JOM BOOKCAFE

Khamis, 23 Disember 2021

IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN KECEKAPAN PENGURUSAN

 

IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN KECEKAPAN PENGURUSAN


Banjir dan ibrahnya dalam mencetak kreativiti manusia bagi menangani bencana alam dapat dilihat di pelbagai belahan negara dengan pelbagai aplikasi binaan teknologi canggih dalam bidang kejuruteraan yang dipraktikkan  bagi menghalang air bah daripada merosakkan aset tamadun yang dibangun oleh manusia.

Menonton klip video yang digunakan dalam mengatasi bencana banjir,jiwa pendidik ini mula terasa betapa rasionalnya pengenalan Pendidikan STEM dalam membangun generasi yang mampu menyumbang kepada penjanaan idea berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan .Pendidikan STEM atau singkatannya pendidikan untuk mengintegrasikan pengetahuan Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ini  telah merubah wajah peradaban dengan mewujudkan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia.Termasuk di dalamnya kaedah terbaik dalam pengurusan bencana alam seperti banjir yang berlaku khususnya di negara kita Malaysia.

Melihat kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran revolusi teknologi yang semakin sengit,Pendidikan STEM dilihat sebagai salah satu langkah proaktif yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan generasi muda untuk berdepan dengan cabaran peluang pekerjaan pada masa hadapan.Statistik kajian juga mendapati bahawa 65% murid sekolah rendah kini akan menceburi kerjaya yang tidak wujud lagi pada hari ini bahkan diramalkan 54%pekerjaan di Malaysia sekarang berisiko tinggi untuk menjadi automatic pada tahun 2050.Antara pekerjaan yang dikatakan akan melalui fasa automasi termasuklah agen insurans,juruaudit dan peguam.Perkembangan pesat teknologi AI (Artificial Inteligence ) kini telah menjadikan Pendidikan STEM semakin relevan dalam mencorak pembangunan negara pada masa hadapan.

Rumus penulisan ringkas ini ialah ingin menuntaskan kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran dan menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam negara termasuk di dalamnya aspek pengurusan bencana negara agar menjadi lebih cekap dan responsif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Jom tengok video klip rasionalisasi STEM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.



 

 

CATCH-UP PLAN KPMPERKASAKU

 

Rabu, 22 Disember 2021

PANDUAN PENGURUSAN BULI DI SEKOLAH TERBITAN KPM

 BULI

Gejala buli dalam kalangan murid dan pelajar khususnya di institusi-institusi Pendidikan merupakan wabak sosial yang semakin mengganas mempengaruhi tingkah laku songsang para pewaris masa hadapan negara kita.Apa sudah jadi pada nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah,apa sudah jadi pada sistem nilai yang diajar di institusi-institusi Pendidikan sehingga wabak buli ini masih menular mengikis nilai-nilai kemanusiaan insan.

Dimana punca dan apakah langkah ampuh yang dapat diambil untuk  mengatasi gejala ini yang mana kesan gejala buli ini direkodkan  sehingga ada yang menyebabkan kecederaan fizikal, emosi bahkan lebih ekstrim sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.Watak-watak pembuli yang tanpa perikemanusiaan mendatangkan kecederaan dengan pukulan,tendangan,bahkan aksi-aksi yang lebih kejam menggamit pilu di hati, apakah sudah jadi pada nilai kemanusiaan insan sehingga berperilaku seperti haiwan tanpa peradaban.

Tanpa mengira sempadan agama dan etika,gejala buli ini bukan sahaja meyebabkan pelbagai kesan negative yang tidak tertanggung pada si mangsa dan keluarga namun lebih serius daripada itu,apa akan jadi pada keyakinan masyarakat kepada institusi undang-undang dan Pendidikan negara sekiranya pelaku buli ini terus bebas tanpa hukuman setimpal yang diberikan kepadanya.

Retorik masyarakat,berilah peluang kedua..ya bahkan peluang ke 100 pun akan kita berikan sekiranya watak insan dan gejala buli ini diikat dengan mekanisme pencegahan dan pelaksanaan hukum yang lebih adil dan telus bukan sekadar peraturan yang terpampang tanpa penguatkuasaan.Alhamdulillah semoga, kecerdasan insan dalam menerapkan hukum yang adil menjadi asbab kepada terlahirnya manusia yang lebih cerdik beramal dengan kebaikan dan amalnya esok tidak muflis di mahkamah Tuhan.

Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏

Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.

Riwayat Muslim (2581)

Apabila isu gejala buli in terpapar di media sosial,  terpapar di dada-dada akhbar,hati yang tenang jadi marah,fikir yang tenang menjadi kusut mengenangkan nasib bangsa. Bahkan terkadang sehingga mata tidak sanggup lagi meneruskan menonton kebiadapan si pembuli membuli mangsa.Semoga mereka yang terlibat dalam gejala buli ini mengenangkan firman Allah

 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun.Surah al-Kahf (49)

Tidaklah terlepas dosa kecil mahupun dosa besar dalam timbangan neraca keadilan Tuhan. Semoga harapan untuk melihat penerapan undang-undang dan pelaksanaan hukum yang lebih cekap dan tegas dapat diimplimentasikanbagi menangani gejala buli dalam kalangan masyarakat khususnya di institusi-institusi pendidikan dalam negara.Model pelaksanaan pencegahan buli yang menyeluruh melibatkan tindakan hukum kepada si pembuli dan perlindungan kepada yang dibuli perlulah dikuatkuasakan pelaksanaannya dengan amanah tanpa mengira bulu dan pangkat sosial si pelaku.

Di bawah adalah link rujukan Panduan Pengurusan Buli Di Sekolah yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN

Panduan Pengurusan Buli


 

 

 

 

 

 

Isnin, 20 Disember 2021

FIQH BANJIR


[Fiqh Banjir] - Panduan Ibadah Musim Banjir 

Saya ada menulis beberapa dapatan dari Fiqh Banjir oleh INFAD, iFFAH dan juga USIM yang dikelola oleh Dr Irwan Bin Mohd Subri pengarah International Fatwa and Halal Centre (iFFAH).

Moga bermanfaat buat mangsa banjir yang terkesan.

1. Air banjir boleh dikira air mutlak sebab kuantiti dia banyak. Jadi ia boleh diguna untuk berwuduk. Tapi yang sunat macam berkumur dan masukkan air dalam hidung tak perlu. Kalau ada najis atau bangkai yang berdekatan air tersebut, boleh guna air yang jauh sikit dari tempat tu.

2. Air banjir juga boleh digunakan untuk beristinjak. Jika ada benda2 kesat seperti tisu, kertas dan kain, ia juga boleh digunakan. Benda yang tak boleh guna ialah najis seperti tahi kering atau benda2 yang dihormati macam makanan.

3. Kalau pusat penempatan banjir terputus bekalan air atau air tu cukup untuk minum je, boleh tayammum. Mangsa banjir yang sakit dan tak boleh guna air pun boleh tayammum. Kalau susah dapat debu tanah, boleh tepuk debu yang ada dekat dinding, cermin, meja atau tempat2 lain.

4. Solat Jumaat wajib untuk lelaki. Kalau ada masjid dan surau yang dekat dan tiada halangan, kena solat kat sana. Kalau ada halangan, pusat pemindahan banjir kena hubungi Jabatan Mufti supaya luluskan solat Jumaat dekat pusat tu.

5. Masa banjir, mangsa atau petugas banjir boleh solat jamak ketika situasi mendesak macam selamat diri dan juga harta. Kalau sempat jamak taqdim sebab dulu sebab takut ada kesukaran nak jamak takhir, maka digalakkan untuk solat jamak taqdim.

6. Aurat wajib tutup bagi lelaki & perempuan. Kalau darurat syarie, boleh bersentuhan antara bukan mahram sekadar perlu je. Penempatan mangsa banjir yang bujang perlu diasingkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

7. Yang berkeluarga boleh letak di tempat yang terpelihara aurat mereka. Boleh guna langsir, khemah atau pemisah yang lain. Mangsa atau petugas banjir kena jaga pergaulan antara bukan mahram dan tidak berada dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah.

8. Dalam situasi banjir, air banjir boleh digunakan untuk mandikan mayat. Yang mandikan jenazah kena yang sama jantina. Kalau pusat pemindahan takde air atau air hanya cukup untuk minum je, boleh tayammumkan mayat bagi ganti mandi jenazah. Kalau tayammum pun tak boleh, terus solat.

9. Yang kafankan jenazah pun kena yang sama jantina. Pastu kalau tak ada kain yang mencukupi atau warna putih, boleh guna sekadar yang mampu untuk tutup jenazah. Selepas itu wajib disolatkan dan dikebumikan dekat tanah perkuburan yang disediakan pihak berkuasa.

10. Tak boleh ambil harta orang lain tanpa dibenarkan pemiliknya. Kalau dalam darurat syarie, makanan atau barang yang dimakan dan diambil sekadar untuk terus hidup, mesti diganti semula atau dibayar harganya jika diketahui pemiliknya.

11. Jika pemiliknya tak diketahui lepas dicari dengan bersungguh2, kena usaha hebahkan. Kemudian dia kena sedekah harga anggaran  makanan atau barang yang diambil itu. Kalau pemiliknya dijumpai lepas tu, kena ganti semula atau bayar harga mengikut budi bicara pemiliknya.

12. Barang yang kita jumpa waktu banjir ni kita boleh bahagi kepada 2 jenis. Pertamanya yang mudah rosak atau susut nilai macam makanan yang dh dimasak dll. Yang ni boleh dimakan atau dimanfaatkan. Tapi kalau pemilik tuntut dengan bukti, kena ganti semula atau bayar ikut budi bicara.

13. Yang keduanya barangan yang tak mudah rosak macam jam, barang kemas dll. Yang ni kalau dijumpai boleh ambil/simpan untuk tujuan jaga barang tu dan iklankan selama setahun sedaya upaya.

14. Lepas setahun, barangan tu boleh dimanfaatkan oleh orang yang jumpa. Tapi kalau pemilik asal tuntut samada sebelum atau selepas setahun, kena berikan semula kepada pemilik asal. Pusat penempatan banjir boleh buat inisiatif tabung atau kaunter uruskan barang luqatah (lost &found).

15. Oh ya, tentang solat tadi lupa nak tambah pasal boleh tak solat dengan pakaian yang terkena lumpur. Jawapannya boleh sebab lumpur bukan najis.

16. Satu lagi solat dalam keadaan rumah dinaiki air atau berselut wajib berdiri dulu kalau mampu. Untuk sujud boleh duduk atas kerusi kalau air atau lumpur menghalang sujud yang sempurna.

17. Last sekali, boleh tak bagi zakat kepada mangsa banjir? Harus sebab mereka dikira dalam golongan al-Gharimin iaitu orang yang terkena mudarat/bencana yang menyebabkan harta mereka musnah.

Untuk bacaan lanjut, boleh dowload aplikasi Fiqh Banjir (FIBA) di PlayStore.


Saya juga ada merujuk artikel yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia dengan kerjasama USIM dan INFAD.

Moga bermanfaat buat semua.

Ditulis oleh: Ustaz Usaid Subki

Kredit to:Mutiara Tadabbur

PROSES CLAIM KERETA BANJIR

 *PROSES CLAIM KERETA BANJIR* 

1. Ambik gambar kereta yang terlibat. Untuk bukti.
2. Call hotline general insurans atau takaful
3. Syarikat Insuran/Takaful akan buat arrangement untuk pickup kereta  
4. Kereta yang terlibat banjir akan dibaikpulih oleh panel syarikat insuran/takaful 
Coverage banjir ni hanya boleh dituntut jika kita mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, memang kena repair sendirilah.

So, jika ada *Special Perils(flood)*, boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.
Bawah ni compilation hotline no syarikat general insurans / takaful untuk di rujuk.
1. Zurich : 1-300-88-6222
2. Etiqa : 1-300-13-8888
3. Alliance : 1-800-22-5542
4. AXA Affin :  03-7989-0310
5. Berjaya Sompo : 1-800-18-8033
6. AM General : 1800-88-6333
7. Kurnia : 1-800-88-3833
8. Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121
9. RHB : 1-300-220-007
10. Lonpac : 03-2262 8666
11. Tune : 1-800-22-8863
12. Liberty : 1-800-88-5005 / 8990
13. Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
14. Takaful Malaysia:1-800-888-788

Semoga ini dapat membantu mereka yang sedar gusar melihat kenderaan ditenggelami air.
Claim baik pulih kenderaan terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans/ takaful. 

Apa-apa pun, pastikan ada Special Perils(flood) dlm existing cover note insurans / takaful, baru boleh claim.
Moga bermanfaat.

SUKARELAWAN BANTUAN BENCANA

 Jom sertai Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia 2021/2022. Imbas kod QR atau ke pautan yg disediakan untuk mengisi borang pendaftaran sebagai sukarelawan.


https://bit.ly/SukarelawanKPM

#SekolahkuSejahtera

#KPMKomited

#PrihatinRakyat

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua