JOM BOOKCAFE

Rabu, 22 Disember 2021

PANDUAN PENGURUSAN BULI DI SEKOLAH TERBITAN KPM

 BULI

Gejala buli dalam kalangan murid dan pelajar khususnya di institusi-institusi Pendidikan merupakan wabak sosial yang semakin mengganas mempengaruhi tingkah laku songsang para pewaris masa hadapan negara kita.Apa sudah jadi pada nilai-nilai murni yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah,apa sudah jadi pada sistem nilai yang diajar di institusi-institusi Pendidikan sehingga wabak buli ini masih menular mengikis nilai-nilai kemanusiaan insan.

Dimana punca dan apakah langkah ampuh yang dapat diambil untuk  mengatasi gejala ini yang mana kesan gejala buli ini direkodkan  sehingga ada yang menyebabkan kecederaan fizikal, emosi bahkan lebih ekstrim sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.Watak-watak pembuli yang tanpa perikemanusiaan mendatangkan kecederaan dengan pukulan,tendangan,bahkan aksi-aksi yang lebih kejam menggamit pilu di hati, apakah sudah jadi pada nilai kemanusiaan insan sehingga berperilaku seperti haiwan tanpa peradaban.

Tanpa mengira sempadan agama dan etika,gejala buli ini bukan sahaja meyebabkan pelbagai kesan negative yang tidak tertanggung pada si mangsa dan keluarga namun lebih serius daripada itu,apa akan jadi pada keyakinan masyarakat kepada institusi undang-undang dan Pendidikan negara sekiranya pelaku buli ini terus bebas tanpa hukuman setimpal yang diberikan kepadanya.

Retorik masyarakat,berilah peluang kedua..ya bahkan peluang ke 100 pun akan kita berikan sekiranya watak insan dan gejala buli ini diikat dengan mekanisme pencegahan dan pelaksanaan hukum yang lebih adil dan telus bukan sekadar peraturan yang terpampang tanpa penguatkuasaan.Alhamdulillah semoga, kecerdasan insan dalam menerapkan hukum yang adil menjadi asbab kepada terlahirnya manusia yang lebih cerdik beramal dengan kebaikan dan amalnya esok tidak muflis di mahkamah Tuhan.

Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏

Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka.

Riwayat Muslim (2581)

Apabila isu gejala buli in terpapar di media sosial,  terpapar di dada-dada akhbar,hati yang tenang jadi marah,fikir yang tenang menjadi kusut mengenangkan nasib bangsa. Bahkan terkadang sehingga mata tidak sanggup lagi meneruskan menonton kebiadapan si pembuli membuli mangsa.Semoga mereka yang terlibat dalam gejala buli ini mengenangkan firman Allah

 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun.Surah al-Kahf (49)

Tidaklah terlepas dosa kecil mahupun dosa besar dalam timbangan neraca keadilan Tuhan. Semoga harapan untuk melihat penerapan undang-undang dan pelaksanaan hukum yang lebih cekap dan tegas dapat diimplimentasikanbagi menangani gejala buli dalam kalangan masyarakat khususnya di institusi-institusi pendidikan dalam negara.Model pelaksanaan pencegahan buli yang menyeluruh melibatkan tindakan hukum kepada si pembuli dan perlindungan kepada yang dibuli perlulah dikuatkuasakan pelaksanaannya dengan amanah tanpa mengira bulu dan pangkat sosial si pelaku.

Di bawah adalah link rujukan Panduan Pengurusan Buli Di Sekolah yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN

Panduan Pengurusan Buli


 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan