa Buku Rekod Mengajar – satu kesalahan. Guru perlu menghayati nota dan catatan yang disertakan dimuka hadapan BRM sebagai panduan dan rujukan.

2. Proses Pengajaran & Pembelajaran
- Guru masih menggunakan cara tradisional – penyampaian yang tidak menarik dan mencatat atas papan tulis. 9 kaedah pedagogi baru yang diperkenalkan tidak digunakan.
- Kaedah yang digunakan kaedah yang berpusatkan guru.
- Guru banyak menggunakan kaedah ceramah ( lecture) tanpa mengambilkira tahap pencapaian dan kebolehan murid.
- Setiap P&P perlu dimulakan dengan set induksi yang relevan agar dapat menarik minat dan perhatian murid untuk dikaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.Aktiviti yang menarik yang ada hubung kait dengan pelajaran dan aktiviti pengukuhan . Guru sering menggunakan aktiviti mebaca buku teks secara bergilir didalam kelas . Kaedah ini tidak sesuai untuk matapelajaran Sains, Kajian Tempatan , Kemahiran Hidup dan matapelajaran lain selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Kemudahan ICT – makmal komputer, course ware, Astro ( TV Pendidikan) dengan pendekatan yang lebih menarik tidak digunakan dengan meluas.
- Penggunaan ABM / BBM – terlalu minimum menyebabkan proses P&P membosankan dan kurang berkesan.
- Aktiviti amali untuk matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup kurang dijalankan. Murid hanya belajar secara teori atau maya sahaja.
- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ditempat mengajar kelas peperiksaan tanpa memberikan bimbingan terlebih dahulu. GSTT perlu diberi bimbingan dan tunjukajar oleh guru-guru berpengalaman dan terlatih.
- Pencerapan rakan sebaya, ketua panitia dan pentadbir perlu diamalkan dengan berjadual, berkala dan konsisten untuk membantu dan memberi komen membina
- P&P Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak dipisahkan . Guru yang mengajar bukan guru opsyen dan silih berganti setiap tahun dan ramai. Diajar tanpa mengikut sukatan pelajaran yang betul. Peralatan kurang seperti ragbi, hoki dan badminton.
- P & P Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik – tiada bilik Muzik Khas menyebabkan menganggu kelas yang berdekatan. Guru yang mengajar bukan guru opsyen menyebabkan kemahiran dan pengetahuan guru terhad. Bilik muzik sering diletakkan di tingkat atas menyebabkan guru dan pelajar menghadapi kesukaran memindahkan peralatan bila diperlukan untuk membuat persembahan.
- P&P Sains- guru jarang membuat eksperimen , jika dibuat dalam kumpulan yang besar.
Menyebabkan murid kurang minat mempelajari Sains
- Guru bukan opsyen hendaklah diberi bimbingan dan latihan berkala.

3. Buku Nota / Buku Latihan

Dikebanyakan sekolah :-
- Nota dan latihan yang diberi guru tidak mencukupi
- Tidak diperiksa dengan teliti, teguran/ulasan asas penulisan buku nota /buku tulis
· Tulisan murid yang tidak kemas
· Tarikh dan hari tidak dicatat
· Garisan tepi sebelum memulakan tugasan
· Ejaan dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil
· Buku nota / buku tulis yang kotor dan koyak
- Tiada catatan penghargaan atas kerja murid yang baik dan kemas.
- Tidak ada tindak susulan atas segala teguran yang dbuat.
- Murid wajib membuat pembetulan atas segala kesilapan bagi tujuan mengulangkaji.


4. Fail Panitia Matapelajaran

- Penyediaan fail panitia yang lengkap , kemas dan mudah diakses
- Catatan minit mesyuarat yang menggunakan format lama
- Mesyurat kurikulum sekolah , agendanya hanya membincangkan hal-hal pengurusan ( house keeping) lebih banyak digunakan oleh pentadbir untuk memberikan taklimat.
- Seharusnya mesyuarat kurikulum di gunakan untuk membincangkan tahap pencapaian /prestasi murid. Aktiviti yang sesuai dijalankan oleh membantu mempertingkatkan
Prestasi murid. Post mortem perlu dibuat.
- Didalam mesyuarat kurikulum sasaran keputusan sekolah berdasarkan headcount yang dibuat dengan menggunakan panduan dan rujukan dari pelan strategik sekolah.
- Mesyuarat panitia digunakan untuk membincangkan sasaran murid mengikut matapelajaran. Setiap ujian/peperiksaan dalaman hendaklah dibuat JSU soalan. Post mortem terperinci untuk keputusan, soalan dan pencapaian murid berdasarkan matapelajaran.

5. Bengkel / Makmal/Bilik-bilik Khas
5.1 Bengkel KHSR
- Bengkel yang dibina khas , lengkap dengan perabot dan peralatan
- Bengkel yang diubahsuai ada yang lengkap dan dijaga rapi tetapi banyak yang tidak kondusif dan padat jika satu kelas 35 ke 40 orang murid dalam satu-satu masa
peralatan yang tidak mencukupi menyebabkan aktiviti amali lambat dan tidak berjalan lancar.
- Tiada bengkel – bahan dan peralatan disimpan didalam stor sukan atau stor am sekolah,
Kelas amali dijalankan di bilik darjah atau kantin atau kaki lima kelas – tidak selesa dan tidak sesuai.
5.2 Bengkel Bidang Teknik & Vokasional – KHB/MPV/LKTK
- Bengkel ERT kebanyakannya terjaga rapi dan ceria
Ada bengkel kerja kayu, kerja paip dan kerja elektronik-tidak tersusun , tidak berlabel dan peralatan tidak dijaga baik.
- Kebanyakan bengkel pertanian, terbiar dan tidak terjaga .
- Kebanyakan bengkel MPV dalam keadaan baik dan selesa untuk P&P,
Bengkel LKTK – sekolah yang menawarkan matapelajarn tersebut – bengkel terjaga
Sekolah yang tidak menawarkan matapelajaran tersebut tetapi ada bengkel – bengkel tidak terjaga atau dijadikan kelas. Bengkel berada di tingkat atas – Tingkat 3 peralatan yang besar dan terlalu berat di tempatkan dibawah – tempat yang tidak sesuai
5.3 Makmal Sains ( Sekolah Menengah) Bilik Sains ( Sekolah Rendah)
- Banyak makmal Sains yang telah lama dan uzur fizikalnya – perabot rosak dimakan anai-anai
- Penggunaannya tidak maksimum
- Proses pelupusan bahan-bahan berbahaya sukar dan mahal.
- Makmal Sains/ Bilik Sains perlu diaudit setiap tahun supaya makmal diurus mengikut prosedur yang betul.
5.4 Makmal Bahasa
- Tidak digunakan secara maksimum
- Tiada bekalan bahan, courseware perlu dibina sendiri oleh guru.
- Peralatan telah rosak dan bila dilaporkan ke JPNS , dimaklumkan bahawa tiada peruntukan
untuk membaikpulih, penggunaan kaset telah ketinggalan zaman , sukar mendapat bekalan.
5.5 Makmal Komputer
- Penggunaannya tidak secara maksimum
- Banyak komputer dalam makmal komputer rosak yang tidak boleh digunakan.
- Bilangan yang sedikit menyebabkan murid perlu berkongsi
- Internet tidak dapat diakses atau terlalu perlahan menyebabkan program seperti ZOOM A tidak berjaya.
- Peruntukan khas perlu untuk kos penyelenggaraan peralatan komputer.

6. Pengurusan Headcount
- Headcount dibuat sekadar memenuhi keperluan PPD atau JPNS tetapi tidak dijadikan alat/tools untuk membantu memajukan prestasi murid.
- Ada disediakan tetapi ada kekeliruan atau kesilapan.
- ETR murid yang lemah disasarkan gagal- sepatutnya disasarkan markah yang minimum lulus dan guru akan berusaha membantu murid kearah itu.
- Perbincangan dua hala murid dan guru perlu ada – murid perlu tahu sasaran yang dibuat atau murid yang menentu sasaran atas bimbingan guru.
- Headcount pelu dipamer dalam kelas atau meja murid atau buku nota/latihan murid agar murid sentiasa peka dengan sasaran yang dibuat.
- Post mortem perlu dibuat oleh murid dan guru selepas setiap ujian atau peperiksaan untuk menentukan sasaran yang telah dibuat, jika dibawah paras yang disasar perlu buat post mortem tetapi jika menepati atau melepasi sasaran, sasaran baru perlu dibuat- mengelakkan murid berada dalam zon selesa.


BAHAN DI ATAS SEKADAR CONTOH ASPEK-ASPEK PENILAIAN DAN KOMEN HASIL PEMANTAUAN KURIKULUM YANG DIJALANKAN OLEH SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK.

Sumber:http://skrinchinghilir.blogspot.com/2011/01/lawatan-penyeliaan-pemantauan.html