JOM BOOKCAFE

Rabu, 3 Oktober 2012

MUAT TURUN MODUL SEJARAH PDCA 2012



KLIK LINK DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD
  1. MODUL MUTIARA PDCA SEJARAH TINGKATAN 4
  2.  MODUL MUTIARA PDCA SEJARAH TINGKATAN 5

DOA MENGHINDARI RASA MALAS DAN CENGKAMAN HUTANG


Ketabahan...renungkanlah dirimu..

Mengapa Anda Lupa?

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
 
Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan?  Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal.   Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.  
Jangan cari alasan.   Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal.  "Buat apa baca sekarang esok lupa juga".  Inilah kata-kata yang sering diucapkan.  Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.   Mudah bunyinya bukan??
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.  Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.   Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Jumaat, 21 September 2012

Perbezaan Angan-angan dan Harapan


Ketika seseorang mengharapkan sesuatu, dia harus mengetahui bahwa harapannya itu akan berkonsekuensi pada tiga hal:
1. Mencintai apa yang ia harapkan.
2. Ia merasa khawatir tidak mendapatkan apa yang ia harapkan.
3. Ia berusaha untuk mendapatkan apa yang diharapkan dengan segala kemampuannya.
Harapan yang tidak disertai satupun dari tiga hal di atas maka itu hanya angan-angan belaka. Harapan dan angan-angan adalah dua perkara yang berbeza. Setiap orang yang mengharapkan sesuatu maka pada dirinya akan muncul perasaan takut kehilangan apa yang ia harapkan, akan berusaha menempuh jalan untuk mendapatkan apa yang ia harapkan. Bila takut kehilangan apa yang ia harapkan maka ia akan segera berupaya agar tidak terluputkan dari apa yang ia harapkan.

Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  1. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
  2. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum

BENGKEL BAHASA MELAYU 2012





SMK Tanjong Bunga telah menganjurkan bengkel Bahaa Melayu bagi para pelajar khususnya kepada calon SPM pada tahun ini.Bengkel ini telah dianjurkan di bawah penyelarasan cikgu Puan Noor Afidah Bt Mat Desa.Penceramah jemputan yang menjalankan  perbengkelan sepanjang program ini berlangsung ialah Encik Haji Ishak Bin Mad Salleh seorang guru cemerlang yang begitu berpengalaman dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran untuk matapeajaran bahasa Melayu.Semoga,para pelajar khususnya kepada calon SPM tahun ini dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperoleh hasil daripada penganjuran bengkel ini....Semoga berjaya, pelajar SMK Tanjong Bunga.