IBRAH BANJIR KEPENTINGAN STEM DAN
KECEKAPAN PENGURUSAN
Banjir dan ibrahnya dalam mencetak
kreativiti manusia bagi menangani bencana alam dapat dilihat di pelbagai
belahan negara dengan pelbagai aplikasi binaan teknologi canggih dalam bidang
kejuruteraan yang dipraktikkan bagi menghalang
air bah daripada merosakkan aset tamadun yang dibangun oleh manusia.
Menonton klip video yang
digunakan dalam mengatasi bencana banjir,jiwa pendidik ini mula terasa betapa rasionalnya
pengenalan Pendidikan STEM dalam membangun generasi yang mampu menyumbang
kepada penjanaan idea berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan .Pendidikan STEM
atau singkatannya pendidikan untuk mengintegrasikan pengetahuan Sains,Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik ini telah
merubah wajah peradaban dengan mewujudkan penyelesaian kepada pelbagai masalah
yang dihadapi oleh manusia.Termasuk di dalamnya kaedah terbaik dalam pengurusan
bencana alam seperti banjir yang berlaku khususnya di negara kita Malaysia.
Melihat kepentingan Pendidikan STEM
dalam mendepani cabaran revolusi teknologi yang semakin sengit,Pendidikan STEM
dilihat sebagai salah satu langkah proaktif yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi menyediakan generasi muda untuk berdepan dengan
cabaran peluang pekerjaan pada masa hadapan.Statistik kajian juga mendapati
bahawa 65% murid sekolah rendah kini akan menceburi kerjaya yang tidak wujud
lagi pada hari ini bahkan diramalkan 54%pekerjaan di Malaysia sekarang berisiko
tinggi untuk menjadi automatic pada tahun 2050.Antara pekerjaan yang dikatakan
akan melalui fasa automasi termasuklah agen insurans,juruaudit dan peguam.Perkembangan
pesat teknologi AI (Artificial Inteligence ) kini telah menjadikan Pendidikan STEM semakin relevan dalam mencorak pembangunan negara pada masa hadapan.
Rumus penulisan ringkas ini ialah
ingin menuntaskan kepentingan Pendidikan STEM dalam mendepani cabaran dan menyelesaikan isu-isu
berbangkit dalam negara termasuk di dalamnya aspek pengurusan bencana negara agar
menjadi lebih cekap dan responsif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
negara.
Jom tengok video klip
rasionalisasi STEM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan