JOM BOOKCAFE

Rabu, 23 November 2011

Answers to the most misconceptions about Islam (By Dr Zakir Naik)

Isnin, 21 November 2011

Hukum Beramal Tanpa Ilmu

Jika ada yang bertanya: "Bagaimana dengan kedudukan seseorang yang mengerjakan suatu amalan dengan niat ikhlas kerana Allah ?Tetapi,tanpa disedari,amalan tersebut tidak mempunyai sandaran petunjuk daripada al-Sunnah?"

Persolan ini dijawab berdasarkan dua huraian di bawah:

Barangsiapa Yang Tidur Setelah Asar....??




HukumTidur Selepas Subuh dan Asar

Silsilah Hadits-Hadits Dha'if Pilihan-4 [Barangsiapa Yang Tidur Setelah 'Asar...] (Karya Syaikh al-Albani)
Mukaddimah
Banyak di antara kita yang masih beranggapan bahwa tidur setelah ‘Ashar tidak dibolehkan dengan berpegang kepada hadits ini.
Nah, benarkah demikian? Apakah hadits tersebut dapat dipertanggungjawabkan? Berikut penjelasannya!


Naskah Hadits
مَنْ ناَمَ بَعْدَ اْلعَصْرِ فَاخْتُلِسَ عَقْلُهُ فَلاَ يَلُوْمَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ
“Barangsiapa yang tidur setelah ‘Ashar, lalu akalnya dicuri (hilang ingatan), maka janganlah sekali-sekali ia mencela selain dirinya sendiri.”

Sabtu, 19 November 2011

PESANAN GURU




"Kalau kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dulu,apakah tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.

Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".


Ingatlah pahala sesuatu amal itu ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan  itu umpama debu tiada nilai disisi-Nya

Rabu, 16 November 2011

TAKLIMAT "GIAT MARA" BUKIT BENDERA




SESI TAKLIMAT
PESERTA
   Pihak Sekolah dibawah kelolaan Unit Kaunseling telah menganjurkan satu sesi taklimat yang disampaikan oleh pusat Giat Mara cawangan Bukit Bendera Pulau Pinang.Taklimat ini bertujuan memberi penerangan kepada pelajar tentang peluang-peluang yang disediakan oleh puasat Giat Mara khususnya kepada pelajar yang berminat untuk menceburi kursus-kursus yang ditawarkan seperti kursus "fashion & dressmaking dan kursus teknologi sistem komputer.Penganjur mengharapkan taklimat ini dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar khususnya mereka yang telah lepas menduduki peperiksaan SPM bagi merebut peluang untuk menambah pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat bersaing dalam pasaran kerja yang kian kompetitif.

Ahad, 13 November 2011

DASAR-DASAR KPM TERKINI

Renung-Renungkan..=)

Mari kita renung-renungkan perkara ini:
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri. 
Credit to:Unit Kaunseling PPD Timur Laut